-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 7 August 2011

Bayu Rindu Bertandang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur Alhamdulillah.. seronok menikmati suasana Ramadhan kali ini. Sudah 7 malam bertemankan lampu neon dari masjid, indah... bersua semula dengan 'ibu-ibu' yg sya kenali di tempat sama pada Ramadhan lalu... tautan ukhuwah dan mahabbah yang terjalin ini.. InsyaAllah lebih manis dan indah apabila berkasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain..^^

Ditambah pula dgn suara kanak2 riang.. Hati ini berbisik..

"Apalah agaknya yg mencuit hatimu Wahai Penghuni Syurga?"

Kelunakan suara pakcik imam juga sesekali menerpa cuping telinga, sekejap kuat sekejap perlahan bersama hembusan sang bayu..tersentuh! Alhamdulillah..Allah beri peluang kepada diri kerdil & hina ini untuk merasa..menikmati Ramadhan sekali lagi.. Sayu rasa hati ini, terkenang keluarga di kampung halaman. 

Rindu mak..abah & semua! Juadah sahur & berbuka 100% air tangan mak..dentuman 'bom atom' Akhmal, Ain & Iwan saat masuk waktu berbuka..rindu! Part yg paling besh time Ramadhan..its time together gather! Kebiasaanya rumah Atok & Nenek la menjadi tapak pertemuan..berkumpulnya hati-hati yg kerinduan... Pastinya juadah air tangan golongan 'IBU' Keluarga Alan men'kecur'kan air liur..ditambah pula bau ayam @ ikan panggang golongan 'AYAH' yg sepastinya membuatkan semua mkan sehingga menjilat jari...hihi... >hanya mampu mengenang<

Ketika ini, sya keseorangan lagi di sini..berjuang untuk final exam last sem..nak balik!!! huwa huwa huwa...!



Dikala kaki ini melangkah ke masjid..bersendirian.....air mata terkadang menitik tanpa dipinta. Nasib baik la sorang2 je..kalau tak, memang contol abis la.. segan pula nak nangis depan sahabat! kui kui kui...



Dalam bulan Ramadhan ni, ramai sahabiah yg balik ke kampung halaman..hihi....sangat2 menghargai masa berpuasa disamping keluarga tersayang... Ada juga sahabat yg bersuara ingin membawa sya bersama, tapi sya menolak..

 "InsyaAllah..aku baik2 saja di sini...lagipun byk lagi nak study ni" ~senyum~ Sabarlah hati!

Sebenarnya sya lebih selesa di sini..pergi terawih..kemudian membaca Al Quran setelah itu. Dah masuk 7 Ramadhan tapi bacaan baharu juzuk 4...agak bertatih, huhuhu... 



Kala ini juga..terkenang pula Ramadhan sewaktu masih bersekolah menengah... Menjalani ibadah puasa bersama sahabat > Jilang, Ema, Diba, Tika, Nina, Ezah, Kamak, Folo...etc...akak2 senior & adik2...pelbagai kerenah...variasi telatah. Tak lupa juga mantan warden Cikgu Rosilah, Cikgu Jumarni..kenangan terawih berjemaah dan bertadarus bersama...takkan dilupa sampai bila2... 

Kak Hasmi yg merupakn warden & kakak..>sehingga kini< sekarang sedang menghitung hari menjadi seorang ibu..^^ Beliau tidak jemu melayan keletah kami.. nak pergi terawih pun mesti kena sound dulu baru semua terhegeh-hegeh ke masjid. Kecut perut dibuatnya bila dengar Kak Hasmi...kui kui kui... Setiap pagi, siren dari rumah warden pasti memecah kesunyian dini hari..hihi....sahur pun nak dikejutkan juga..kalau tak, pasti  terlepas mendapat keberkatan sahur 2.. Paling dasyat! Terlepas waktu subuh...Astaghfirullahalazim....

Sisipan kisah bersama mereka yang mengharungi mehnah kehidupan memberi satu anjakan untuk berfikir bahawa Allah menciptakan manusia untuk saling berkenalan, yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa kepada Nya...

Kita bersama mengatur langkah menuju destinasi dengan semangat yg kental...Perpisahan menjadi tanda tanya, pertemuan bukan milik kita selamanya.. Memori pahit manis yg kita lalui bersama..pastinya sentiasa menjadi kenangan yg terindah. Walau jauh dimata namun dekat dihati..biar lautan pemisah kita..namun persahabatan kekal abadi..InsyaAllah...



..........Semoga Allah mempertemukan kita semula......... 




:::nota jari orang yg kerinduan:::

Rindu itu adalah anugerah dari Allah...
Insan yg berhati nurani..punyai rasa rindu...
Posted by Farhana Humayrah at 8:37 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (12)
      • Dia sudah pergi...T_T
      • Mengukir rasa di bingkai kenangan
      • Menanti Hikmah
      • Jangan pernah berduka
      • Paradigma Katak.. Kodok jugak!
      • Solat Istikharah
      • ♫" Itulah NIKMAT Kematian "♫ *♥
      • Dari mata seorang Wanita
      • Fadhilat Solat Sunat Terawih
      • Serapuh Kaca
      • Bayu Rindu Bertandang Lagi
      • Sarkastic Honeymoon Package
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com