-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, 13 March 2012

Harga sehelai tudung labuh




Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!
Bertudung labuh hodoh!
Bertudung labuh ketinggalan zaman!

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si ajnabi.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!
Stereotapsi sana sini!
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!
Dikala teriknya matahari!
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!

Perlilah mereka!
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!
Kembalinya pun asing!
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....
Posted by Farhana Humayrah at 7:44 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (10)
      • Kerana mulut
      • Hidup cara NOMAD
      • Mengharap Secebis Belas
      • Si Solehah kata TIDAK..!!!
      • Selamat Ulang Tahun Encik..!
      • Hebatlah Kerana Allah
      • Ekspresi Keganjilan Diri!!!
      • Harga sehelai tudung labuh
      • KHABAR SI JANTUNG
      • CATATAN BUMI SANDAKAN : ITU GAMBAR MAU BERCAKAP
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com