-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, 4 April 2012

Saudagar dan isterinya sekalian

Suatu kisah, tersebutlah sebuah cerita ada seorang saudagar pintar yang amat kaya raya. Dia mempunyai 4 orang isteri semasa hidupnya.

Dia sangat sayangkan isteri keempatnya, dengan menghiaskannya dengan pakaian yang serba mahal lagi ekslusif, serta menjamu seleranya dengan berbagai jenis makanan yang serba lazat. Dia sangat menjaga terhadap isteri keempatnya ini dengan memberinya segala apa yang terbaik.

Dia juga amat menyayangi isterinya yang ketiga. Dia bermegah dengannya dan senantiasa dengan bangga menunjukkannya kepada kawan-kawannya di mana dia pergi. Walau bagaimana pun, dia amat takut yang isteri ketiganya ini, sebagai buah hatinya, akan lari mengikuti lelaki lain.

Saudagar ini juga memiliki isteri kedua yang juga amat di sayanginya. Isterinya yang ini seorang yang amat perhatian, sentiasa bersabar, bahkan dia juga bertindak sebagai penasihat peribadi saudagar kaya tersebut. Apabila saudagar itu menghadapi masalah dia akan merujuk kepada isteri keduanya ini, dan isterinya pula akan sentiasa membantu saudagar itu dalam keadaan-keadaan yang menekan jiwanya.

Isteri pertama saudagar ini pula merupakan seorang isteri yang amat setia kepadanya, dan telah banyak memberi bantuan kepada saudagar ini dalam menjaga harta kekayaan serta perniagaannya. Disamping itu, isteri pertamanya ini juga mengendalikan segala urusan rumahtangga saudagar ini. Namun demikian, saudagar itu tidak menyayangi isteri pertamanya, walau pun isterinya amat mengasihinya , bahkan dia tidak peduli terhadap kebaikan isteri pertamanya ini.

Pada suatu hari, saudagar tadi jatuh sakit kerana keuzuran. Setelah beberapa hari dia merasakan dia akan menemui ajalnya dalam waktu terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, 
"Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan berada keseorangan. Alangkah sunyinya aku kelak!"

Dia pun bertanya isteri keempatnya,

"Aku sayangkan engkau melebihi daripada yang lain. Aku beri engkau pakaian yang istimewa paling berharga, serta ku berikan engkau berbagai kemewahan lain. Kini aku sedang sakit dan akan menemui ajalku tak lama lagi, adakah engkau akan ikut aku untuk menemani aku?"
 "Tidak mungkin!", jawab isteri keempatnya itu, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.

Dengan amat dukacitanya, saudagar itu kemudian bertanya pula isteri ketiganya,

"Aku telah mencurahkan kasih sayangku kepada engkaukau sepanjang hayatku. Dan sekarang aku sedang sakit menunggu maut, adakah engkau akan ikut bersamaku untuk menemaniku?"
"Tidak!" jawab isteri ketiganya dengan tegas. "Hidup ini lebih baik di sini! Aku akan kawin lagi setelah engkau mati." Hancur lebur perasaan saudagar itu bila mendengar jawapan tersebut.

Saudagar itu berpaling pula kepada isteri keduanya seraya berkata,

"Aku selalu mengadu masalah kepada engkau untuk memberi bantuan kepadaku, dan engkau sentiasa telah menolong aku dalam kesusahan. Kini aku perlukan bantuanmu lagi. Apabila aku mati nanti, adakah engkau akan mengikutiku untuk menemani aku?""Mohon maaf temanku, aku tak dapat menolongmu lagi kali ini., jawab isteri keduanya. "Paling jauh aku boleh temani mu sampai menghantarmu ke kubur saja". Jawapan ini datang seperti halilintar yang membelah dan saudagar ini merasa sungguh kecewa.

Kemudian, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dengan berkata

,"Aku akan tinggal bersamamu. Aku akan ikut engkau kemana engkau akan pergi untuk menemanimu."Saudagar itu pun melihat keatas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kelaparan. Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, saudagar itu pun berkata, "Kasihan aku melihat engkau. Aku sepatutnya aku memperhatikan jamu semasa aku masih kuat dulu!"



Teman, sesungguhnya kita semua mempunyai 4 isteri di sepanjang hayat kita;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh badan kita, betapa banyak waktu kita curahkan untuknya untuk menjaganya serta menghiaskannya sehingga menawan pandangan orang lain, ia tidak akan berkekalan dengan kita.

ISTERI KETIGA adalah segala-gala yang kita miliki di dunia - harta benda, status, pangkat dan kekayaan. Bila kita mati, semuanya itu akan menjadi milik orang lain, bukan?

ISTERI KEDUA adalah keluarga dan sahabat kita. Bagaimana dekat sekali pun antara kita dengan mereka apabila kita masih hidup, paling jauh mereka akan dapat menemani kita ialah sampai di tanah perkuburan saja.

Akan tetapi ISTERI PERTAMA merupakan jiwa/roh dan amal kita, lazimnya tidak di hiraukan dan diabaikan demi kekayaan serta kesenangan peribadi. Namun sebenarnya, hanya jiwa dan amal  yang akan menemani kita sehingga kedalam kubur. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak...

Jadi, selagi mampu..perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak..!
Posted by Farhana Humayrah at 9:53 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (9)
      • Stairway to Heaven or Hell?
      • Ayat- ayat Cinta
      • Wanita- Isu Haid dan Qadha' Solat
      • Semakin Pendek Umurnya . . !
      • Antara Keperluan & Kehendak
      • Siapa kita?
      • Ekspresi Diri
      • Saudagar dan isterinya sekalian
      • Penangan 7 Petala Cinta
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com