Assalamualaikum…
Menanti di
Barzakh [Far East]
Ku merintih..aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata...
Perjalanan
ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia..
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya..
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia..
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya..
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu..
Tenang dan damai di
pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku
Terbangkitnya
aku dari sebuah kematian
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian..
Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi..
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu...
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian..
Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi..
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu...
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali..
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan...
Ku merintih.. aku menangis
Ku meratap, aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata…
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata…
Sedang kalut di
dapur menolong mak & makcik yang sedang memasak, nenek keluar dari bilik
seusai solat maghrib.
“Ada orang meninggal…”
Cepat cepat
saya berpaling kearah nenek.
"Inna liLLAHi wainnailaihirajiun."
“Siapa?” mak bertanya..
“Ibu kawan Ain yang koma tu…”
Saya hanya diam. Saya ingat ingat kembali,
baharu beberapa minggu lalu saya menziarahi Ibu si Nurul Ain. Ibu yang koma
sejak 9bulan lalu. Terbayang pula wajah tenang Nurul Ain yang setia menemani ibu kaku itu… Allah, seperti baru semalam saya
bertemu mereka.
Ibu Nurul Ain koma sepanjang tempoh kehamilannya. 2bulan lalu, ibu itu telah selamat ‘melahirkan’ seorang bayi lelaki yang sihat melalui pembedahan Caesarean.
“kesian..arwah tidak sempat tengok muka anak kecilnya.”
“Allah…”
…
“Ustaz R meninggal dunia…”
“Sakit apa?”
“Ntah..tidak pula bertanya…”
“Inna liLLAHi wainnailaihirajiun..”
Beberapa hari lalu, juga menerima khabar berita
seseorang yang baru saya kenali telah pulang ke ‘sana’. Kebetulan, perkenalan
saya dengan beliau semasa Aidiladha lalu… Berborak panjang tika saya sedang
menemankan adik di hospital.
Terfikirkan bagaimana mahu
menterjemahkan perasaan dan memujuk emosi apabila seseorang yang kita sayang,
Allah bagi pinjam sekejap sahaja. Belum puas kita nak memberi khidmat, Allah
ambil semula.
Allah bagi pinjam, tak tahu
macam mana 'corak' ujian yang Allah bagi. Semoga Allah menguatkan iman kita
semua menghadapi segala bentuk dan corak ujian dari-Nya. ameen…
Ya Allah,
Janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak sanggup kami pikul.
Ya Allah,
Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang telah Engkau
berikan kepada umat terdahulu dari kami.
…jemari pedusi…