-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 28 August 2011

Dia sudah pergi...T_T

Aku lihat RAMADHAN dari jauh.... lalu ku sapa ia..
"Hendak kemana?"

Dgn lembut ia berkata, 
"Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku utk org bernama MUKMIN...
Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari2 dukanya..
Peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dlm perjalanan TAQWA...
Bersandarlah pd TAWADUK saat kesombongan menyerang...
dampingilah ALQURAN & As-SUNAH di setiap masalah yg dihadapi..."
 
 :::Untuk renungan bersama:::
Posted by Farhana Humayrah at 10:12 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mengukir rasa di bingkai kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم
Ebiet G. Ade. Atau nama penuh beliau Abid Ghoffar Aboe Dja'far.  
Kenalkah anda siapa beliau? Ebiet adalah seorang penyanyi lagu-lagu puisi yang sangat terkenal di Indonesia. Kiranya kalau di Malaysia, sezaman dengan M. Nasir. Beliau menciptakan lagu, menulis lirik dan seterusnya menyanyikannya sendiri. Beliau merupakan penyair nusantara yang mempunyai bakat yang teramat besar dalam melahirkan syair2 hebat. kata2 pujangga, ayat2 bermadah dan lagu2 ketimuran yang mempunyai 1001 makna...





Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi sebuah lirik puitis nukilan Ebiet G. Ade yang bertajuk 'Berita Kepada Kawan'. Salah satu lagu febret saya.^^
Kali pertama saya mendengar lagu ini, rasanya 3-4 tahun yang lalu... Abang Nazri yang memperkenalkan kepada saya lagu puitis ini. Menurut beliau (abang Nazri), salah satu ayat dalam lirik lagu ini pernah menjadi 'kontroversi' dalam kalangan sahabatnya. (nanti saya akan huraikan mengenai persoalan ini..)  

Seriously! saya berasa terharu.. terpesona dengan keindahan seni kata dan juga melodi lagu ini. Terasa bagaikan ia sungguh dekat di hati. Gaya bahasa yang digunakan agak santai, namun berlegar-legar di sekeliling persoalan dan tema yang cukup berat.

Marilah kita sama-sama hayati erti di sebalik lagu ini. ^_^


BERITA KEPADA KAWAN
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan
ho ho ho ho... ho ho ho ho...
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ho.....
Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang
ho ho ho ho... ho ho ho ho...
  
#video >Berita kepada Teman<

 * ayat yang saya highlight merah di atas... "mungkin Tuhan mulai bosan???"
Apa yang saya fikir waktu itu? ~ "ermm...Mungkin jugak kan..? macam-macam benda maksiat yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini. Tuhan mulai 'bosan' dengan tingkah manusia yang 'lupa diri'!!!" 
Tapi....adakah Allah merasa bosan???

Saya cuba sebaik mungkin utk membuat sedikit huraian yang sesuai untuk perbetulkan tanggapan sesetengah insan yang 'lurus' tentang penggunaan ayat hiperbola ini.
Menurut Kamus Dewan, “hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya."

Jadi..jelas sekali bahawa penggunaan ayat "mungkin Tuhan mulai bosan" dalam lirik lagu ini menunjukkan bahawa Allah SWT menurunkan bencana ke bumi akibat dari dorongan dosa yang dilakukan oleh umat manusia.. jika amalan baik maka rahmat yang akan diturunkan dan jika bermaharajalela kemaksiatan maka azab Allah menimpa kita. Allah menciptakan bencana terhadap alam ini semata-mata untuk kita RENUNGKAN!


* * * * * * * * * *


Saya tidak tahu mengapa terasa seperti hendak berkongsi lagu ini dengan tetamu Teratak "Little Muslimah" a.k.a Bicara Sepi... liriknya bagi saya adalah satu refleksi/ pantulan bayangan perasaan saya ketika ini. Perjalanan makin sukar, tanggungjawab makin besar, terkadang kesibukan menghalang saya bermuhasabah diri atau bertanyakan khabar sahabat-sahabat nun yang semakin jauh kerana tanggungjawab masing2. 
 


Di sini, saya ingin meminta kemaafan sekiranya saya sudah lama tidak bertanyakan berita sahabat-sahabat semua. Saya mahu.. usaha semampunya, dengan daya dan kekuatan yang Allah pinjamkan. Tetapi sekiranya saya tidak berdaya atau kurang mampu, maka maafkan saya sahabat...saya insan lemah.

Ya Allah, perjalanan ini terasa makin berat, namun saya tahu mehnah ini hanya sekelumit berbanding imtihanMu buat manusia yang lain. Saya mahu terus kuat, tabah..redha & sabar atas segala yang Engkau takdirkan keatas diri ini.
 
Ya Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau.
Allah berfirman di dalam surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."
  

:::nota jejari luka:::
When you think there is no one to turn to,,
Remember!
ALLAH is always there for you...



Posted by Farhana Humayrah at 6:07 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 27 August 2011

Menanti Hikmah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. saya baharu sahaja selesai menduduki final exam utk semester yang t’akhir. Terasa cepat masa berlalu..seperti tidak terjangkau fikiran ini. Bercuti selama sebulan di negeri bawah bayu & saya akan kembali ke KL semula utk praktikal selama 3bulan di salah sebuah hospital besar di seremban. Doakan saya success k! Exited nak konvo larh….hihihi

Bagaimana amalan kita hari ini? Ya Allah! Pejam celik..pejam celik hari ini dah masuk 28Ramadhan. Sayu rasanya hati ini. Banyak perkara yang saya sia-siakan kali..! Bacaan Al-Quran saya baharu menjejak juzuk10...banyak sangat saya ketinggalan. Tambahan pula exam dalam masa terdekat juga, saya jadi terlalu sibuk. huhuhu...dunia2!
Rasanya saya dapat b’terawih di masjid selama seminggu lebih. Saya b’terawih di rumah disebabkan kurang sihat. Demam EXAM kOt! =( 
++ ABC lagik!

Tiket flight utk b’cuti raya sudah dibeli seawal bulan februari lalu. Sepatutnya 26hb/8 saya sudah berada di kampung halaman. Tetapi, disebabkan ada masalah teknikal (tiket BURN! Huhuhu…), saya terpaksa membeli tiket baru. Nak raya punya pasal..! Langsung tak kisah pasal harga tiket yang sepastinya melambung tinggi menjelang Aidilfitri. Balik kampung time malam takbir pula 2 (berkemungkinan besar la..)….huhuhu…Janji balik!!!



* * * * * * * * * *

Seusai menjawab paper last (Histotechnology II), saya balik ke hostel utk mengemaskan barang2 yang perlu dibawa balik ke kampung.  Selepas solat zohor, saya bersama 2 orang sahabat bertolak ke KL Sentral. Syukur Alhamdulillah..ada juga sahabat yang baik hati & ++cantik sudi membantu saya mengangkat barang yang berlambak! Dah tue..siap hantar sampai ke KL Sentral lagik..! hihihi… 

Terima kasih sahabatku!

Menaiki bas terus ke LCCT. Terasa tak jemu mengerling ke arah jam. Perjalanan memakan masa sejam ke airport seperti lama pula perjalanan kali ni… Berangan-angan nak berpuasa bersama family.. Rindu nak makan masakan mak.. Rindu nak dgr bunyi bunga  api Iwan, Ain & Akhmal.. Rindu nak sahur & ifthar bersama semua… Sesekali saya tersenyum sengsorang! Kui kui kui… Mat Jenin pun xberangan mcm saya kali! ^^

Tepat pukul4 ptg, saya dengan jayanya telah sampai ke LCCT. Tanpa b’lengah,saya  terus membawa semua ‘harta benda’ ke kaunter check in. Serabut pula sistem kali nie..sepatutnya kaunter yang dibuka mengikut destinasi yang ingin dituju. Tetapi, jadi bercampur-aduk daa!
Setelah sampai giliran saya..entah kenapa hati rasa berdebar. Rasa tak sedap hati pun ada… Menghulurkan Mycard kepada akak staff air asia tue…

“Maaf dik, nama adik tiada dalam senarai penumpang…” ujarnya lembut.

Terasa mahu gugur jantung ini..lutut pula tetiba lemah. Muka sudah terasa hangat!

“Ya Allah..! Cuba akak check semula. Saya memang ada penerbangan hari ini..”
Akak tu terkial-kial utk mengenalpasti semula nama saya dalam sistem. Hati mula rasa sayu… Mata sudah ditangungi air…bibir tidak putus-putus b’istighfar…. Tolonglah aku ya Allah!!!

“Nama adik memang ada dalam sistem tetapi sepatutnya penerbangan adik pagi tadi”
Air mata terus mengalir…tidak tertahan-tahan lagi. Sesak nafas dibuatnya….
Muka akak tue terus berubah..muka simpati barangkali! Sekali lagi beliau memeriksa nama saya… Memang SAH! Nama saya ada dalam senarai penumpang pagi tadi…
Rasa terketar-ketar… Luluhnya hati! Allah saja yang tahu… 
La ilaha illallah..La ilaha illallah..!

“Cuba adik pergi ke service kaunter, tanya kalau2 ada lagi tempat duduk kosong” terang akak tue lembut.
“ya..Terima kasih kak”
Saya terus berlalu…mencari service kaunter. Air mata nie usah nak cerita la…xhenti-henti mengalir. Rasanya tudung habis basah lencun dek mata air nie bagai derasnya air terjun!…huhuhu…

“Tolonglah aku ya Allah…Tolong! Aku tak daya…” bisik dalam hati kecil. Cuba utk menenangkan hati yang semakin goyah. Mencari kekuatan dalam kekalutan!


“Bila Allah SWT mengizinkan sesuatu terjadi sudah pasti tidak akan sia-sia, pasti ada hikmahnya.”
Bila dah sampai service kaunter, kena beratur panjang pula…sedangkan penerbangan 30minit lagi… Memang sah2 la saya xdapt balik pada hari itu. Lantas lekas2 saya menghubungi mak yang sudah sampai ke Sandakan lebih awal utk m’jemput saya d airport.

“Assalamualaikum….”
“Waalaikumsslm…knp kakak?”
“Mak…..mak………mak….” t’sekat suara ni d kerongkong. Hanya sedu-sedan.
“Eh! Knp ni kakak? Knapa? Kakak?” terdengar pula suara cemas mak d hujung talian.
“mak…kakak xboleh balik mak…. Mak..mcm mna ni?”
“Ya Allah budak ni..mcm mna pulak xjadi balik?”
“Rupanya tiket flight kakak pagi tdi..bukan ptg. Xtau  la mcm mna boleh jadi begini… mcm mna ni mak?”


 Air mata makin laju…saya rasa panik! Menangis teresak-esak di tengah2 kesesakan ribuan manusia.
Mak senyap. Tengah berfikir barangkali. Terdengar suara abg Nazri sibuk bertanya. Terselit juga suara kecoh anak buah tunggal yang dirindui...huhuhu....

“Macam ni..kakak pegi tengok tiket utk esok…lusa pun xpa la… nnti bagitau mak harga tiket. Mak bank in.”


Saya hanya mampu mengangguk…sedangkan bukannnya mak nampak pun! Hihihi….blurrr tahap gaban daa time 2…(o_O)

Bercelaru…buntu…keliru..takut! Itu  lah yang saya rasa. Terus-terusan beristighfar…tidak putus2 sepertimana air mata yang xhenti2 mengalir… lenguh2 kaki & tangan menggangkat barang..ulang alik dari service kaunter ke sales kaunter sudah tidak dihiraukan. Akhirnya, terpaksa juga saya beli tiket baru. Tapi bukan pada keesokan harinya kerana tiket full 3hari berturut2. Setelah itu barulah saya menarik nafas lega. Mak pula call berkali2. Pasti saja beliau risau akan anak daranya yang keseorangan nie! Hohoho…

Selepas semua urusan selesai, barulah saya call abah & sahabat2 lain… Air mata mengalir lagi utk kesekian kalinya bila dapat bercakap dgn abah. Terdengar suara sebak di hujung talian. Eya! Pastinya abah lebih mudah mengalirkan air mata berbanding mak. Abah cepat emo macam saya..! hehehe…anak abah!!!

Sahabiah juga terus call saya bila terima msj tentang perkara ini. Mereka menasihatkan saya balik terus ke hostel. Fiza housemate juga pada masa yang sama dalam perjalanan pulang ke kampung di pahang melahirkan rasa simpati. Yela! Saya keseorangan duduk di rumah beberapa hari nie…huhuhu… Cobaan….=) 

Keluar dari balai penerbangan dgn langkah longlai,, mencari bas utk balik semula ke KL Sentral. Cobaan sekali lagi melanda.. dua trip bas meninggalkan saya. Ketinggalan bas pertama kerana penumpang dah full time tue…utk trip yang kedua pula..saya ketinggalan bas kerana saya pergi ke surau berhampiran utk solat. Baharu sedar jam sudah menunjukkan pukul6.15, xsolat asar lagi...lalai! Then, elok je kuarr dari surau.. bas dah jalan….huhuhu…. Abang2 bas yang ada kat situ pula yang buat muka risau sebab saya ketinggalan bas sekali lagi.

"Allah akan sentiasa menjaga kita selagi kita mengingati Allah" ^_^


“Adik ke mana? Puas abang cari adik tadi”
“maaf la bang, saya ke surau kat belakang 2..solat.”
“Oh yeke..xpe la dik. Dalam masa 20minit lagi bas sampai... tunggu kejap lagi.”
“hihihi…xpe2. Saya bukannya terburu2 sangat nak balik pun” 
 Ujar saya sambil senyum! erMmm…cuba sedaya upaya menutup kekecewaan hati. Tapi orang kata, mata tidak dapat menipu!!! Yela, mata bengkak kOt! Hihihi…

Abang tu senyum… terus berlalu pergi meneruskan kerja2nya. Saya duduk keseorangan lagi. Selepas beberapa minit, abang yang sama datang semula dan duduk selang 1kerusi dgn saya.

“Kenapa nangis2 tadi? Jangan la nangis2 lagi…mesti dapat jumpa dia lagi lepas ni kan… bukan lama pun dia tinggalkan adik, pejam celik pejam celik…sampai juga dia tu ke sini” abang tu memulakan bicaranya.
Saya gelak dalam hati… ‘DIA’??? hehehe…buat lawak pulak abang ni. Serkap jarang saja…

“Ish! Xde la…tiada sesiapa pun yang tinggalkan saya..tapi flight yang tinggalkan saya sebenarnya..”
Mukanya berubah 50%... muka simpati la tu kOt! Beliau bertanya tentang apa yang berlaku. Saya pula seperti jadi ringan mulut bercerita dengannya. Bagi saya, abang tu kira familiar juga sebab setiap kali saya ke LCCT pasti akan terserempak dgn beliau. Orang sabahan jugak…Lagi pun abang tu mesra alam…!hihihi…

Bas yang ke3 sampai selepas lebih kurang 10minit.Tanpa berlengah terus memasukkan beg ke perut bas & beli air utk berbuka. Duduk didalam bas, perjalanan terasa sangat panjang.....sekali lagi air mata mengalir. Terlalu kecewa sedangkan sebelum ini saya sangat2 exited mahu balik ke kampung. Menyumbat earphone ke telinga dan mendengar ayat-ayat Al-Mathurat. Cuba merawat hati….T_T
“Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Terkadang hamba yang kerdil ini berasa sendirian dan terasa terpinggirkan dari Rahmat Tuhan” Astaghfirullahalazim!!! Rapuhnya hati…


Memujuk lagi sekeping daging ini..takut ia rosak! Binasalah jasad ini kalau sekeping daging ini malap! Bermonolog sendirian..
“Di sebalik setiap musibah, segala perkara yang tidak baik pada pandangan terbatas manusia tidak dijadikan sia-sia melainkan mempunyai hikmahnya yang tersendiri"


 Cuba untuk berlapang dada. Buka minda seluas-luasnya. Hadapi segala perkara baik dan buruk dengan tenang. InsyaAllah… Aturan Allah adalah sebaik2 aturan…(kan Fadzil? Hehehe….)





Biar Hujan Di Dalam Hati.. Pasti Ada Pelangi Yang Menanti.. InsyaAllah!




:::Nota hati yang redha:::
 Menanti Hikmah!

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...
Setiap yang susah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalang.. namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman...
Posted by Farhana Humayrah at 9:08 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 19 August 2011

Jangan pernah berduka

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah..
…dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka,  jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah…
 
 
:::nota jari::: 
Islam is not about we're better than you. Islam is about let me show you something that is better for you =)
Posted by Farhana Humayrah at 9:01 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Paradigma Katak.. Kodok jugak!


Jangan Ikut Paradigma Katak..

Paradigma katak bukan sahaja suka melompat, bahkan suka menunggu sehingga saat terakhir barulah hendak menyelamatkan diri... tetapi telah terlambat! 

Seekor katak diletakkan dalam bekas berisi air.. kemudian air itu dipanaskan, tetapi katak masih selesa berehat. Apabila air menjadi panas, barulah katak melompak keluar bagi menyelamatkan diri... tapi malang sekali badannya telah melecur!!!

 cumilnya ni katak...


:::nota jari katak::: 
katak ooo...katak!
Posted by Farhana Humayrah at 8:00 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 18 August 2011

Solat Istikharah

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah…
Saya masih lagi ‘berjodoh’ utk menaip coretan di dinding Teratak Bicara Sepi…Rasanya suasana di teratak sama saja dgn kesepian di kamar beradu saya kala ini…SEPI! Hanya kedengaran sayup2 bayu menyusup tingkap yg saya biarkan sedikit terbuka… desir angin malam di rumah kondo setinggi 15tingkat ni mendamaikan… Subhanallah! Tenang…..


Sejak kebelakangan ni, beberapa org sahabat banyak menceritakan tentang kegusaran hati masing2..pelbagai cerita…variasi keletah! Ada yang lebih terbuka menceritakan kepada saya secara ‘face to face’.. xkurang juga yang selesa menitipkan persoalan & berkongsi cerita dalam coretan di inbox fb… Sepastinya kisah “Cinta Tiga Segi” lah yang paling femes…Drama “Tak Tahu Antara Dua” juga kekadang merumitkan fikiran saya… Sedaya upaya saya mencari jalan penyelesaian… Penyelesaian yang MUDAH, TERATUR & SAKSAMA! And...what the important thing is…....it's the ways of Islam.


>Nie masalah SAHABAT saya…kena beri BANTUAN! agak nak juga jd Superwomen…kihkihkih<


“…jika ingin mencari ketenangan, akan kau temui dalam Islam…”


Mungkin saja bila persoalan mengenai Solat Istikharah diperbahaskan, kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau wanita. Perkara ini berlaku mungkin kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz/Ustazah dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. 




Setiap kali sahabat mengajukan persoalan sebegini, saya terlebih dahulu berterus-terang…
“Actually..saya sendiri pun xpernah solat istikharah dalam memilih jodoh…lebih kepada tujuan yang lain….”


Apapun ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat2 sekalian..rasanya tanpa persoalan kalian.. agaknya saya masih kurang alert tentang isu ini… Walaubagaimanapun…InsyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk melengkapkan jawapan saya yang sebelum ini kiranya agak ‘tergantung’! 
~Menyadari akan hal ini, penyelesaian persoalan sebegini tidak seharusnya dipandang dari sudut yang sempit dalam jangka masa yang singkat. Saya perlukan masa untuk mencari info dan menyusun bicara kata sebenarnya………..^^


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih meluas. kadang-kadang ada di antara kita tidak diberikan peringatan dalam soal sebegini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari…
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata:
“Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh, apakah harus MENOLAK atau MENERIMA? Keraguan makin terasa... Namun keputusan masih tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.



Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan sepenuh hati, jiwa & raga agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan banyak kali secara berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

"Yang terlalu susah bagi manusia, itu lah yang terlalu mudah bg Allah.. sungguh ALLAH lah Tuhan yang Maha memudahkan urusan hambaNYA"


Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan. Besar kemungkinan mengandungi seribu hikmah... mungkin saja membawa kebaikan dimasa akan datang.  InsyaAllah..hendaklah tetap mempunyai keyakinan kepada Allah.

Apapun saya suka berpesan kepada sahabat…jika benar2 ingin beristikharah, hapuskan kecenderungan hati terhadap sesuatu perkara itu sebelum melakukan solat istikharah.Tidak seharusnya hati cenderung kepada sesuatu keputusan sebelum istikharah kerana hal ini menunjukkan dia TIDAK BERISTIKHARAH! Kerana istikharah dilakukan dengan hati 100% memohon dipilihkan yang terbaik dari Sang Pencipta untuknya…. 



Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515):
“Setelah melakukan solat dan do’a istikharah, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya. Hal ini lantaran orang yang beristikharah adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikarah berulang kali.”

InsyaAllah..sesungguhnya perkara yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya drpda diri kita sendiri…^^




:::nota jari kelingking::: 

A : “Maaf.. tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?”

B : “Cik jalan terus ikut jalan ILLAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH. Sepanjang jalan tu, akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit.. iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. Haa’… tu tandanya cik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai!”
Posted by Farhana Humayrah at 11:02 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 16 August 2011

♫" Itulah NIKMAT Kematian "♫ *♥


Segala puji dan puja bagi ALAH swt.. Rabb dan Illahi sekalian alam. 
Dialah Allah! Yang Maha Sempurna, Yang tidak tidur dan tidak letih dalam mengatur dan menguruskan alam ini. 
Dialah ALLAH! Yang Maha Hebat, Yang Maha Perkasa, tidak ada suatu kuasa pun yang setara/ sama dengan-Nya. 
Maha suci ALLAH swt daripada dipersekutukan. 

Selawat dan salam saya titipkan juga buat insan agung yang terpilih untuk menjadi Rasul Allah, Muhammad s.a.w. yang dengan kesabaran dan ketabahan baginda bersama para sahabat... saya & kalian diizin ALLAH swt menikmati dua nikmat terbesar dalam hidup seorang manusia, iaitu IMAN dan ISLAM. Moga diri ini dan kalian terpilih dan memilih untuk hidup dan menghidupkan 2 perkara tinggalan baginda s.a.w. iaitu, AL-quran dan As-sunnah walaubagaimanapun cabaran mendatang di dunia akhir zaman ini. 

 
 
Moga dijadikan RENUNGAN kita semua....Untuk merenungkan indahnya MALAM PERTAMA, tapi bukan malam penuh KENIKMATAN dunia semata..bukan Malam Pertama masuk ke alam Adam&Hawa...Tapi MALAM PERTAMA pernikahan kita dgn SANG MAUT, sebuah malam yang mninggalkan esak tangisan sanak saudara...

Hari itu…mempelai sangat DIMANJAKAN, mandipun...ada yang tolong MEMANDIKAN..sluruh badan kita TERBUKA.. Tak ada seurat benang pun menutupinya... Tak ada sedikit pun rasa malu... Seluruh badan digosok & dibersihkan...Kotoran dari lubang hidung & anu dikeluarkan.. Bahkan…lubang itupun ditutupi kapas putih...itulah susuk kita!!! ITULAH JASAD KITA ketika itu.

Setelah dimandikan.. kita pun dipakaikan GAUN cantik berwarna PUTIH bersih..kain itu,,,jarang orang memakainya... Kerana ia sangat terkenal bernama KAFAN!!! Wangian ditaburkan ke GAUN kita...Bahagian kepala,badan&kaki DIIKATKAN... Tataplah,,,tataplah!!! ITULAH WAJAH KITA! KERANDA pelaminan...langsung disiapkan...Pengantin bersanding SENDIRIAN!!!
Mempelai diarak keliling kampung disertai JIRAN TETANGGA menuju ke ISTANA KEABADIAN sbg simbol asal usul....kita diiringi langkah longlai seluruh ahli keluarga, serta rasa hiba handai taulan dtambah syahdu bersyairkan KALIMAH ZIKIRULLAH... Akad nikahnya bacaan TALKIN..

Berwalikan LIANG LAHAD... Saksinya BATU NISAN yg telah tiba... SIRAMAN air mawar.. sbgai pengantar AKHIR KERINDUAN....Dan akhirnya...tiba masa PENGANTIN menunggu & ditinggal SENDIRIAN...Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan..

MALAM PERTAMA bersama KEKASIH, ditemani cacing tanah...Dan ketika 7 langkah telah pergi,,, kita pun ditanya oleh Sang MALAIKAT!!! KITA tak tau... APAKAH AKAN MMPEROLEHI NIKMAT KUBUR??? 
Ataukah kita KAN MEMPEROLEHI SEKSA KUBUR???? 
Kita tak tahu...dan tak seorang pun yang tahu.
Tapi anehnya,,kita tak pernah RASA KETAKUTAN...NIKMAT atau SEKSA yg akan kita terima??? Langsung kita tidak menitiskan AIR MATA..Seolah-olah kita barang yang berharga…Dan DIA kekasih itu...MENETAPKAN kita ke SYURGA atau MELEMPARKAN diri kita ke NERAKA?? Tentunya kita mengharap mnjadi ahli syurga...Tapi,,,,tapi,,,,sudah cukupkah amalan kita selama ini UNTUK DISEBUT SEBAGAI AHLI SYURGA????
 
"Wallahu 'alam Bishawab" .....T_T 



"Jika suatu saat nanti saya tertidur pula untuk selamanya... hanya beralaskan tanah...Berselimut bunga...Ditutupi dgn papan&ditemani sebuah batu yang tertulis NAMA saya.... APAKAH KALIAN MASIH INGAT SAYA ???.. T_T


 


♥♥ Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyedari bahwa hari-hari yang anda lalui saban hari semakin mendekati anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? 


ALLAH Azza Wa Jalla Berfirman : Seperti yang tercantum dalam ayat al-quran:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Setiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa terkecuali, mereka semua akan mati. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan... dan kemudian akan mati jua......

Katakanlah: 
“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu lakukan di dunia...."




:::nota jejari layu:::
Jangan cuma merenung... jangan cuma bicara... jangan cuma terharu... jangan cuma takut tanpa tindakan-tindakan kita yang mencermintakan kita taat dan tunduk kepada Allah..... 
buktikan dengan tindakan-tindakan yang nyata bahwa kita ingin mendekatkan diri kepada Allah....
Subhanallah... Allah akan membimbing kita jika kita mendekatkan diri kepadaNya...
Rahmat Allah tiada tara dan tiada terbatas..!


Posted by Farhana Humayrah at 8:18 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 14 August 2011

Dari mata seorang Wanita



Orang kata, dari mata turun ke hati…kata-kata yang cukup bermakna.^^ Mungkin saja ia sama seperti "Tak kenal maka tak cinta?" erMm..agakla~~~

Rasanya pantun ni memang agak femes jugak la kan… macam selalu dgr dekat radio, huhu…LAYAN!
  Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
  Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati..


* translation:
  From where glides the swallow,
From the field to the paddy,
  From where comes the love,
From the eye down to the hearty…



Hihihi,, sebenarnya saya nak huraikan tentang tajuk entry seperti di atas….saja nak buat ayat berbunga-bungaan dulu, jadi tak la sahabat semua terkejut sangat! 
”Dari mata seorang wanita " hEe…agak malu nak masukkan nama sendiri dalam tajuk entry..
“Dari mata seorang wanita.. bernama Norasyikin Ferhana Ibrahim”


 so...memang sah2 la xde kaitan kepada sesapa pun..yang masih bernyawa mahupun yang sudah ke rahmatullah….
"Apa la agaknya erk?"
Hua hua hua…malu lagik! Time2 macam nie tetiba pula nak kongsikan sesuatu kepada tetamu teratak Bicara Sepi... 
Pandangan saya pada kaum Adam..hihi..... senang cerita, kiranya Lelaki Idaman la gitue...
"ntah apa ntah...memang tak la!"
 Saya berasa agak risau sedikit nak kuarkan entry yang berbaur "ntah apa ntah" nie... bukan apa, takut negara Malaysia yang aman damai ni dipenuhi muntah hijau! kih kih kih...just jOke! 
kat sini saya senaraikan 10 ciri-ciri Idaman Lelaki Malaya pilihan saya... ermm..fikir orang mengandung jak yang MENGIDAM??? kui kui kui...

Kita mulakan dari kedudukan ke-10... k la..apapun layan jak ar!


10. Guitarist
ermm.. jgn tanya kenapa. Tapi hakikatnya saya sangat tertarik kepada lelaki yang pandai main gitar. Nampak cool jak... Apa lagi kalau tengok muka diorang yang saya kira tengah serabut cari notes lagu... kening berkerut-kerut dgn bibir terkumat-kamit..saya sendiri kurang pasti butir bicaranya...agak serabut sangat la tue.. kekadang ada jugak la saya intai-intai, jeling-jeling sikit kat diorang ni...hihi
&...part yang penting lagik, style diorang pegang gitar tue... uish! susah nak crita..tapi lebih kurang macam ni la..



9. Style rambut
Penilaian saya terhadap sikap seorang lelaki bermula dengan melihat rambutnya. Orang kata..rambut adalah mahkota bagi seorang wanita..hal nie menunjukkan bahawa pentingnya rambut kepada wanita. Tapi..bagi lelaki tak penting ke? erm... bagi saya, of course la penting jugak! ye tak???
ok..kembali kepada agenda asal... ehem..ehem... Kekemasan rambut adalah penting kerana ia mempamerkan personaliti seseorang. Malah, Islam menyuruh penganutnya agar membersih, menyikat dan memakai minyak rambut (gel rambut bulih jugak kot! hihi...) supaya kelihatan kemas & segak.
Terdapat satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad S.A.W  dimana seorang pemuda ingin bertemu dgn Baginda namun pemuda berkenaan diminta mengemaskan rambutnya terlebih dahulu...
Secara peribadi, saya lebih suka lelaki berambut pendek. hihi...

 

 Lebih kurang macam rambut Hafiz Hamidun & Shaheizy Sam ni la...

Tapi kalau rambut panjang sikit macam Akhil Hayy ni bulih tahan jugak kot! hihi... 
(ada yg terasa ke? sOrie.....)

8. Meminati Sastera
 Saya rasa agak susah nak cari lelaki yang meminati sastera melayu.. ehh...silap! bukan saja golongan lelaki, tapi generasi muda sekarang. hEe... Sebenarnya saya suka sikit sastera melayu nie termasuklah sajak, syair (xbrapa sangat la), pantun...novel, cerpen & kata-kata puitis. Ada jugak sahabat yang mengatakan saya nie saja jak nak cari lelaki yang minat sastera...berangan-angan nak dibuatkan kata2 puitis++romantik la 2!!!
Uih! xde la sampai mcm 2 skali kOt!!! Kononnya saya nak cari yang 'sekepala' gitue..hoho
Saya memandang bahawa sastera itu indah, lembut, malah ada aspek positif yang boleh dijadikan pengamalan. Namun, untuk memahami dan meminati sastera, seseorang itu memerlukan kekuatan jiwa dan asas jati diri teguh!
Bukankah seseorang lelaki tue nampak 'smart' kalau memenuhi ciri-ciri nie? hihi...bagi pendapat saya la tue....

Dato A. Samad Said, tokoh sasterawan negara

Allahyarham Prof. Dr Hamka, tokoh Islam..Ulama' tegas yang meminati sastera.
*saya sangat meminati novel karya beliau, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk (1939).


7. Kuku 
Setuju atau tidak dengan saya? kalau saya kata tengok kuku 'berkarat' jak, rasa tak ingin nak dekat! ermm..setakat kuku hOk kecik  tue pun tak dijaga, ntah part yang lain...kan..kan...
Jelas sekali dalam Islam, memotong kuku & menjaga kebersihan itu amatlah dituntut demi menjaga kesihatan... no excuses! 
Hakikatnya, kuku yang panjang adalah tapak pelbagai jenis microorganisms bermaharajalela. Sebagai contoh, Shigella penyebab diarrhea (cirit birit), E. coli penyebab jangkitan pada saluran kencing, staphylococcus penyebab pimples & Haemophilus penyebab penyakit mata (pink eye).
Lelaki yang punya kuku yang pendek & bersih rasa sejuk jak mata memandang kan..? hihi...




6. Memakai spekmata
Nampak sangat saya nie terlalu subjektif..kui kui kui... Tapi, saya tak la suka sangat sebenarnya, suka tengok jak la.. Bagi saya, lelaki yang memakai spekmata ni secara otomatik menunjukkan karismanya.. ceh! agakla~ hihi... also looks cute what? ^^
Kalau ada yang perasan la, lelaki yang pakai spekmata ni..seriously! muka xseberapa nak hensem pun bulih jadi terlebih-lebih hensem..hoho...
Seperkara lagi yang buat saya SUKA TENGOK lelaki pakai spekmata sebab diorang nampak genius.. ermm...kalau time diorang ni study ke, baca buku...then betulkan kedudukan spekmata tue...lepas tu buat muka serius..kerut2 dahi... haish! susah nak explain daa.. paham2 sendiri la ya...

hensem kan? nampak berkarisma lagik! weeeee~~~




5. Meminati sukan
Hal  sebegini memang standard la.. ramai golongan lelaki gila bola sepak, badminton, skuasy, sukan2 ekstreme, acara2 olahraga & etc... Kebiasaannya, mereka ni kira pakar juga la dalam bidang sukan yang digemari tue. Lelaki nampak macho bila b'sukan...xkira la apa jenis sukan pun...hihi..... betul tak?
Apa lagi kalau diorang nie pakai baju jersi..memang macho++ larh!

sesuai plak Khairul Fahmi ni ngan kaler kuning...hihi

see.... muka cool je...^^


4. Photographer
Orang kata, sekeping gambar membawa seribu erti... Bagi saya, pandangan kacamata seorang jurufoto berbeza berbanding mereka2 yang langsung xtau kesenian nie... Penelitian, penghayatan & kreativiti  diorang nie dapat membuahkan hasil kerja 'kaku'  yang seakan-akan bercerita dengan sendirinya.
dengan gaya bersahaja, malah pandai mengendalikan kamera mahal  DSLR... uih! bulih cair dibuatnya! hihi...

 Ustaz Azhar Idrus, seorang tok guru/ ulama terkenal di terengganu..juga seorang photographer.


3. Tidak banyak bercakap
Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata kosong.
"Barangsiapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.  Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah & Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
  
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya...
xperlu kata apa-apa...senyum!








2. Blogger
 Blog adalah satu medium jikalau diaplikasikan untuk kebaikan..maka jadi baik la ia..malah menjadi satu wadah membangunkan jiwa yang kegersangan. Namun membawa padah jika dimanipulasikan untuk perkara yang sebaliknya...
Secara peribadi, saya tertarik kepada pem'blogger2 nie...(bukan semua la..hihi) 
Penulisan, pendapat & pandangan diorang kebanyakkannya membuatkan saya banyak berfikir & merenung... Saya merasakan diorang nie menulis dengan hati berpaksikan Keilmuan yang bukan calang2 & Keimanan kepada Sang Khaliq! Bukan sekadar info & wacana sia-sia cuma.... 






1. Agama
"Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan & ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu & sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."  (Surah Asy Syams: ayat 7-10)
   
Kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh & mendalam pandangan mata kasar. Antara hal-hal yang harus dilihat & dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara2 yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan & pandangan hidup!


"Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya"  (surah Al Baqarah: ayat 172) 




 *Namun..siapalah diri ini yang mengharapkan pasangan hidup sekacak Nabi Yusof, andai diri tidak secantik Ratu Balqis...
Tidaklah mengharapkan lelaki seagung Nabi Muhammad, andai diri tidak semulia Siti Khadijah...


kemudian..saya terkenangkan janji Sang Pencipta..........
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat & lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (surah an Nur: 26)
 Cukup untuk membuat saya tersenyum... Alhamdulillah! Betapa Cinta ALLAH itu Maha Luas...








:::nota jari manis:::

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si Soleh..tetapi berusahalah menjadi yang Solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah...kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI."

Posted by Farhana Humayrah at 1:02 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (12)
      • Dia sudah pergi...T_T
      • Mengukir rasa di bingkai kenangan
      • Menanti Hikmah
      • Jangan pernah berduka
      • Paradigma Katak.. Kodok jugak!
      • Solat Istikharah
      • ♫" Itulah NIKMAT Kematian "♫ *♥
      • Dari mata seorang Wanita
      • Fadhilat Solat Sunat Terawih
      • Serapuh Kaca
      • Bayu Rindu Bertandang Lagi
      • Sarkastic Honeymoon Package
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com