-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, 27 March 2012

Kerana mulut

 Dalam entry kali ini..saya sekadar ingin menampal sedikit cerita, berkongsi rasa...perbualan antara saya dengan seorang sahabat beberapa hari laluu...


Farhana: sampai hati kau kan sahabat..! tak mesej, tak miskol... dah tengah ‘berisi’ sekarang ni, tak beritahu aku pun..sedih aku tau..! [buat muka marah..kunun]

Si sahabat hanya tersenyum. Ditarik tangan anakanda sulungnya duduk di pangkuan. Disuap seketul potongan kecil buah tembikai merah ke mulut si kecil. Si kecil yang baharu berusia 1tahun 4bulan itu tidak reti duduk diam. Terkedek-kedek bangun dari pangkuan si ibu, kemudian sambung membuat ‘kerjanya’ yang tergendala tadi.

Si sahabat sudah banyak berubah. Walaupun umur beliau muda setahun dari saya, ternyata beliau lebih matang, tersangat keibuan. Saya mahu berdiri sebelah beliau pun segan bhai..!

Sahabat: aku saja nak buat surprise kat kau... terkejut tak? [senyumannya makin meleret]
Farhana: Erm,, yela. Memang terkejut sesangatttt. Nasib baik aku ada spy..dia yang beritahu aku. [saya pula yang ketawa besar...Uupssss! masuk lalat,, gulp..gulp...!] *imaginasi songsang
Sahabat: banyak la kau punya spy..nipu jak kerjanya.... [beliau ikut gelak..lebih besar dari saya.] he he he...
Senyap seketika. Si ibu memanggil nama si kecil. Diam saja si kecil itu bermain sengsorang di belakang pintu. Ntah apa yang dibuatnya...

‘serabut jugak ada anak kecil ni,,adeh..!’ [monolog dalam hati.]

Sahabat: Eh..! bukan kah time aku nak kawin tempoh hari kau cakap nak kawin bila aku ada 2orang anak. Laaa ni dah nak masuk 2 daaa...apa cerita?
Tersengih... menimbang nimbang semula tentang apa yang saya pernah cakap ‘tempoh hari’ .. yaka saya ada cakap macam tu???
Farhana: awal lagi la pren... lagi pun, cepat bebeno proses kamu ni tau..MENJADI!
Adoi!!!

Tidak semena mena hinggap satu cubitan superb berkuasa vito tahap bisa 10ekor lebah di lengan saya...perghhh! sah sah 3hari 2malam bengkak.

Farhana: hUh! Jangan la marah.. yela,,yela... tunggu kau ada 5orang anak, Insya Allah aku kawin.. [sambil menggosok gosok lengan yang sudah ‘disengat’ tadi.]
Kali ni beliau pulak yang ketawa besar..bukan kemain lagi gelakkan saya.. cehh..!

‘Ehh! Aku seriyes la...sesumpah..!’ [bermonolog lagi]



*hari ni dah masuk hari yang ke4. Bengkak dah hilang,,tapi warna hijo ke’blue-blue’an itu masih ada...fuhh! tabek la dekat kau sahabat..! pedih wei...


Moral of the story: kerana mulut badan binasa [taubat aku sahabat!] ha ha ha... padan muka haku!
Posted by Farhana Humayrah at 9:06 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hidup cara NOMAD


Aku manusia terdidik sedari kecil untuk bebas membuat pilihan. Hidup yang carca marba ni pun bukan pilihan aku. Tapi ianya hasil daripada pilihan ‘dongeng’ yang aku buat lamaa duluu...gila!

Aku jugak manusia berfikiran songsang. Otak berfungsi lelaju dan memproses pantas bila fikir pasal benda sememeh. Hampas masalah diempar jadi mampat, sampai yang tinggal cuma yang rumit rumit. Idea penyelesaian terlalu finit. Tiada jalan tuntas akhirnya...

Perasaan sudah lama mati. Hanya tinggal tubuh berkarat. Tiada siapa peduli. Tiada siapa perasan. Tiada siapa nampak. Agaknya aku tidak mati keseorangan.mereka juga seperti aku. Bangkai hidup..!

Bukan dipinta jadi begini. Mereka anggap aku omong kosong cuma, merepek, berangan..tapi otak aku sudah mendidih di situ... Siapa peduli? Engkau???

Engkau bukan kemain lagi mendhiva tak tentu pasal..su’udzhon dalam hati hitammu. Mereka sinisi aku..meludah depan aku. Mungkin engkau lupa, perasaan aku mati..tapi mata aku celik. Engkau ada?

Mereka anggap aku bagai layang layang putus tali. Tiada arah tuju. Pandai pulak engkau berperibahasa kan? Ha ha ha.. ternyata kau sinisi aku lagi.. Ternyata engkau silap. Aku hidup, tidak perlukan tali yang maha berselirat dan rapuh itu untuk tunjukkan aku jalan. Aku ada ‘tali’ yang lebih baik. Aku pegang tali itu erat. Siap aku gigit dengan gigi gerham aku. Sedang aku tidak pernah rasa ter’sinisi’ dengan kebergantungan aku pada tali itu. Engkau ada???


"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".    Ali Imran, 3:103.


"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia".    Ali Imran, 3:112.



hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:
"Ia (al-Quran) ialah tali Allah yang kuat dan jalanNya yang lurus".

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".


"Dari Abi Sa'ied berkata:  Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Kitab Allah (al-Quran) ia adalah tali Allah yang mengikat (menghubung) dari langit ke bumi".


"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".


"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya.  Wahai Abdullah!   Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini.  Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran".
Posted by Farhana Humayrah at 12:52 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 25 March 2012

Mengharap Secebis Belas

Apa yang dhaku RASA, semuanya adalah izin dariNya kerana Dia pemilik diri ini..Allah jualah yang menciptakan tawa dan tangis..dhaku BERSYUKUR atas segala rasa yang telah dan akan Dia berikan..insyaAllah..


Mata saya liar memandang ke arah sekeliling di penjuru bangunan berdekatan pasar. Cuaca panas, di tambah pula dengan keadaan yang sesak dengan orang ramai benar benar menggugat mood.
Tiba-tiba mata saya tertancap pada satu sudut, di mana seorang kanak-kanak lelaki atau lebih tepat lagi seorang pengemis cilik dihalau keluar dari sebuah premis berdekatan. Ya Tuhan, betapa sakitnya hati ini melihatnya..!

Saya hanya memandang saja ‘sketsa’ itu..kosong! bukan mengelamun..otak saya masih di situ. mata saya beralih arah.. Itu perkara biasa, tengok secara ‘live’ sebegini di daerah ini.. melihat pengemis jalanan sambil mengusung anak kecil, saya mengaggap ia sebagai alat eksploitasi..kisah lemau. Apatah lagi menonton wayang fiksyen di kaca tv. Lebih teruk dari ni lagi adaa....!

"cik, kami orang susah cik. kami tak ada duit nak makan. cik, tolong kami cik."

Saya terkejut! Kanak kanak tadi berdiri di hadapan saya kini..sambil menadah tangan kecilnya. Muka comot, baju lusuh compang camping..langsung tidak terurus. Saya keluarkan sekeping not rm1 dari poket baju belah kiri , hulurkan kepadanya. Terus saja ia berlalu pergi..

Tidak semena mena, menyusul pula 2org lagi kanak kanak pengemis.. Allah! Saya mula rasa terganggu..benar benar mengganggu gugat ‘keikhlasan’ serba sedikit.. saya mula jadi perhatian orang orang berhampiran...hu hu hu
saya senyum. sehabis senyum. dalam hati, baca surah Al-Fatihah.


"saya dah sedekah. semoga hidup kamu diberkati Allah."

*ustazah kata, senyum itu sedekah. jadi, salah ke sedekahkan senyuman untuk peminta sedekah? ustazah kata, sedekahkan Al-Fatihah untuk sekian dan sekian. maka, saya sedekahkan Al-Fatihah untuk orang itu, dalam hati. sampai sekarang saya buat. Heh..!

Saya sangat terkesan dengan apa yg berlaku petang tadi. Terngiang ngiang di telinga, terbayang di ruangan mata..berlegar legar di kotak fikiran...

Allahuakbar..!

Allah dah bagi saya mcm2..mahu apa lagi?

Allah dah bagi kesejukan harta benda, ke’mudah’an dalam ibadah..mahu apa lagi?

“Maka diantara nikmat2 Tuhanmu, nikmat apakah yg ingin kamu dustakan?”




Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk pengemis warga asing di Sabah bakal bertambah, kerana statistik jelas sekali menunjukkan taburan warga asing di Sabah meningkat saban tahun. Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi…..adakah jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah? Mungkin…tidak mustahil!!! 


kanak kanak itu, jadi mangsa hidup nomad. sedang mereka tidak mengerti apa apa. lambakan migrasi saban tahun meningkat, menenggelamkan mereka dengan kefakiran. tidur hanya berbumbungkan langit, berdinding sekadar angin, beralaskan kotak lusuh diamparkan di atas simen berdebu..sejuk. siapa yang akan bela nasib mereka? siapa mengerti derita mereka?





Perkara ini memang satu benda yang lumrah dalam kehidupan yang sepatutnya saya perlu sedari lebih awal...kenapa begini?




Wahai adik kecil,
jangan disebabkan kemiskinan,
engkau menjadi hamba jalanan,
perjalananmu masih panjang..adikku,
begitu luas pemandangan belum kau lihat,
begitu tinggi ilmu belum kau genggam,
namun..
jangan kerana kemiskinanmu,
engkau bertindak melulu...



Adik-adik di jalanan sana, janganlah kamu meludah lagi. Bukan tidak mahu menghulur atau memberi, tapi saya mahu menguji, sejauh mana ketabahan dan keredhaan dirimu...
Posted by Farhana Humayrah at 7:36 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 18 March 2012

Si Solehah kata TIDAK..!!!

Bismillahirrahmannirrahim...



Kain Yang Nipis
Muslimah tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai oleh muslimah..
Rantai Kaki
Muslimah tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
Minyak Wangi
Muslimah tidak menggunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
Kata-kata
Muslimah tidak menggunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
Apabila Berbicara
Muslimah tidak menggunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
Pemakaian
Muslimah tidak menggunakan tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
Muslimah tidak menggunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
Bahasa Percakapan
Muslimah tidak menggunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
Make-up
Muslimah tidak menggunakan make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.

sumber; Cahaya Islam
Posted by Farhana Humayrah at 7:46 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 15 March 2012

Selamat Ulang Tahun Encik..!

Bismillahirrahmannirrahim...


Sejak hari itu,
Dhaku tidak pernah lupa akan tarikh ini..
Saban tahun dhaku ucapkan kepadamu..
Walau waktu terus bergulir
Detik berganti detik
Hari berganti hari
Tanpa terasa satu tahun sudah melewati...

Detik ini dhaku hanya ingin menyapamu  dengan satu doa..
Semoga Allah melimpahkan cinta-Nya dihatimu
Tika waktu berjalan tiada henti
mengiringi rembulan dan mentari
yang terbit nan tenggelam setiap hari
mengiringi usiamu yang terus bertambah dari hari ke hari
hingga saat ini...

Semoga berbahagia mengejar berjuta impian
untuk syukuri segala kurniaan
untuk nikmati kebesaran Illahi
untuk turuti bisikan naluri
untuk dengari kata hati

Tatkala dhaku melafazkan Selamat Ulang Tahun kepadamu
moga Allah memberkati hidupmu
moga Allah lindungi hatimu
moga Allah rahmati dirimu

Semoga dikurniakan iman yang sempurna
akhlak yang terpuji
pekerti yang mulia
umur yang bermanafaat
rezeki yang halal
ilmu yang berguna
jodoh yang membahagiakan
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat...

Ketika dhaku aminkan doa ini
hanya kesejahteraan dhaku pohon jadi miliknya...


Kadang kita tidak pernah merasa, ketika "dia" beransur-ansur meninggalkan kita, dan meninggalkan banyak kenangan. Kenangan indah hingga kenangan itu mengatasi segala kekurangan kita. Yang kita tahu "dia" takkan kembali, dan hanya orang yang mengambil pelajaran yang akan menemukan makna atas kehadirannya.



Ya Allah, 
jadikan saudara, sahabat, temanku ini menjadi orang yang mempu menjadikan tiap umurnya adalah nafas-nafas perjuangan Dien-Mu. Barakallahi Dia......

Selamat bermuhasabah di penambahan usia, semoga hidup semakin hidup..!

nah! ambik hadiah ni..buat jeruk. hihi =)


*nota jari manis
Its a nice feeling when you know that someone likes you, someone thinks about you, someone needs you;but it feels much better when you know that someone never ever forgets your birthday.”HAPPY BIRTHDAY”.


Posted by Farhana Humayrah at 5:50 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 13 March 2012

Hebatlah Kerana Allah

Bismillahirrahmannirrahim...




Dia baik, saya tidak.
Dia alim, saya tidak.
Dia hebat, saya tidak.
Dia cantik, saya tidak.
Dia menawan, saya tidak.
Dia menarik, saya tidak.
Dia tumpuan, saya tidak.
Dia rebutan, saya tidak.
Dia solehah, saya tidak.
Dia semuanya, saya pastinya tidak.

JANGAN..! 
janganlah sesekali kita "MENILAI" dia dan kita..
yang menilai bukanlah kita selayaknya..
tapi, hanya Allah yang BERHAK..
kita hanya mampu DOA, USAHA, ISTIQOMAH & TAWAKKAL..

INGAT..!
Kita bukan dalam PERSAINGAN mencari mana yang baik, dan MENGHUKUM kita yang tak baik..
Kita hidup di dunia untuk saling melengkapi.
saling memberi apabila mampu, 
dan berkongsi selagi terdaya..

Duhai HATI..!
jangan MENINGGI DIRI dan jangan terlalu MERENDAH DIRI..INGAT, Allah sahaja yang selayaknya untuk MENILAI & kita tidak punya segala kesempurnaan untuk menilai..kerana PENILAIAN Allah adalah yang TERBAIK...
Posted by Farhana Humayrah at 10:16 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ekspresi Keganjilan Diri!!!


Bismillahirrahmanirrahim


Ganjilnya Perempuan MUSLIM ini......

Dengar tajuk pun sudah lain macam.. cuba sahabat manis + kiut semuaa luangkan masa untuk membaca artikel ini..

InsyaALLAH bermanfaat...


Gadis yg berNIQAB, ganjil?
Gadis yg MENUTUP AURAT sepenuhnya, ganjil?
Gadis yg meLABUHkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
Gadis yg mengenakan PAKAIAN LONGGAR dan besar, ganjil?
Gadis yg MALU untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
Gadis yg PAKAI STOKING kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
Gadis yg pakai stoking TANGAN walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
Gadis yg MENINGGALKAN orang yang sedang bergosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
Gadis yg TIDAK mengenakan MEKAP berlebihan, ganjil?
Gadis yg TIDAK memakai PERFUME kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
Gadis yg tak "COUPLE" sebelum nikah, ganjil?
Gadis yg tak materialistik dan MEMILIH kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?

Apakah Gadis ini benar2 GANJIL???????

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“ISLAM bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, BERUNTUNGlah orang-orang yang GANJIL”  [HR. Muslim]

SUBHAANALLAH  

WALHAMDULILLAH 
WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU 
WALLAHU AKBAR




*walaupun berulang ulang kali diri ini 'bercerita' mengenai hal ini..dhaku x akan berhenti kerana ia dapat MENGINGATkan diri sendiri bahkan sebagai 'RENUNGAN' sahabat-sahabiah di sini...Semoga mereka akan dibukakan hati untuk menutup aurat semata2 kerana ALLAH..
Aamiin Yaa Rabbal'alamiin...

Wallahu a'lam...
Posted by Farhana Humayrah at 10:06 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Harga sehelai tudung labuh




Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!
Bertudung labuh hodoh!
Bertudung labuh ketinggalan zaman!

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si ajnabi.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!
Stereotapsi sana sini!
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!
Dikala teriknya matahari!
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!

Perlilah mereka!
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!
Kembalinya pun asing!
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....
Posted by Farhana Humayrah at 7:44 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 12 March 2012

KHABAR SI JANTUNG

Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita




Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan organ tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan terus-terusan bekerja selama kita hidup.


Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.




Jantung bukan hanya ada satu pam

Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.


Volume Pengepam dalam satu hari

Ini contoh tangki 15,000 liter. Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.



Panjang saluran darah

Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!



Denyutannya jantung

Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali seminit.

Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia? MasyaAllah...



Tekanan pam jantung

Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.
Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.



Oh Tuhanku, 

jadikan aku seorang insan,
persis artery dan vein,
biar kerdil di mata dunia,
namun banyak jasanya pada yang bernyawa....
Posted by Farhana Humayrah at 9:58 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (10)
      • Kerana mulut
      • Hidup cara NOMAD
      • Mengharap Secebis Belas
      • Si Solehah kata TIDAK..!!!
      • Selamat Ulang Tahun Encik..!
      • Hebatlah Kerana Allah
      • Ekspresi Keganjilan Diri!!!
      • Harga sehelai tudung labuh
      • KHABAR SI JANTUNG
      • CATATAN BUMI SANDAKAN : ITU GAMBAR MAU BERCAKAP
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com