-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, 27 August 2011

Menanti Hikmah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. saya baharu sahaja selesai menduduki final exam utk semester yang t’akhir. Terasa cepat masa berlalu..seperti tidak terjangkau fikiran ini. Bercuti selama sebulan di negeri bawah bayu & saya akan kembali ke KL semula utk praktikal selama 3bulan di salah sebuah hospital besar di seremban. Doakan saya success k! Exited nak konvo larh….hihihi

Bagaimana amalan kita hari ini? Ya Allah! Pejam celik..pejam celik hari ini dah masuk 28Ramadhan. Sayu rasanya hati ini. Banyak perkara yang saya sia-siakan kali..! Bacaan Al-Quran saya baharu menjejak juzuk10...banyak sangat saya ketinggalan. Tambahan pula exam dalam masa terdekat juga, saya jadi terlalu sibuk. huhuhu...dunia2!
Rasanya saya dapat b’terawih di masjid selama seminggu lebih. Saya b’terawih di rumah disebabkan kurang sihat. Demam EXAM kOt! =( 
++ ABC lagik!

Tiket flight utk b’cuti raya sudah dibeli seawal bulan februari lalu. Sepatutnya 26hb/8 saya sudah berada di kampung halaman. Tetapi, disebabkan ada masalah teknikal (tiket BURN! Huhuhu…), saya terpaksa membeli tiket baru. Nak raya punya pasal..! Langsung tak kisah pasal harga tiket yang sepastinya melambung tinggi menjelang Aidilfitri. Balik kampung time malam takbir pula 2 (berkemungkinan besar la..)….huhuhu…Janji balik!!!



* * * * * * * * * *

Seusai menjawab paper last (Histotechnology II), saya balik ke hostel utk mengemaskan barang2 yang perlu dibawa balik ke kampung.  Selepas solat zohor, saya bersama 2 orang sahabat bertolak ke KL Sentral. Syukur Alhamdulillah..ada juga sahabat yang baik hati & ++cantik sudi membantu saya mengangkat barang yang berlambak! Dah tue..siap hantar sampai ke KL Sentral lagik..! hihihi… 

Terima kasih sahabatku!

Menaiki bas terus ke LCCT. Terasa tak jemu mengerling ke arah jam. Perjalanan memakan masa sejam ke airport seperti lama pula perjalanan kali ni… Berangan-angan nak berpuasa bersama family.. Rindu nak makan masakan mak.. Rindu nak dgr bunyi bunga  api Iwan, Ain & Akhmal.. Rindu nak sahur & ifthar bersama semua… Sesekali saya tersenyum sengsorang! Kui kui kui… Mat Jenin pun xberangan mcm saya kali! ^^

Tepat pukul4 ptg, saya dengan jayanya telah sampai ke LCCT. Tanpa b’lengah,saya  terus membawa semua ‘harta benda’ ke kaunter check in. Serabut pula sistem kali nie..sepatutnya kaunter yang dibuka mengikut destinasi yang ingin dituju. Tetapi, jadi bercampur-aduk daa!
Setelah sampai giliran saya..entah kenapa hati rasa berdebar. Rasa tak sedap hati pun ada… Menghulurkan Mycard kepada akak staff air asia tue…

“Maaf dik, nama adik tiada dalam senarai penumpang…” ujarnya lembut.

Terasa mahu gugur jantung ini..lutut pula tetiba lemah. Muka sudah terasa hangat!

“Ya Allah..! Cuba akak check semula. Saya memang ada penerbangan hari ini..”
Akak tu terkial-kial utk mengenalpasti semula nama saya dalam sistem. Hati mula rasa sayu… Mata sudah ditangungi air…bibir tidak putus-putus b’istighfar…. Tolonglah aku ya Allah!!!

“Nama adik memang ada dalam sistem tetapi sepatutnya penerbangan adik pagi tadi”
Air mata terus mengalir…tidak tertahan-tahan lagi. Sesak nafas dibuatnya….
Muka akak tue terus berubah..muka simpati barangkali! Sekali lagi beliau memeriksa nama saya… Memang SAH! Nama saya ada dalam senarai penumpang pagi tadi…
Rasa terketar-ketar… Luluhnya hati! Allah saja yang tahu… 
La ilaha illallah..La ilaha illallah..!

“Cuba adik pergi ke service kaunter, tanya kalau2 ada lagi tempat duduk kosong” terang akak tue lembut.
“ya..Terima kasih kak”
Saya terus berlalu…mencari service kaunter. Air mata nie usah nak cerita la…xhenti-henti mengalir. Rasanya tudung habis basah lencun dek mata air nie bagai derasnya air terjun!…huhuhu…

“Tolonglah aku ya Allah…Tolong! Aku tak daya…” bisik dalam hati kecil. Cuba utk menenangkan hati yang semakin goyah. Mencari kekuatan dalam kekalutan!


“Bila Allah SWT mengizinkan sesuatu terjadi sudah pasti tidak akan sia-sia, pasti ada hikmahnya.”
Bila dah sampai service kaunter, kena beratur panjang pula…sedangkan penerbangan 30minit lagi… Memang sah2 la saya xdapt balik pada hari itu. Lantas lekas2 saya menghubungi mak yang sudah sampai ke Sandakan lebih awal utk m’jemput saya d airport.

“Assalamualaikum….”
“Waalaikumsslm…knp kakak?”
“Mak…..mak………mak….” t’sekat suara ni d kerongkong. Hanya sedu-sedan.
“Eh! Knp ni kakak? Knapa? Kakak?” terdengar pula suara cemas mak d hujung talian.
“mak…kakak xboleh balik mak…. Mak..mcm mna ni?”
“Ya Allah budak ni..mcm mna pulak xjadi balik?”
“Rupanya tiket flight kakak pagi tdi..bukan ptg. Xtau  la mcm mna boleh jadi begini… mcm mna ni mak?”


 Air mata makin laju…saya rasa panik! Menangis teresak-esak di tengah2 kesesakan ribuan manusia.
Mak senyap. Tengah berfikir barangkali. Terdengar suara abg Nazri sibuk bertanya. Terselit juga suara kecoh anak buah tunggal yang dirindui...huhuhu....

“Macam ni..kakak pegi tengok tiket utk esok…lusa pun xpa la… nnti bagitau mak harga tiket. Mak bank in.”


Saya hanya mampu mengangguk…sedangkan bukannnya mak nampak pun! Hihihi….blurrr tahap gaban daa time 2…(o_O)

Bercelaru…buntu…keliru..takut! Itu  lah yang saya rasa. Terus-terusan beristighfar…tidak putus2 sepertimana air mata yang xhenti2 mengalir… lenguh2 kaki & tangan menggangkat barang..ulang alik dari service kaunter ke sales kaunter sudah tidak dihiraukan. Akhirnya, terpaksa juga saya beli tiket baru. Tapi bukan pada keesokan harinya kerana tiket full 3hari berturut2. Setelah itu barulah saya menarik nafas lega. Mak pula call berkali2. Pasti saja beliau risau akan anak daranya yang keseorangan nie! Hohoho…

Selepas semua urusan selesai, barulah saya call abah & sahabat2 lain… Air mata mengalir lagi utk kesekian kalinya bila dapat bercakap dgn abah. Terdengar suara sebak di hujung talian. Eya! Pastinya abah lebih mudah mengalirkan air mata berbanding mak. Abah cepat emo macam saya..! hehehe…anak abah!!!

Sahabiah juga terus call saya bila terima msj tentang perkara ini. Mereka menasihatkan saya balik terus ke hostel. Fiza housemate juga pada masa yang sama dalam perjalanan pulang ke kampung di pahang melahirkan rasa simpati. Yela! Saya keseorangan duduk di rumah beberapa hari nie…huhuhu… Cobaan….=) 

Keluar dari balai penerbangan dgn langkah longlai,, mencari bas utk balik semula ke KL Sentral. Cobaan sekali lagi melanda.. dua trip bas meninggalkan saya. Ketinggalan bas pertama kerana penumpang dah full time tue…utk trip yang kedua pula..saya ketinggalan bas kerana saya pergi ke surau berhampiran utk solat. Baharu sedar jam sudah menunjukkan pukul6.15, xsolat asar lagi...lalai! Then, elok je kuarr dari surau.. bas dah jalan….huhuhu…. Abang2 bas yang ada kat situ pula yang buat muka risau sebab saya ketinggalan bas sekali lagi.

"Allah akan sentiasa menjaga kita selagi kita mengingati Allah" ^_^


“Adik ke mana? Puas abang cari adik tadi”
“maaf la bang, saya ke surau kat belakang 2..solat.”
“Oh yeke..xpe la dik. Dalam masa 20minit lagi bas sampai... tunggu kejap lagi.”
“hihihi…xpe2. Saya bukannya terburu2 sangat nak balik pun” 
 Ujar saya sambil senyum! erMmm…cuba sedaya upaya menutup kekecewaan hati. Tapi orang kata, mata tidak dapat menipu!!! Yela, mata bengkak kOt! Hihihi…

Abang tu senyum… terus berlalu pergi meneruskan kerja2nya. Saya duduk keseorangan lagi. Selepas beberapa minit, abang yang sama datang semula dan duduk selang 1kerusi dgn saya.

“Kenapa nangis2 tadi? Jangan la nangis2 lagi…mesti dapat jumpa dia lagi lepas ni kan… bukan lama pun dia tinggalkan adik, pejam celik pejam celik…sampai juga dia tu ke sini” abang tu memulakan bicaranya.
Saya gelak dalam hati… ‘DIA’??? hehehe…buat lawak pulak abang ni. Serkap jarang saja…

“Ish! Xde la…tiada sesiapa pun yang tinggalkan saya..tapi flight yang tinggalkan saya sebenarnya..”
Mukanya berubah 50%... muka simpati la tu kOt! Beliau bertanya tentang apa yang berlaku. Saya pula seperti jadi ringan mulut bercerita dengannya. Bagi saya, abang tu kira familiar juga sebab setiap kali saya ke LCCT pasti akan terserempak dgn beliau. Orang sabahan jugak…Lagi pun abang tu mesra alam…!hihihi…

Bas yang ke3 sampai selepas lebih kurang 10minit.Tanpa berlengah terus memasukkan beg ke perut bas & beli air utk berbuka. Duduk didalam bas, perjalanan terasa sangat panjang.....sekali lagi air mata mengalir. Terlalu kecewa sedangkan sebelum ini saya sangat2 exited mahu balik ke kampung. Menyumbat earphone ke telinga dan mendengar ayat-ayat Al-Mathurat. Cuba merawat hati….T_T
“Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Terkadang hamba yang kerdil ini berasa sendirian dan terasa terpinggirkan dari Rahmat Tuhan” Astaghfirullahalazim!!! Rapuhnya hati…


Memujuk lagi sekeping daging ini..takut ia rosak! Binasalah jasad ini kalau sekeping daging ini malap! Bermonolog sendirian..
“Di sebalik setiap musibah, segala perkara yang tidak baik pada pandangan terbatas manusia tidak dijadikan sia-sia melainkan mempunyai hikmahnya yang tersendiri"


 Cuba untuk berlapang dada. Buka minda seluas-luasnya. Hadapi segala perkara baik dan buruk dengan tenang. InsyaAllah… Aturan Allah adalah sebaik2 aturan…(kan Fadzil? Hehehe….)





Biar Hujan Di Dalam Hati.. Pasti Ada Pelangi Yang Menanti.. InsyaAllah!




:::Nota hati yang redha:::
 Menanti Hikmah!

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...
Setiap yang susah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalang.. namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman...
Posted by Farhana Humayrah at 9:08 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (12)
      • Dia sudah pergi...T_T
      • Mengukir rasa di bingkai kenangan
      • Menanti Hikmah
      • Jangan pernah berduka
      • Paradigma Katak.. Kodok jugak!
      • Solat Istikharah
      • ♫" Itulah NIKMAT Kematian "♫ *♥
      • Dari mata seorang Wanita
      • Fadhilat Solat Sunat Terawih
      • Serapuh Kaca
      • Bayu Rindu Bertandang Lagi
      • Sarkastic Honeymoon Package
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com