-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 25 March 2012

Mengharap Secebis Belas

Apa yang dhaku RASA, semuanya adalah izin dariNya kerana Dia pemilik diri ini..Allah jualah yang menciptakan tawa dan tangis..dhaku BERSYUKUR atas segala rasa yang telah dan akan Dia berikan..insyaAllah..


Mata saya liar memandang ke arah sekeliling di penjuru bangunan berdekatan pasar. Cuaca panas, di tambah pula dengan keadaan yang sesak dengan orang ramai benar benar menggugat mood.
Tiba-tiba mata saya tertancap pada satu sudut, di mana seorang kanak-kanak lelaki atau lebih tepat lagi seorang pengemis cilik dihalau keluar dari sebuah premis berdekatan. Ya Tuhan, betapa sakitnya hati ini melihatnya..!

Saya hanya memandang saja ‘sketsa’ itu..kosong! bukan mengelamun..otak saya masih di situ. mata saya beralih arah.. Itu perkara biasa, tengok secara ‘live’ sebegini di daerah ini.. melihat pengemis jalanan sambil mengusung anak kecil, saya mengaggap ia sebagai alat eksploitasi..kisah lemau. Apatah lagi menonton wayang fiksyen di kaca tv. Lebih teruk dari ni lagi adaa....!

"cik, kami orang susah cik. kami tak ada duit nak makan. cik, tolong kami cik."

Saya terkejut! Kanak kanak tadi berdiri di hadapan saya kini..sambil menadah tangan kecilnya. Muka comot, baju lusuh compang camping..langsung tidak terurus. Saya keluarkan sekeping not rm1 dari poket baju belah kiri , hulurkan kepadanya. Terus saja ia berlalu pergi..

Tidak semena mena, menyusul pula 2org lagi kanak kanak pengemis.. Allah! Saya mula rasa terganggu..benar benar mengganggu gugat ‘keikhlasan’ serba sedikit.. saya mula jadi perhatian orang orang berhampiran...hu hu hu
saya senyum. sehabis senyum. dalam hati, baca surah Al-Fatihah.


"saya dah sedekah. semoga hidup kamu diberkati Allah."

*ustazah kata, senyum itu sedekah. jadi, salah ke sedekahkan senyuman untuk peminta sedekah? ustazah kata, sedekahkan Al-Fatihah untuk sekian dan sekian. maka, saya sedekahkan Al-Fatihah untuk orang itu, dalam hati. sampai sekarang saya buat. Heh..!

Saya sangat terkesan dengan apa yg berlaku petang tadi. Terngiang ngiang di telinga, terbayang di ruangan mata..berlegar legar di kotak fikiran...

Allahuakbar..!

Allah dah bagi saya mcm2..mahu apa lagi?

Allah dah bagi kesejukan harta benda, ke’mudah’an dalam ibadah..mahu apa lagi?

“Maka diantara nikmat2 Tuhanmu, nikmat apakah yg ingin kamu dustakan?”




Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk pengemis warga asing di Sabah bakal bertambah, kerana statistik jelas sekali menunjukkan taburan warga asing di Sabah meningkat saban tahun. Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi…..adakah jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah? Mungkin…tidak mustahil!!! 


kanak kanak itu, jadi mangsa hidup nomad. sedang mereka tidak mengerti apa apa. lambakan migrasi saban tahun meningkat, menenggelamkan mereka dengan kefakiran. tidur hanya berbumbungkan langit, berdinding sekadar angin, beralaskan kotak lusuh diamparkan di atas simen berdebu..sejuk. siapa yang akan bela nasib mereka? siapa mengerti derita mereka?





Perkara ini memang satu benda yang lumrah dalam kehidupan yang sepatutnya saya perlu sedari lebih awal...kenapa begini?




Wahai adik kecil,
jangan disebabkan kemiskinan,
engkau menjadi hamba jalanan,
perjalananmu masih panjang..adikku,
begitu luas pemandangan belum kau lihat,
begitu tinggi ilmu belum kau genggam,
namun..
jangan kerana kemiskinanmu,
engkau bertindak melulu...



Adik-adik di jalanan sana, janganlah kamu meludah lagi. Bukan tidak mahu menghulur atau memberi, tapi saya mahu menguji, sejauh mana ketabahan dan keredhaan dirimu...
Posted by Farhana Humayrah at 7:36 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (10)
      • Kerana mulut
      • Hidup cara NOMAD
      • Mengharap Secebis Belas
      • Si Solehah kata TIDAK..!!!
      • Selamat Ulang Tahun Encik..!
      • Hebatlah Kerana Allah
      • Ekspresi Keganjilan Diri!!!
      • Harga sehelai tudung labuh
      • KHABAR SI JANTUNG
      • CATATAN BUMI SANDAKAN : ITU GAMBAR MAU BERCAKAP
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com