-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, 30 November 2011

PANGGILAN BAITULLAH



Lambaian tangan jemaah haji yang baharu sampai ke tanah air membawa lamunan saya berlalu pergi… di ruang balai ketibaan sudah dikerumuni saudara mara..malah juga sahabat handai barangkali. Kedua-dua kelopak mata terasa berat…lelap yang tidak menentu kerana semalaman menunggu kepulangan atok & nenek. Badan pula rasa sengal2 di satu dua tempat. Tidak terkira jumlahnya berapa kali saya tawaf diruang legar KLIA. Oh..sanggup bekorban apa saja kata makcik saya berdua. InsyaAllah, saya seikhlasnya..^^ 

Terasa seronok melihat kesemua jemaah,,kegembiraan jelas terpancar di wajah masing2…ada juga yang mengalirkan air mata saat itu..keserian wajah mereka…MasyaAllah. Sesejuk mata memandang…

Melihat itu, lagaknya seperti saya sedang menonton drama tv. Namun drama ini tergendala pabila terdengar panggilan makcik di sisi memberitahu atok & nenek sudah keluar dari balai ketibaan. Tiba-tiba terasa sayu hati melihat susuk mereka. Alhamdulillah…Allah memberi peluang kepada diri ini untuk menatap wajah mereka untuk kesekian kalinya…Syukur, semua selamat. Butir-butir bening ini ditahan-tahan agar ia tidak terus mengalir dari kelopak mata…risau pula bila itu berlaku mencetuskan drama leleh yang tidak berkesudahan.

Ada jua saya mencipta dialog-dialog pendek bersama nenek untuk beberapa ketika. Beliau bercerita serba sedikit pengalaman semasa berada di sana. Betapa indahnya perasaan mereka yang Allah pilih untuk menjadi tetamuNya.Tersenyum kambing saya mendengarnya... 
"Wah..! mesti beshhhh....."



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kala dinihari menginjak senja…hp menjerit nyaring minta disambut. Berbasa basi saya melihat nama si pemanggil. Senyum saja saya melihat namanya..sahabat baik dari negeri di bawah bayu rupanya. Dalam ruang lingkup masa yang terhad itu,banyak perkara jua yang meniti di bibir masing2.

Pada saat itu juga beliau bercerita tentang niat untuk menunaikan umrah. InsyaAllah..tahun depan katanya. Menjejaki bumi anbiya' bersama encik zauj tercinta serta satu-satunya permata hati mereka...Alhamdulillah..murah rezeki. ^^ 
Cemburu pabila mendengar cerita beliau, tapi bahagia...

Mendengar akan itu, terberangan seketika...
Tamat perbualan... saya terus mencongak, menambah, darab & bahagi...dalam perkiraan secara kasarnya memerlukan lebih kurang RM6k untuk menjulang diri ke Tanah suci...Allah!

Okeh..cukup setakat itu. Terus saja saya mencoret di laman buku diari...mencoret ruang baru di di bahagian atas sekali.......

Azam baru: VISI
Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah sebelum usia menjengah 30an

(Masih dalam ruangan Azam: Misi & Visi) saya membuat garisan panjang pada ayat "Mahu melancong ke korea bla bla bla....." delete!


Merasai indahnya hati yang sedang merindui baitullah...

"Jadi tetamu Allah..makna itulah pilihan Allah. InsyaAllah, moga terpilih sebagai tetamuNya"
#kusyuk mengaminkan... Amin.


Posted by Farhana Humayrah at 8:23 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN

Jari jemari menari rancak mengikut alunan bisikkan hati, berdendang sayang dan sesekali bersiulan riang…namun pabila pena terlalu pantas mengikut alunan melodi, hayunan & langkahnya tersadung lalu tarian dihentikan. Biarlah lara ini berlalu dahulu…duka yang ada jgn dianyam lagi..bimbang merobek sisa-sisa luka.
  
Termenung lagi...walau dimana saja jasad ini terpuruk..sendirian. Saat kesunyian mengisi ruang hati..saya termenung lagi.
Seharusnya tidak membiarkan begitu saja diri ini. Kerana hanya akan ada sesak bergemuruh dalam rongga dada sehingga butir-butir bening tidak akan mampu terbendung lagi dari kedua kelopak mata. 

Tapi beginilah cara saya memanggil memori masa lalu. Meskipun saya tahu sesak akan tercipta diantara ribuan kegalauan, saya masih mampu untuk duduk berlama-lama menikmati jalan cerita yang sepertinya tiada berkesudahan.

Memandang jauh ke langit biru..saya melihat perlahan saja gumpalan awan putih bergerak bersama menambah pesona keindahan lukisan alam ciptaan Tuhan.

Disetiap detik yang terus berlalu, saya dapat merasakan kepingan-kepingan puzzle tentang sebuah kenangan mulai tersusun kembali. De javu untuk kesekian kalinya. Bahawa dulu, saya pernah merasakan saat-saat bahagia seperti ini. Pernah menjadi pendengar setia tentang sebuah harapan dan mimpi-mimpi besar yang yang tidak pernah padam. Pernah bersama-sama menyelitkan serangkai doa disetiap dialog-dialog panjang yang tak pernah membosankan. Dan semua, tercipta dalam diam... 
Sekali lagi cuba meraih  semula setiap bait kata-katanya. Sedang itu bukan bicara kosong cuma...

 "Inilah harga sehelai tudung labuh adikku"
 Saya memejam rapat kedua kelopak mata..dialog pendek terhenti di situ... Mengeluh di hujung helaan nafas. Takkan saya biarkan itu terbergantungan....

"Akak bersyukur sebab kamu ada niat untuk berubah. Akak tau ia bukan perkara yang mudah. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Bukan seperti yang mereka nampak dengan mata kasar. Bila sudah memasang tekad untuk pakai tudung labuh, kita perlu siapkan juga fizikal, mental dan hati kita. Kita kena kuat! kena tahan dengan cabaran.. Ingatlah satu perkara ini adikku! Bila orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Betul tak? Bahkan kita ini jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita mesti sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia... manusia yang banyak sangat kelemahannya"
 Saya tersenyum kelat sendirian...memori bertahun lalu menerpa kini. Kini, baru saya faham apa yang dikatakan oleh beliau. Lafaz sakinah ini membuatkan saya tidak cepat melatah apabila direlung ujian. Tika itu, saya hanya menganggap kata-katanya sebagai halwa telinga cuma. Kini, baru saya sedar...

"Bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita mesti baik secantik tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi kepada insan-insan yang Dia pilih. Hanya yang betul-betul cekal saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukankah mendapat tempat istimewa di sisiNya?"
Tersentap! Terasa malu jua bila sebelum ini saya sebenarnya tidak istiqamah... Kadang teringat bila saat diri ini pernah membuat onar. Kesedaran sesaat cuma! Ilmu yang ada, tanpa disusuli dengan amal. Menjadikan alasan kononnya saya bukan budak sekolah agama. Sahabat2 saya, insan2 yang terdekat juga sama...membuatkan saya lalai..terikut... Terikut???

Butir bening yang bergenang kian menyusut. Saya hapus lelehannya dengan hujung lengan baju yang juga sebabagian dari kepingan puzzle itu. Tak lupa menitipkan sebait doa untuk wujud sebuah asa. Bait lafaz sakinah itu sedikit menepis meskipun sejatinya semakin mendalam.



*bersambung Kembara Sufi Di Bumi Tuhan II
:::nota jari:::
“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”
(Al Baqarah: 269)


Posted by Farhana Humayrah at 1:05 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 29 November 2011

HIJRAH: HARI INI & MASA DEPAN


Ya Allah... meskipun begitu besar harapan ini terpatri dalam hatiku, aku tetap menyedari kehambaanku. Aku menyedari bahawa Engkau punya kuasa atas takdirku. Aku menyedari bahawa inginku tak selamanya ingin-Mu. Tapi ingin-Mu selalu untuk kebahagianku. Maka, dengan segala ketidakberdayaanku ya Allah, kupasrahkan harapan ini berlabuh di atas takdir-Mu...

Hijrah..

Satu proses pembentukan diri kepada insan yang lebih berguna…



Sehingga dikejauhan ini..saya sesekali menoleh kebelakang, menongkah hari2 lalu yang pergi bersama memori2 yang kadang membuat diri ini merenung kembali. Banyak perkara yang membuahkan duka ini bertambah parah…kesilapan & kealpaan lalu menerpa bersama seribu sesalan. Jiwa ini merengek pilu seperti lagaknya tangisan anak kecil. 

Hari demi hari, diri ini meniti detik2 mendatang dengan langkah bersiap siaga. Takut jua kepada situasi yang mungkin membuatkan diri ini rebah kembali. Sering jua berbicara kepada diri sendiri..cuba menjauh dari perspektif yang negatif...menongkah masa hadapan tanpa prejudis!

Terkadang bertatih perlahan-lahan seperti meniti titian kecil..namun sorakan perjuangan & pengharapan bersandar penuh kepadaNya..tiada lagi istilah putus asa..cukuplah! itu yang terakhir…

Biarlah pandangan sinis tika masih meniti perubahan diri, ia tidak lepas dari halangan, hasutan & kutukan. Diri yang kerdil ini cuba gagahi & menyahkan semua! Ayunan langkah diteruskan jua walau sehebat mana musuh yang cuba menghalang gerak geri…ia bukan lah menjadi suatu titik kejatuhan.. Sebaliknya menjadi peransang. Tidak sesekali diri ini cuba menjadi orang lain, cuma ingin menyingkap kembali sejarah matlamat kewujudan diri sendiri. Yakni sebagai hamba Allah swt.

Ikhlaslah untuk menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan & kedamaian. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih laut...bila-bila masa ia akan hilang.

Dari diri saya yang dahulu, kepada saya yang kini…
Kini..saya Cuma wanita yang suka menyendiri, memencil diri…suka ketenangan & kedamaian..dalam mencari erti kehidupan dalam ruang lingkup amal & ibadah…Hanya Cinta menemani  perjuangan…perjalanan menuju Cinta Illahi. 

Saya akui,teramat sukar untuk memulakan kehidupan sebagai ‘orang baik-baik’..selagi mana saya sendiri merasakan hidup sebelum ini sebagai ‘budak jahat’ & bila xfaham erti kehidupan…
Bukan hilangnya kaki atau tangan yang menjadi penghalang 'hijrah' ini, namun fikiran yang paling penting. keyakinan yang terbatas adalah penjara yang merosakkan!


:::Nota jari:::
Ya Allah…akalku terhad, ilmuku dangkal…T_T
Posted by Farhana Humayrah at 7:55 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 26 November 2011

..::: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA_PAHALA JIHAD :::..

KITA kerap mendengar keluhan dan rungutan anak yang kurang sabar menjaga ibu bapa mereka yang uzur. Beban kerja di pejabat, urusan membina rumah tangga dan mendidik anak menjadi tekanan bagi mereka. Apalagi jika ditambah dengan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tua.

Jika ditanya pada generasi yang hidup pada zaman moden ini terhadap suatu pilihan, adakah mereka suka hidup serumah dengan ibu bapa atau berpisah - mungkin kebanyakan mereka memilih untuk berpisah daripada bercampur serumah dengan ibu bapa atau mentua. Tidak salah jika mereka mempunyai keinginan untuk hidup mandiri. Tetapi, yang menjadi masalah adalah bagaimana jika ibu bapa kita telah uzur dan perlukan penjagaan dan perhatian anaknya. 


Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya. Untuk memastikan niat itu sentiasa terjaga dalam batas ikhlas kerana Allah, eloklah diperhatikan beberapa panduan untuk mendapatkan kekuatan dalaman bagi memelihara ibu bapanya yang uzur.

Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)

Tetapi, jika layanan buruk yang diberi, rungutan dan kesalan yang selalu didengar, adakah kita bersedia menerima perlakuan yang sama seperti itu daripada anak kita sendiri nanti? Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Jika tidak dibalas di dunia, pasti di akhirat balasan akan diterima.

Yakin dengan pahala daripada Allah.Kedudukan ibadat yang paling tinggi di sisi Allah adalah tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Adakah anda tahu ibadat apakah yang kedudukannya sama tinggi dengan yang pertama dalam pandangan Allah ini?

Semaklah firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)


Ibnu Abbas menerangkan: “Sesungguhnya ada tiga ayat dalam al-Quran yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain dari sudut kewajipan mengamalkannya. Pertama adalah perintah taat kepada Allah dan taat kepada Rasul, kedua-duanya tidak boleh dipisah, mesti dilakukan bersama-sama dalam mentaatinya. Kedua perintah dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Ketiga adalah perintah bersyukur kepada Allah dan bersyukur kepada kedua-dua ibu bapa. Kedua-duanya mesti dilaksanakan bersama tidak boleh dipisah. Bersyukur kepada Allah tetapi tidak bersyukur kepada ibu bapa, ia tidak akan diterima Allah.

Kerana itu Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)


Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang paling beruntung itu.

Sentiasa ingat ancaman kepada si penderhaka. Ancaman pertama adalah berdosa seperti orang yang menyekutukan Allah SWT. Hal ini disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: "Mahukah sekiranya aku menyebutkan kepadamu mengenai sebesar-besarnya dosa besar? Iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ancaman kedua adalah haram baginya syurga Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang derhaka kepada orang tua, orang yang suka mengungkit-ungkit kebajikan dan orang yang ketagih minuman keras." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ancaman ketiga adalah doa ibu bapa tiada hijab antaranya dengan Allah SWT. Jika mereka berasa dikhianati oleh anak-anak atau tidak dipedulikan sehingga membuat mereka marah dan sakit hati, apa-apa saja ucapan yang keluar dari mulut kedua-duanya yang berupa kekesalan akan didengar Allah dan apa-apa permintaan akan dimakbulkan-Nya.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Hanya rahmat Allah saja yang menguatkan hati kita untuk bersikap sayang dan kasih kepada keduanya. Sesiapa yang telah dicabut rahmat Allah dari dadanya, dia akan melupakan kedua orang yang paling berjasa dalam hidupnya tanpa rasa bersalah!

..::: nota jari :::..
Abah dan Mak umpama KOMPUTER..
Abah dan Mak ENTER hidup saya..
Saya SAVE Abah dan Mak di dalam hati..
Abah FORMAT masalah saya..
Mak hias DESKTOP hidup saya..
Abah dan Mak EJECT semua VIRUS yang
mengganggu saya..
Mereka pandai baca PENDRIVE hati saya..
Sebab itulah saya sayang Abah dan Mak..
Sebab itu juga saya tak mungkin..
DELETE Abah dan Mak dari MEMORY saya.... 


..::: nota kaki :::..

Di kala hati ini mulai gundah gulana, resah gelisah, 
tidak tentu arah menghadap buku yang entah bila dapat ku telan semua isinya,
di kala badan ini mula terkulai layu tanpa daya dan tenaga,
dan di kala ku mula menyerahkan segala-galanya....
MAk..Abah..doakn anakmu.....cedih!

Posted by Farhana Humayrah at 4:47 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ▼  November (14)
      • PANGGILAN BAITULLAH
      • KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN
      • HIJRAH: HARI INI & MASA DEPAN
      • ..::: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA_PAHALA JIHAD :::..
      • ::: Aku " in relationship with" Mr ExaMm :::
      • TAHUN BARU HIJRAH 1433
      • MAHMUDAH VS MAZMUMAH
      • BLOOD STORY 2
      • BLOOD STORY 1
      • Sepucuk Surat Dari Ayah dan Ibu
      • RAHSIAKAN PERTUNANGAN HEBAHKAN PERKAHWINAN
      • Khoirunnas anfa'ahum linnas
      • DENGAN SIAPA KAMU DUDUK...
      • Aidiladha
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com