.سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cinta Islamik.
Okeh..cantik bunyinya.. yang pasti apa yang saya dan mungkin anda dapat bayangkan adalah satu pasangan yang berpakaian sopan, menutup aurat sempurna, menjaga jarak antara mereka serta menjaga kelakuan.
perkara ni agak hangat dibahaskan sejak lama duluu.. sehingga sekarang, bagai tiada noktah. masing masing dengan hujah berjela jela.
Mungkin bagi sesetengah antara KITA, cara bercinta yang
seperti inilah yang TERBAIK, ELOK, SEMPURNA & ‘sweettttt sesangat’! Tapi
persoalannya di sini, adakah CINTA ISLAMIK itu tidak sama dengan corak cinta
muda mudi zaman ini? Jika ia berbeza..apakah perkara yang membezakannya?
Farhana Humayrah: Xde beza...
Sahabat*mulut cili : tau xpe...
Itulah jawapannya...
bukan kadang-kadang, tapi selalu.. bukan tidak perasan,
tapi tidak terkesan. bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tahu.. bukan juga tiada
orang yang menegur, malah tegur bukan kemain pedas sampai seminggu tak hilang
rasa pedih itu. Yang TERRbest, teguran sampai berasap telinga... setelah
berpulun pulun kali ditarbiyah, tapi tak sedar sedar juga.Kalau sedar pun,
paling lama..sepertimana yang saya dah nyatakan di atas, SEMINGGU saja. Itulah
SAYA..dan mungkin ANDA juga.
Dengan harapan, selautan impian..bila dah dengar, setelah
difahami..InsyaAllah & siap tulis di teratak ‘Sentuhan Pedusi’ ini harap
harap perkara sebegini boleh lekat dekat hati dan otak sampai mati.
Rata rata kita punya ibu bapa yang sangat sangat sporting.
Dengan slamber + gaya lagak ibu bapa yang kononnya memahami naluri anak anak
remaja memberi lampu hijau kepada mereka untuk bercouple sebelum
bernikah... asalkan JAGA PERGAULAN, jaga itu...dan jaga ini. Faktor ini salah
satu sebab wujudnya Cinta Islamik secara berleluasa.
Hari ini, kita telah disogok dengan pelbagai drama/tayangan
yang diterbitkan berunsurkan “cinta islamik” ,novel dan artikel tidak
kurangnya. Bohonglah saya kalau tidak terpengaruh dengan semua ini. Sebagai
contoh, filem terhebakkk dan terjiwang abad ini .. “7 petala Cinta”. Sepastinya medium sebegini lah yang menyuntik jiwa-jiwa remaja seperti SAYA dan mungkin juga ANDA untuk
bercinta yang pada awalnya “cinta islamik” dan akhirnya rebah.
Tidak perlu menuding jari pada anak pak ali di hujung
kampung, tidak perlu mengata anak makcik aliah jiran sebelah.. tidak perlu
susah susah, muhasabah diri sendiri, jeling jeling pada orang dalam rumah.. nampak
la jelas depan mata. Anak muda dengan cara moden anak mudanya... Yang tua buat
cara tidak pedulinya...
Jangan nak berkerut kerut dahi sangat! Memang banyak berlaku benda ni.
Antara
ayat yg kerap di ucapkan bila berbicara tentng cinta & hubungan 'couple'..
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Ana cintakan akhi kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
"Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu berserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.
“Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”
"Mudah..melalui cinta Illahi”
“Tapi bagaimana?”
“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”
“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”
“Boleh, why not??? InsyaAllah..kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Jom! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
*tajuk entry bukan kemain hebakkk.. ^^
Semoga bermanfaat...
Subhanallah..Gud job sis!
ReplyDelete:)
lily sokong seratus peratus memang sesuai lily suka,,lily nak menbetulkan akidah lily,akhalk,yang baik,,insyaallah...tlg ajari lily,,semua tentang percintaan cinta islamic,,,lily hanya meunggu
ReplyDelete