-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Friday, 2 December 2011

HUJAN MISTERI ITU...ada!


Kisah terlakar saat hujan turun…




Hari ini langit biru+hitam terbentang di ‘kota kecil’ masih diselimuti awan tebal (warna kelabu)…dan beberapa ketika butir2 bening itu  [#lebih afdhol kalau saya kata gerimis mengundang..] jatuh ke bumi bila masa awan tebal tidak mampu lagi membendung jisim butir H2O yang maha berat dan lantas mencurah-curah ke ladang gandum…[dan jadilah coco cruch!! hEee..] range: lawak xbrapa menjadi.

Tidak la sesuatu yang pelik bila mana hujan di ‘kota kecil’ ini berterusan…Telah maklum akan fenomena hujan kerap di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia sepanjang november,desember & januari. Keadaan ini menyebabkn beberapa negeri di Tanah melayu ini mengalami tragedi banjir yg agak dasyat juga. Cobaan…semoga mangsa2 banjir banyakkan bersabar dengan ujian Allah yang satu ini…
 

Orang kata, hujan itu satu rahmat..jd saya adalah salah seorang hamba Allah yg amat menghargai detik2 turunnya hujan. Yaa..tanpa hujan, tiadalah pelangi… ye tak?

“Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira” (Al Qur’an, 30:48)

Kata seorang sahabat.. semasa hujan sebegini adalah masa yg sesuai utk melelapkn mata…saya akui itu. Dengan kedinginan tahap maksima & ditambah pula gemersik alunan rintik hujan menghasilkan satu gelombang syahdu yang pastinya menarik para insan yang keletihan ini ke katil beradu. Saat semua hamba Allah di rumah kecil ini sedang tidur nyenyak layaknya lelap si anak kecil…seperti biasa saya termenung keseorangan lagi…tidur pada masa balik waktu kerja bukan cara saya. Otak saya tidak mampu terima semua itu..

Sekali lagi..buku kecil bawah bantal dicapai. Mahu memuntahkan segala isi perut di situ agar body shape kembali ramping seperti sediakala. Saya bukan makhluk yang samberono, memuntahkan segala spesis emosi sendiri depan manusia amnya..depan cermin khasnya. Paling senang mahu cerita, susah nak jumpa insan yang ‘sefikrah’ dgn saya. Saya si pendiam yang suka memendam & menghancur lumat emosi sendiri,,kononnya “ndak mau bha aku orang lain pening dgn aku punya masalah..” [#ayat ihsan yang terbaik pernah diluahkan…]

Bila pada ketikanya wujud emosi negatif disamping ada benda yang kurang mengena di sanubari, maka hasilnya saya emo sepanjang hari..malah boleh saja emo sehingga ke hari berikutnya. Namun, hingga setakat ini saya bukan emo yang agak sakai sifatnya..bikin haru biru sana sini…lebih kepada emo yang agak cool.. hEh! Ingat Allah……..

Saya banyak menulis ..buku kecil ini menjadi saksi kepada ribuan kisah hidup yang cacamerba. Kewujudan buku kecil ini pada asalnya untuk menguji kelincahan jari bergerak marathon selaju 160 km/j - selari dengan kelajuan hippocampus memproses ingatan pendek.[# Hippocampus- komponen utama otak manusia yang memainkan peranan penting dalam penyatuan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang dan ruang navigasi].

Saya menulis bukan untuk mengulang tayang kisah hidup saya yang agak cacamerba ni,, hanya untuk suka2 membikin ayat ‘super power rangers’ untuk menyedapkan seketul daging yang maha sensitif ini. Dan pastinya kepada Yang Satu jua dilampiaskan semua selayaknya.
Heh! Agak tragis juga bila saya mengaku sendiri -dalam hati- “saya lah makhluk Allah yang penyedih seantero nusantara, menolak mentah2 perhatian manusia & menagih simpati tak putus-putus”. Saya menulis ikut terusan kepada angin lintang pada masa itu. Mungkin saja dengan ayat yang mudah difahami..dan juga dengan ayat yang penuh jiwa kesasterawanan..@ memang payah nak faham satu pun.

Seorang sahabat kata saya ni agak misteri orangnya. Saya hidup seperti juga manusia normal biasa. Cumanya, emosi banyak bersangkut paut sampai berselirat jadi satu bebola benang kait sehinggakan sukar dileraikan. Sadis! Diam penuh misteri..kadang raut wajah berubah-ubah mengikut polar keupayaan otak. 

Isi kandungan entry tidak seirama dengan tajuk...



:::nota jari:::
Berpegang kepada kata-kata
"Bukan siapa yang berkata,tetapi apa yang diperkatakan"




Posted by Farhana Humayrah at 9:14 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ▼  December (8)
      • Membina Mahligai_ Melangitkan Empayar Insan!
      • DIET YANG SIHAT BERDASARKAN JENIS DARAH- DR. PETER...
      • 10 JARUM SYAITAN & 10 PENAWAR
      • CINTA SAIDINA ALI & SAIDATINA FATIMAH
      • TABARRUJ DOSA BERHIAS
      • JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP KAUM WANITA
      • KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN II
      • HUJAN MISTERI ITU...ada!
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com