-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, 24 April 2012

Stairway to Heaven or Hell?





 "Mengapa engkau menyembah Allah?' tanya Rabiatul Adawiyah.
 "Kerana aku TAKUT AZAB NERAKA.”
"Juga aku INGIN KE SYURGA." mereka menjawab.

Rabiah KECEWA mendengar jawapan mereka dan menyambung,
 "Seandainya syurga dan neraka tidak ada, apakah kalian akan MENYEMBAH Allah?"

Mereka saling memandang dan terkejut akan soalan Rabiah itu.
 "Aku menyembah Allah kerana MENGHARAP KEREDHAANNYA..nikmat dan anugerah yang diberikan kepadaku SUDAH CUKUP untuk menggerakkan hatiku agar menyembah dan BERIBADAH kepadaNya." jawab Rabiah tegas.


Seandainya Allah tidak menyediakan SYURGA DAN NERAKA, apakah kita MASIH SUDI menjadi hambaNya? 

♥:: Aku hanya HAMBA, selamanya kekal sebagai HAMBA Allah ::♥

Posted by Farhana Humayrah at 3:42 pm 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 23 April 2012

Ayat- ayat Cinta



.سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Cinta Islamik.
Okeh..cantik bunyinya.. yang pasti apa yang saya dan mungkin anda dapat bayangkan adalah satu pasangan yang berpakaian sopan, menutup aurat sempurna, menjaga jarak antara mereka serta menjaga kelakuan.
perkara ni agak hangat dibahaskan sejak lama duluu.. sehingga sekarang, bagai tiada noktah. masing masing dengan hujah berjela jela. 

Mungkin bagi sesetengah antara KITA, cara bercinta yang seperti inilah yang TERBAIK, ELOK, SEMPURNA & ‘sweettttt sesangat’! Tapi persoalannya di sini, adakah CINTA ISLAMIK itu tidak sama dengan corak cinta muda mudi zaman ini? Jika ia berbeza..apakah perkara yang membezakannya?

Farhana Humayrah: Xde beza...
Sahabat*mulut cili : tau xpe...

Itulah jawapannya...

bukan kadang-kadang, tapi selalu.. bukan tidak perasan, tapi tidak terkesan. bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tahu.. bukan juga tiada orang yang menegur, malah tegur bukan kemain pedas sampai seminggu tak hilang rasa pedih itu. Yang TERRbest, teguran sampai berasap telinga... setelah berpulun pulun kali ditarbiyah, tapi tak sedar sedar juga.Kalau sedar pun, paling lama..sepertimana yang saya dah nyatakan di atas, SEMINGGU saja. Itulah SAYA..dan mungkin ANDA juga.

Dengan harapan, selautan impian..bila dah dengar, setelah difahami..InsyaAllah & siap tulis di teratak ‘Sentuhan Pedusi’ ini harap harap perkara sebegini boleh lekat dekat hati dan otak sampai mati.

Rata rata kita punya ibu bapa yang sangat sangat sporting. Dengan slamber + gaya lagak ibu bapa yang kononnya memahami naluri anak anak remaja memberi lampu hijau kepada mereka untuk bercouple sebelum bernikah... asalkan JAGA PERGAULAN, jaga itu...dan jaga ini. Faktor ini salah satu sebab wujudnya Cinta Islamik secara berleluasa.

Hari ini, kita telah disogok dengan pelbagai drama/tayangan yang diterbitkan berunsurkan “cinta islamik” ,novel dan artikel tidak kurangnya. Bohonglah saya kalau tidak terpengaruh dengan semua ini. Sebagai contoh, filem terhebakkk dan terjiwang abad ini .. “7 petala Cinta”. Sepastinya medium sebegini lah yang menyuntik jiwa-jiwa remaja seperti SAYA dan mungkin juga ANDA untuk bercinta yang pada awalnya “cinta islamik” dan akhirnya rebah.


Tidak perlu menuding jari pada anak pak ali di hujung kampung, tidak perlu mengata anak makcik aliah jiran sebelah.. tidak perlu susah susah, muhasabah diri sendiri, jeling jeling pada orang dalam rumah.. nampak la jelas depan mata. Anak muda dengan cara moden anak mudanya... Yang tua buat cara tidak pedulinya...

Jangan nak berkerut kerut dahi sangat! Memang banyak berlaku benda ni.



Antara ayat yg kerap di ucapkan bila berbicara tentng cinta & hubungan 'couple'..

“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..” 
“Ana cintakan akhi kerana Allah..” 
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
 


Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.



“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!” 
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?” 
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
"Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu berserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.




Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.

“Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”
"Mudah..melalui cinta Illahi”
“Tapi bagaimana?” 

“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”
“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”
“Boleh, why not??? InsyaAllah..kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”





Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
 


Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)


Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.

Jom! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;



“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)


Ingatlah!

Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.









*tajuk entry bukan kemain hebakkk.. ^^


Semoga bermanfaat...
Posted by Farhana Humayrah at 8:12 pm 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 22 April 2012

Wanita- Isu Haid dan Qadha' Solat


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ) 

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. 





Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA : 

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 


HURAIAN MASALAH : 

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor. 

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib. 

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. 


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 

Rujukan rakan masjid
Posted by Farhana Humayrah at 4:54 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 16 April 2012

Semakin Pendek Umurnya . . !

Bismillahirrahmanirrahim...

15/04/1991
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
15/04/2012


Alhamdulillah..

Allah mengizinkan untuk terus hidup di bumi Nya. TERIMA KASIH ALLAH... Kini, usia sudah menjangkau 21 tahun.. terfikir, apa yang saya dah buat selama duapuluhsatu tahun ini? Termenung jauh..agaknya berapa tahun lagi sisa2 usiaku? Entah mengapa, tidak seperti tahun lepas..hari ini saya terasa sudah terlalu tua.. tersangat sangat tua untuk bersikap kebudak budakan.

Tiba-tiba, tergerak hati mahu menyelongkar photo album yang sudah terlalu lama tidak dibelai. Menyelak satu persatu,sememangnya mak menyusun photo itu bermula dari diri ini berusia beberapa bulan. Masuk zaman sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke alam kampus. Kini, perlu menyusun strategi melakar masa depan.. rasa seperti dah dewasa..hihi,, agaklaaaa

Terasa begitu bermakna..mak, abah, famili sekalian, sahabat sahabat mengingati hari lahir dengan doa yang sangat sangat membahagiakan. Alhamdulillah.. TERIMA KASIH SEMUA . . !

bornday cake untuk 4org yg lahir dalam bulan April.. TQ encik Nazri..!  
cake kaler kuning yang sangat sedappp...


Hidangan untuk para tetamu... 
kembung perut sbb terlalu banyakkk makan. hihhihi


TQ puan Eda.. tetiba rasa xlengkap birthday party tanpa pizza..hohoho
tapi yg melebih budak budak nih...


 Semakin hari semakin bertambah usiaku
Kian waktu, pengalaman mendewasakanku
Akal dangkal tak mampu memacu laju
Hanya iman senipis bawang memacu arah tuju
Berbantu rahmat Mu yang sentiasa bersamaku...


Terima kasih MAK, MAK, MAK...

Terima kasih ABAH

Terima kasih big brother encik Nazri, puan Lina

Terima kasih encik Sunbae, encik E-one, cik Ayien, encik Akhmal

Terima kasih Atok, Nenek, Tokwan

Terima kasih tuan-tuan pakcik & puan-puan makcik

Terima kasih sahabat-sahabat tercinta

Terima kasih encik Fadzil

.............senyum sampai pengsan............

Posted by Farhana Humayrah at 6:43 pm 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 15 April 2012

Antara Keperluan & Kehendak


Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah,masih diberi nikmat hidup di bumi ni. Bila dihitung-hitung, sampai tak terhitung nikmatnya. Cuba anda kira apa nikmat yang telah Allah beri hari ini? nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat udara, nikmat penglihatan dan banyakkkkk lagi.. tak terhitung rasanya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmatNya dengan sifatnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..

Aku masih dalam perjalanan mencari sesuatu dalam hidup.Langkah akan terhenti suatu hari nanti.Tapi harapan tidak akan sama sekali.

Antara keperluan dan kehendak. Dua perkara yang sering menghimpit ruang waktu & mengisi kotak fikiran saya kebelakangan ini.. Hakikatnya, dalam kehidupan ni macam-macam yang perlu kita buat perhitungan.. antara keperluan dan kehendak, saya perlu memilih salah satu @ merembat keduanya sekali. ngeh ngeh ngeh...

Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan, sehinggakan satu perkara yang agak penting dalam hidup ini saya perlekehkan begitu saja. Barangkali saya sudah cukup ‘pakar’ mentafsir situasi sekeliling dan cuba untuk bersikap toleransi. Walau tidak faham, tapi cuba untuk memahami. Walau tidak pandai, tapi ingin memandai-mandai.

Bila otak waras ligat berfikir menolak mentah2 kehendak sang hati, maka menjeruklah perasaan..ranapkan sebuah angan2 kerana kehendak tidak dipenuhi.



Baru-baru ini, saya menolak peluang menghadiri majlis konvokesyen; KLMU Convocation Ceremony 2012. Kawan2 yang lain berduyun duyun mahu konvo tahun ini, sekaligus cepat cepat memutuskan ‘ikatan’ dengan hal ehwal pengajian dan terusss merealisasikan impian dalam dunia pekerjaan. Entah mengapa, ia jadi bebanan maha berat bagi saya.  Disaat saat akhir, saya membuat keputusan songsang 180 darjah..! Allah saja yang Maha Tahu ‘parasit’ apa yang mempungaruhi akal waras batang tubuh ini...

Nekad dalam hati...

 >create message<
“Sahabat, aku xdpt join korang konvo sesama tahun ni..xde rezeki nampaknya..^_*”

>inbox<
“kenapa?”

“kenapa??”

“kenapa???”

 Bla..bla..bla..........


“jangan risau, tahun depan aku dtg time ko konvo k!”

“jemputlah ea bila ko konvo nanti, insyaAllah ada masa t’luang kita jumpa..”

“apa apapun kita jumpa next year k! Jgn sedih sedih tau...”


Tersenyum kelat bila baca mesej sahabat sahabat sekalian. “TERIMA KASIH KORANG!!!”


“Yakinlah adikku, jadikan keputusan nekad kamu ni adalah satu pilihan yang tepat! Tanya kepada diri kamu sendiri b’ulang ulang kali..kenapa & kenapa kamu pilih ini? Kamu sendiri tahu apa jawapannya. Bukankah hati terasa tenang, bahagia bila kita rasa kita lakukan itu dan ini untuk keperluan orang lain? Hidup ini terlalu singkat kan untuk bersikap mementingkan diri. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk kamu selepas ini. Siapa tahu??? Pasti ada hikmah... La tahzan... ^^”
Syukran kak Leya.. *senyum senyum time tido


Puan Leha: “Ish! Apa la kau ni Ekin. Semua orang beriya iya mau konvo, kau ni pulak ndak mau. Peluang tuh...”
Farhana H: “ Apa la mau fikir berat beb! Bukan aku langsung terlepas peluang konvo tu. Postpone ke tahun depan jak..hihi”

Terukir di bintang..selamat malam!  
Posted by Farhana Humayrah at 10:41 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 7 April 2012

Siapa kita?

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya.



Allahuakbar, Allahuakbar..!

Allahuakbar, Allahuakbar..!



Subuhnya

di mana aku berada

masih enak dalam kelambu rindu

sambil berpoya-poya dengan waktu

masa bagaikan menderu

langkah tiada arah tuju

fikiran terus bercelaru

terlupa aku semakin dihujung waktu

siapa aku di depan Tuhan ku???



Zohornya

aku lebih memikirkan kelaparan

kehausan dan rehatku

aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

aku bertolak ansur dengan waktu

aku gembira membilang keuntungan

aku terlupa betapa besar kerugian

jika aku mengadaikan sebuah ketaatan

siapa aku di depan Tuhan ku???



Asarnya

aku lupa warna masa

cepat berubah bagaikan ditolak-tolak

aku masih dengan secawan kopiku

terlupa panas tidak dihujung kepala

aku masih bercerita

tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka

siapa aku di depan Tuhan ku???



Maghribnya

aku melihat warna malam

tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya

mencari sisa-sisa keseronokan

tidak terasa ruang masa yang singkat

jalan yang bertongkat-tongkat

ruginya bertingkat-tingkat

siapa aku di depan Tuhan ku???



Isyaknya

kerana masanya yang panjang

aku membiarkan penat menghimpit dadaku

aku membiarkan kelesuan mengangguku

aku rela terlena sambil menarik selimut biru

bercumbu-cumbu dengan waktuku

siapa aku di depan Tuhan ku???



kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku

apabila azan berkumandang lagi

aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi

kerana di hujung hidup ada mati

bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

jika ruangku dibiarkan kosong

Tanpa di isi dengan amalan hari esok.

jika wajahku menjadi asing

pada mentari dan juga bintang-bintang.



Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,

Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.

Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...

RENUNGKANLAH...



SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???
Posted by Farhana Humayrah at 9:52 pm 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 5 April 2012

Ekspresi Diri

Sebatang paku menjadi mangsa ‘rejam’..langsung tiada belas kasihan terhadap paku terbabit. Diketuk dengan tukul kuku kambing superb, maka terbenamlah ia hingga hujung kepala tidak kelihatan. Kayu yang agak uzur itu juga ‘mendap’..tidak puas hati..!
Cermin tingkap turut jadi mangsa keganasan. Tumbukan gaya peninju muay thai diaplikasikan. Kalau tidak pecah, kaca berderai atau jari jemari si manusia itu agak belum terkoyak..selagi tidak keluar rembesan cecair merah, tidak juga puas hati..!
Daun pintu yang separuh abad itu..dihentak, dilenyek, diganyang....agaknya kalau dihempas sekali lagi dengan segala kudrat yang masih tersisa ini..nescaya malam ini tidur tidak berpintu..tidak juga puas hati..!
*layan tekanan negatif



Semenjak menjadi ‘orang rumah’ sepenuh masa, saya banyak menghabiskan masa berhibernasi.. ambil semangat beruang kutub nun sanaa. Dengan perasaan zuhudnya, saya pasrah mendapat taklifan sebagai peniaga anggur berjaya yang bercuti sepanjang tahun.. melaksanakan tugas terrrr mulia abad ini.. sebagai suri rumah doplohpat jam. menyumbang kepada mutasi saya menjadi makhluk yang pasif, berubah watak dan identiti.
“kamu sudah banyak berubah..”
Saya tersenyum saja..tidak sesekali mahu menyangkal fakta itu. Saya tidak seperti yang dahulu..saya sekarang lebih banyak berdiam dan hanya tersenyum tanpa sepatah bicara. Melihat dan mendengar cuma. Kadang langsung tidak memberi sebarang respon. Tunggul kayu sekalipun pandai juga ‘tersenyum’.. Arghhh!! Kusut bertambah serabut...hidup terlalu singkat untuk bersikap mementingkan diri...
Di asak dengan perasaan meronta-ronta sampai terguling-guling mengharapkan orang sekeliling memahami.. namun hati bertambah rawan bila yang melihat, tidak memandang.. yang mendengar, seakan-akan tuli.. dan akhirnya saya memencilkan diri. Sembunyi belakang pintu, mogok tidak mahu makan tengahari...agak2 belum terpujuk, membawa kepada waktu makan malam. Yang susah..diri sendiri. Sangat sangat kebudakkan..! *statement last tuh saya merapu...sila abaikan.
Agaknya saya terasa sudah terrrrlalu lama duduk bertapa di rumah, menyebabkan saya menjadi tersangatlah tension. Sahabat2 yang sama2 study duluu..sahabat2 yang tidur sebantal  *agaknya kalau bantal guling itu dilintangkan, cukup untuk kami (saya, cik Zuera, cik Aredik, cik Anis) boleh kongsi lagi.. mereka sekalian majoriti sudah pun bekerja. Desakan hidup seharian menambahkan kusut, dan akhirnya saraf otak sekaligus berselirat. Berminggu minggu mak dan abah mencuci telinga ini sampai gugur gegendangnya sekalian. Kata mereka, tak perlu bekerja dahulu.. pergi ambil lesen untuk menjamin hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.. paling koman pun..lesen motor sudah memadai. Boleh rempit keliling kampung di petang hari.. namun hakikatnya, saya masih belum cukup semangat ambil lesen nak rempit atau drift segalaaa...agaknya kena tunggu mandi bunga 7 warna, air kolah 7 masjid baru bersemangat. Ha ha ha...
Tidak habis habis saya berfikir..fikir dan fikir.... rambut pun dah banyak gugur menyembah bumi. Bulu mata terbang melayang dibawa angin... sudah banyak lemak tepu sibuk menyempit di otak sampai kadang tidak boleh berfikir secara normal. Sebagai manusia, pasang surutnya emosi itu..perkara biasa biasa. Tapi yang surut tidak ‘pasang pasang’ itu agaknya perlukan kaunseling lebih. Moga2 tidak hanyut dek surutnya emosi yang semakin menjadi jadi.
Terlalu banyak berfikir juga menimbulkan angan angan berpanjangan...banyak berangan, nescaya apa pun tak jadi. Akhirnya, saya memilih memformat segala anasir jahat angan angan pak jenin itu, dan berusaha menzahirkan kesungguhan.
Setelah lama menjeruk perasaan kerana kemahuan dipertikaikan..maka datanglah berduyun duyun semangat positif, bergerak secara produktif dengan lagak gaya elegen seorang penganggur terhormat.

Dan....

Akhirnya....

Saya memilih...


Untuk berbakti kepada mak dan abah di rumah... Encik Nazri cakap, “rileks la duluu... buat la apa saja benda yang berfaedah kat rumah tuu..bercucuk tanam ka..menyapu halaman rumah, cabut rumput, siram pokok bunga segala....berbakti jugak..!” 

selamat tinggal angan-angan...
Posted by Farhana Humayrah at 8:25 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (9)
      • Stairway to Heaven or Hell?
      • Ayat- ayat Cinta
      • Wanita- Isu Haid dan Qadha' Solat
      • Semakin Pendek Umurnya . . !
      • Antara Keperluan & Kehendak
      • Siapa kita?
      • Ekspresi Diri
      • Saudagar dan isterinya sekalian
      • Penangan 7 Petala Cinta
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com