-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, 14 December 2011

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP KAUM WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
 (Riwayat Muslim)


Iblis tidak pernah berhenti untuk menghancurkan anak-anak Adam. Pelbagai cara yang iblis lakukan untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimana caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”
Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, 
“Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. 
“Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” 
begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang)

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. 
“Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, 
“Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
 Namun bisikan syaitan menyahut, 
“Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” 
hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” 
syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!





:::nota jari:::
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)

Posted by Farhana Humayrah at 5:57 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ▼  December (8)
      • Membina Mahligai_ Melangitkan Empayar Insan!
      • DIET YANG SIHAT BERDASARKAN JENIS DARAH- DR. PETER...
      • 10 JARUM SYAITAN & 10 PENAWAR
      • CINTA SAIDINA ALI & SAIDATINA FATIMAH
      • TABARRUJ DOSA BERHIAS
      • JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP KAUM WANITA
      • KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN II
      • HUJAN MISTERI ITU...ada!
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com