-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, 21 November 2011

RAHSIAKAN PERTUNANGAN HEBAHKAN PERKAHWINAN

بسم الله الرحمن الرحيم




Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”

(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)



Meneliti sabda Nabi tersebut mengundang berbagai pertanyaan dari banyak pihak. 

" Kan benda baik, buat apa nak sorok-sorok ?”

 Namun bagi saya pertunangan bukanlah ikatan yang menghalalkan segala-galanya hatta menghebahkan satu dunia pun masih belum layak ..kerana apa?
Kerana khitbah (pertunangan) adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Ada pendapat yang mengatakan ia tidak patut dihebahkan sebab jika putus tunang, maka jatuh maruah wanita yang ditunangi. Oleh itu tidak berapa elok disebar akan pertunangan tersebut.




Terbahagi kepada dua golongan dalam membahaskan hukum menghebahkan pertunangan ini:

1)Mengharuskan hebahan pertunangan
2)Mustahab(sunat) disembunyikan pertunangan


MENGHARUSKAN HEBAHAN PERTUNANGAN


Fatwa:
Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian). Manakala pernikahan, ianya adalah diperintahkan oleh Allah swt melalui hadith-hadith yang banyak. Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w: (Hebahkanlah pernikahan ini, dan adakan ianya di masjid-masjid, dan palulah duf-duf(alat muzik seperti kompang) .


Riwayat Al-Turmidzhi dan selainnya. Dan tidaklah aku ketahui sesuatu hadith yang menghalang dan mencegah dari menghebahkan pertunangan.


Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604



Begitu juga apa yang disebutkan di dalam laman web islamqa yang dikelolakan oleh Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. , yang menyebutkan di dalam salah satu fatwa yang terdapat di dalam laman tersebut berkenaan khitbah syar’iyyah (pertunangan menurut syarak).

Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan (dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya dan tidak diharamkan ia… melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya.


Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069




GOLONGAN YANG TIDAK MENGGALAKKAN DIHEBAHKAN PERTUNANGAN (mustahab/sunat disembunyikan pertunangan).


Setakat yang saya fahami, terdapat qaul di dalam mazhab maliki yang menyatakan bahawa hukum menyembunyikan pertunangan adalah sunat, seperti yang disebut di dalam kitab Al-Syarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir,menyebutkan :


(Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khutbah(nikah) (dan mengiklankannya) iaitu pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan.

(jilid 2: m/s 216)

Dan juga di dalam kitab Manhul Jalil Syarah ‘Ala Mukhtasar Khalil oleh Sheikh Muhammad Alisy, menyatakan:


Manakala pertunangan, maka disunatkan agar menyembunyikannya sepertimana khitan.

(Jilid 3: m/s 257)


Di dalam web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ada menyebutkan mengenai gesaan agar tidak melampau dalam menghebahkan pertunangan.

Berbalik pada pendapat golongan ini, yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki (hasad) bagi pihak lain.


Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).




Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum (bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:


Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) .

Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

Merahsiakan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menjadi peneman hidup…hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..bercinta sampai ke syurga. Hehe…


Semoga Allah memelihara kita semua dalam kebaikan..sekadar muhasabah dari insan yang lemah.Sesungguhnya banyak hikmah diatas setiap peraturan yang Allah berikan kepada kita…




YANG PATUT DIHEBAHKAN IALAH MAJLIS PERKAHWINAN

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin,
 "Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing." 
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.




Kesimpulan bagi perbahasan ini (menurut pandangan dan apa yang saya fahami, moga-moga Allah mengampuni diri ini andai melakukan kekhilafan), bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya,bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) … manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus, maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhati-hati dan menjaga kemaslahatan bersama.


:::nota jari manis::: 
 Apa susah, nikah je terus...hehehe
...Wallaaa...
Posted by Farhana Humayrah at 12:27 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ▼  November (14)
      • PANGGILAN BAITULLAH
      • KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN
      • HIJRAH: HARI INI & MASA DEPAN
      • ..::: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA_PAHALA JIHAD :::..
      • ::: Aku " in relationship with" Mr ExaMm :::
      • TAHUN BARU HIJRAH 1433
      • MAHMUDAH VS MAZMUMAH
      • BLOOD STORY 2
      • BLOOD STORY 1
      • Sepucuk Surat Dari Ayah dan Ibu
      • RAHSIAKAN PERTUNANGAN HEBAHKAN PERKAHWINAN
      • Khoirunnas anfa'ahum linnas
      • DENGAN SIAPA KAMU DUDUK...
      • Aidiladha
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com