-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, 19 November 2011

Khoirunnas anfa'ahum linnas

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah.. izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia.. harum mewangi dengan ilmu agama.. cantiknya kerana iman dan taqwa.
Namun keindahan zahirnya tersimpan rapi..biar menjadi rahsia yang kekal abadi. Bukan perhatian mata sang ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari diri agar  terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu...
Salam sayang dan rindu..sahabatmu Suhana Damsik
 
Sebuah pesanan ringkas masuk di inbox message saya beberapa hari lalu . Redaksinya seperti yang saya tuliskan di atas. Saya sangat bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang satu ini, iaitu dikurniakan saudara sefikrah yang senantiasa mengingatkan saya dalam hidup ini. Dalam hal apapun seringkali mengingatkan untuk selalu berbuat baik dan bermanfaat bagi orang lain. InsyaAllah…
Rasulullah bersabda:
Terjemahannya: " Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat memberi manfaat pada manusia yang lain."
Khoirunnas anfa'ahum linnas...orang yang terbaik adalah orang yang senantiasa bermanfaat bagi orang lain.Kebiasaannya kita berfikir, bahawa yang ditafsirkan menjadi yang terbaik bukan ketika kita telah menamatkan pelajaran sampai memiliki gelaran yang berbaris rapi di hadapan nama kita,, bukan juga ketika kita menjadi orang yang kaya raya… akan tetapi orang yang terbaik itu adalah ketika kita mampu memberi manfaat pada orang lain. Walaupun kita seorang yang kaya raya tapi jika harta yang dikurniakan Allah tidak dimanfaatkan bagi orang lain, apalah ertinya. Jadi , hal-hal tersebut bukan menjadi kayu ukur menjadi seorang yang terbaik di sisi Allah swt.

Bermanfaat bagi orang lain, rasanya terdengar ‘biasa-biasa saja’ tapi ia memerlukan keikhlasan untuk mewujudkannya. Terkadang kita hanya memanfaatkan orang lain untuk kepentingan peribadi kita sendiri atau bahkan kita sering menjadi beban bagi orang lain. Oleh karana itu, nasihat seperti ini sangat diperlukan untuk kita mengingatkan diri yang sering alpa. 

 Sebarkan CintaNya...

 Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah.. ia tidak berjalan hanya dengan hatinya sahaja.. bahkan dibawa bersama hati saudaranya... 
Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya..pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya...


:::nota jari:::
Ukhwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujungnya. Diciptakan untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya...

Posted by Farhana Humayrah at 11:51 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ▼  November (14)
      • PANGGILAN BAITULLAH
      • KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN
      • HIJRAH: HARI INI & MASA DEPAN
      • ..::: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA_PAHALA JIHAD :::..
      • ::: Aku " in relationship with" Mr ExaMm :::
      • TAHUN BARU HIJRAH 1433
      • MAHMUDAH VS MAZMUMAH
      • BLOOD STORY 2
      • BLOOD STORY 1
      • Sepucuk Surat Dari Ayah dan Ibu
      • RAHSIAKAN PERTUNANGAN HEBAHKAN PERKAHWINAN
      • Khoirunnas anfa'ahum linnas
      • DENGAN SIAPA KAMU DUDUK...
      • Aidiladha
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com