بسم الله الرحمن الرحيم
Ebiet G. Ade. Atau nama penuh beliau Abid Ghoffar Aboe Dja'far.
Kenalkah anda siapa beliau? Ebiet adalah seorang penyanyi lagu-lagu puisi yang sangat terkenal di Indonesia. Kiranya kalau di Malaysia, sezaman dengan M. Nasir. Beliau menciptakan lagu, menulis lirik dan seterusnya menyanyikannya sendiri. Beliau merupakan penyair nusantara yang mempunyai bakat yang teramat besar dalam melahirkan syair2 hebat. kata2 pujangga, ayat2 bermadah dan lagu2 ketimuran yang mempunyai 1001 makna...
Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi sebuah lirik puitis nukilan Ebiet G. Ade yang bertajuk 'Berita Kepada Kawan'. Salah satu lagu febret saya.^^
Kali pertama saya mendengar lagu ini, rasanya 3-4 tahun yang lalu... Abang Nazri yang memperkenalkan kepada saya lagu puitis ini. Menurut beliau (abang Nazri), salah satu ayat dalam lirik lagu ini pernah menjadi 'kontroversi' dalam kalangan sahabatnya. (nanti saya akan huraikan mengenai persoalan ini..)
Seriously! saya berasa terharu.. terpesona dengan keindahan seni kata dan juga melodi lagu ini. Terasa bagaikan ia sungguh dekat di hati. Gaya bahasa yang digunakan agak santai, namun berlegar-legar di sekeliling persoalan dan tema yang cukup berat.
Marilah kita sama-sama hayati erti di sebalik lagu ini. ^_^
BERITA KEPADA KAWAN
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan
ho ho ho ho... ho ho ho ho...
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ho.....
Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnyamengapa di tanahku terjadi bencanamungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kitayang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosaatau alam mulai enggan bersahabat dengan kitacoba kita bertanya pada rumpun yang bergoyangho ho ho ho... ho ho ho ho...
#video >Berita kepada Teman<
* ayat yang saya highlight merah di atas... "mungkin Tuhan mulai bosan???"
Apa yang saya fikir waktu itu? ~ "ermm...Mungkin jugak kan..? macam-macam benda maksiat yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini. Tuhan mulai 'bosan' dengan tingkah manusia yang 'lupa diri'!!!"
Tapi....adakah Allah merasa bosan???
Saya cuba sebaik mungkin utk membuat sedikit huraian yang sesuai untuk perbetulkan tanggapan sesetengah insan yang 'lurus' tentang penggunaan ayat hiperbola ini.
Menurut Kamus Dewan, “hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya."
Jadi..jelas sekali bahawa penggunaan ayat "mungkin Tuhan mulai bosan" dalam lirik lagu ini menunjukkan bahawa Allah SWT menurunkan bencana ke bumi akibat dari dorongan dosa yang dilakukan oleh umat manusia.. jika amalan baik maka rahmat yang akan diturunkan dan jika bermaharajalela kemaksiatan maka azab Allah menimpa kita. Allah menciptakan bencana terhadap alam ini semata-mata untuk kita RENUNGKAN!
* * * * * * * * * *
Saya tidak tahu mengapa terasa seperti hendak berkongsi lagu ini dengan tetamu Teratak "Little Muslimah" a.k.a Bicara Sepi... liriknya bagi saya adalah satu refleksi/ pantulan bayangan perasaan saya ketika ini. Perjalanan makin sukar, tanggungjawab makin besar, terkadang kesibukan menghalang saya bermuhasabah diri atau bertanyakan khabar sahabat-sahabat nun yang semakin jauh kerana tanggungjawab masing2.
Di sini, saya ingin meminta kemaafan sekiranya saya sudah lama tidak bertanyakan berita sahabat-sahabat semua. Saya mahu.. usaha semampunya, dengan daya dan kekuatan yang Allah pinjamkan. Tetapi sekiranya saya tidak berdaya atau kurang mampu, maka maafkan saya sahabat...saya insan lemah.
Ya Allah, perjalanan ini terasa makin berat, namun saya tahu mehnah ini hanya sekelumit berbanding imtihanMu buat manusia yang lain. Saya mahu terus kuat, tabah..redha & sabar atas segala yang Engkau takdirkan keatas diri ini.
Ya Allah, perjalanan ini terasa makin berat, namun saya tahu mehnah ini hanya sekelumit berbanding imtihanMu buat manusia yang lain. Saya mahu terus kuat, tabah..redha & sabar atas segala yang Engkau takdirkan keatas diri ini.
Ya Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau.
Allah berfirman di dalam surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."
:::nota jejari luka:::
When you think there is no one to turn to,,
Remember!
ALLAH is always there for you...
No comments:
Post a Comment