Bismillahirrahmannirrahim..
Alhamdulillah,masih diberi nikmat hidup di bumi ni. Bila dihitung-hitung, sampai tak terhitung nikmatnya. Cuba anda kira apa nikmat yang telah Allah beri hari ini? nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat udara, nikmat penglihatan dan banyakkkkk lagi.. tak terhitung rasanya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmatNya dengan sifatnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..
Aku masih dalam perjalanan mencari sesuatu dalam hidup.Langkah akan terhenti suatu hari nanti.Tapi harapan tidak akan sama sekali.
Antara keperluan dan kehendak. Dua perkara yang sering menghimpit ruang waktu & mengisi kotak fikiran saya kebelakangan ini.. Hakikatnya, dalam kehidupan ni macam-macam yang perlu kita buat perhitungan.. antara keperluan dan kehendak, saya perlu memilih salah satu @ merembat keduanya sekali. ngeh ngeh ngeh...
Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan, sehinggakan satu perkara yang agak penting dalam hidup ini saya perlekehkan begitu saja. Barangkali saya sudah cukup ‘pakar’ mentafsir situasi sekeliling dan cuba untuk bersikap toleransi. Walau tidak faham, tapi cuba untuk memahami. Walau tidak pandai, tapi ingin memandai-mandai.
Bila otak waras ligat berfikir menolak mentah2 kehendak sang hati, maka menjeruklah perasaan..ranapkan sebuah angan2 kerana kehendak tidak dipenuhi.
Baru-baru ini, saya menolak peluang menghadiri majlis konvokesyen; KLMU Convocation Ceremony 2012. Kawan2 yang lain berduyun duyun mahu konvo tahun ini, sekaligus cepat cepat memutuskan ‘ikatan’ dengan hal ehwal pengajian dan terusss merealisasikan impian dalam dunia pekerjaan. Entah mengapa, ia jadi bebanan maha berat bagi saya. Disaat saat akhir, saya membuat keputusan songsang 180 darjah..! Allah saja yang Maha Tahu ‘parasit’ apa yang mempungaruhi akal waras batang tubuh ini...
Nekad dalam hati...
>create message<
“Sahabat, aku xdpt join korang konvo sesama tahun ni..xde rezeki nampaknya..^_*”
>inbox<
“kenapa?”
“kenapa??”
“kenapa???”
Bla..bla..bla..........
“jangan risau, tahun depan aku dtg time ko konvo k!”
“jemputlah ea bila ko konvo nanti, insyaAllah ada masa t’luang kita jumpa..”
“apa apapun kita jumpa next year k! Jgn sedih sedih tau...”
Tersenyum kelat bila baca mesej sahabat sahabat sekalian. “TERIMA KASIH KORANG!!!”
“Yakinlah adikku, jadikan keputusan nekad kamu ni adalah satu pilihan yang tepat! Tanya kepada diri kamu sendiri b’ulang ulang kali..kenapa & kenapa kamu pilih ini? Kamu sendiri tahu apa jawapannya. Bukankah hati terasa tenang, bahagia bila kita rasa kita lakukan itu dan ini untuk keperluan orang lain? Hidup ini terlalu singkat kan untuk bersikap mementingkan diri. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk kamu selepas ini. Siapa tahu??? Pasti ada hikmah... La tahzan... ^^”
Syukran kak Leya.. *senyum senyum time tido
Puan Leha: “Ish! Apa la kau ni Ekin. Semua orang beriya iya mau konvo, kau ni pulak ndak mau. Peluang tuh...”
Farhana H: “ Apa la mau fikir berat beb! Bukan aku langsung terlepas peluang konvo tu. Postpone ke tahun depan jak..hihi”
Terukir di bintang..selamat malam!
No comments:
Post a Comment