-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Thursday, 18 August 2011

Solat Istikharah

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah…
Saya masih lagi ‘berjodoh’ utk menaip coretan di dinding Teratak Bicara Sepi…Rasanya suasana di teratak sama saja dgn kesepian di kamar beradu saya kala ini…SEPI! Hanya kedengaran sayup2 bayu menyusup tingkap yg saya biarkan sedikit terbuka… desir angin malam di rumah kondo setinggi 15tingkat ni mendamaikan… Subhanallah! Tenang…..


Sejak kebelakangan ni, beberapa org sahabat banyak menceritakan tentang kegusaran hati masing2..pelbagai cerita…variasi keletah! Ada yang lebih terbuka menceritakan kepada saya secara ‘face to face’.. xkurang juga yang selesa menitipkan persoalan & berkongsi cerita dalam coretan di inbox fb… Sepastinya kisah “Cinta Tiga Segi” lah yang paling femes…Drama “Tak Tahu Antara Dua” juga kekadang merumitkan fikiran saya… Sedaya upaya saya mencari jalan penyelesaian… Penyelesaian yang MUDAH, TERATUR & SAKSAMA! And...what the important thing is…....it's the ways of Islam.


>Nie masalah SAHABAT saya…kena beri BANTUAN! agak nak juga jd Superwomen…kihkihkih<


“…jika ingin mencari ketenangan, akan kau temui dalam Islam…”


Mungkin saja bila persoalan mengenai Solat Istikharah diperbahaskan, kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau wanita. Perkara ini berlaku mungkin kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz/Ustazah dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. 




Setiap kali sahabat mengajukan persoalan sebegini, saya terlebih dahulu berterus-terang…
“Actually..saya sendiri pun xpernah solat istikharah dalam memilih jodoh…lebih kepada tujuan yang lain….”


Apapun ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat2 sekalian..rasanya tanpa persoalan kalian.. agaknya saya masih kurang alert tentang isu ini… Walaubagaimanapun…InsyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk melengkapkan jawapan saya yang sebelum ini kiranya agak ‘tergantung’! 
~Menyadari akan hal ini, penyelesaian persoalan sebegini tidak seharusnya dipandang dari sudut yang sempit dalam jangka masa yang singkat. Saya perlukan masa untuk mencari info dan menyusun bicara kata sebenarnya………..^^


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih meluas. kadang-kadang ada di antara kita tidak diberikan peringatan dalam soal sebegini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari…
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata:
“Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh, apakah harus MENOLAK atau MENERIMA? Keraguan makin terasa... Namun keputusan masih tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.



Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan sepenuh hati, jiwa & raga agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan banyak kali secara berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

"Yang terlalu susah bagi manusia, itu lah yang terlalu mudah bg Allah.. sungguh ALLAH lah Tuhan yang Maha memudahkan urusan hambaNYA"


Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan. Besar kemungkinan mengandungi seribu hikmah... mungkin saja membawa kebaikan dimasa akan datang.  InsyaAllah..hendaklah tetap mempunyai keyakinan kepada Allah.

Apapun saya suka berpesan kepada sahabat…jika benar2 ingin beristikharah, hapuskan kecenderungan hati terhadap sesuatu perkara itu sebelum melakukan solat istikharah.Tidak seharusnya hati cenderung kepada sesuatu keputusan sebelum istikharah kerana hal ini menunjukkan dia TIDAK BERISTIKHARAH! Kerana istikharah dilakukan dengan hati 100% memohon dipilihkan yang terbaik dari Sang Pencipta untuknya…. 



Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515):
“Setelah melakukan solat dan do’a istikharah, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya. Hal ini lantaran orang yang beristikharah adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikarah berulang kali.”

InsyaAllah..sesungguhnya perkara yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya drpda diri kita sendiri…^^




:::nota jari kelingking::: 

A : “Maaf.. tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?”

B : “Cik jalan terus ikut jalan ILLAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH. Sepanjang jalan tu, akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit.. iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. Haa’… tu tandanya cik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai!”
Posted by Farhana Humayrah at 11:02 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (12)
      • Dia sudah pergi...T_T
      • Mengukir rasa di bingkai kenangan
      • Menanti Hikmah
      • Jangan pernah berduka
      • Paradigma Katak.. Kodok jugak!
      • Solat Istikharah
      • ♫" Itulah NIKMAT Kematian "♫ *♥
      • Dari mata seorang Wanita
      • Fadhilat Solat Sunat Terawih
      • Serapuh Kaca
      • Bayu Rindu Bertandang Lagi
      • Sarkastic Honeymoon Package
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com