-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, 31 December 2011

Membina Mahligai_ Melangitkan Empayar Insan!


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Allah Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para tabi’in & salafussoleh serta Ulama Besar Islam yang menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.

Sudah 2minggu lebih saya membiarkan teratak ini bersawang tanpa sebarang ‘perabot baru’. Kesibukan sebagai seorang pelajar tahun akhir & ditambah pula masih dalam tempoh praktikal yang maha padat, saya tidak punya masa terluang untuk berteleku di hadapan lappy berlama-lamaan. Alhamdulillah..pada hari bening ini saya berkesempatan untuk menyediakan juadah yang boleh memberikan suntikan jiwa kepada sahabat sahabiah..InsyaAllah. ^^

Isu perkahwinan sewaktu dalam tempoh belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda kini. Malah, saya sendiri juga terkena libasan tempiasnya. Sebenarnya sebelum ini saya pernah terfikir untuk kongsikan pendapat sendiri & sedikit ilmu mengenai isu panas ini dalam teratak Sentuhan Pedusi. Namun, bilamana wujud bisikan halus yang seringkali mematahkan semangat seorang hamba lemah seperti saya..

 “Engkau sendiri pun bukan main lagi b’couple..chat2..siap b’calling lagi…ada hati nak b’dakwah kat orang?!!!”
  
TIPUlah kalau saya kata xpernah b’couple..
TIPUlah kalau saya kata saya xde couple..

“Aku ni banyak buat benda yang tak betul. Jadi tak layak untuk berdakwah” Terasa diri tidak layak pula!
 Dari Abdullah bin Amr ra, bahawa Nabi s.a.w bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
 "Sampaikan ilmu dariku walau satu ayat"

Namun, sampai bila nak tunggu akan jadi betul dulu? Sampai kiamat pun manusia ini melakukan kesilapan. Kalau rasa perlu jadi betul dahulu kemudian baru ingin berdakwah, nescaya xwujudlah pendakwah di muka bumi ini!  Apa yang penting mari kita cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.


T iada Istilah COUPLE dalam Islam 

Tidak salah utk ada hubungan..ADA HUBUNGAN merujuk kepada antara kamu dan dia, saling kenal mengenali, sampai ke pengetahuan keluarga, saling mengiktiraf cinta, perasaan dan kasih sayang, saling memberi perhatian, hubungan yang dianggap lebih dari sebagai kawan biasa – TETAPI status tersebut kekal sebagai status rahsia, tidak perlu diwar-warkan kepada semua orang, tidak perlu dibuktikan dengan keluar bersama siang dan malam, tidak perlu diambil kesempatan dengan bergayut, bersms dan ber’ym’. Ada hubungan tapi t'jaga..Diperisai dengan sifat amanah & dipagari oleh sifat malu. 

BERHUBUNGAN merujuk kepada perbuatan, tindakan yang menjurus kepada maksiat dan perlanggaran hukum Tuhan. Samada di ruang maya mahupun di alam maya, semuanya membawa kepada maksud yang sama ; memenuhi kehendak hati – yang sebenarnya adalah desakan hawa nafsu dan bisikan para syaitan.Keluar bersama, study bersama, mengadu masalah, meluahkan isi hati, saling kejut qiamullail, mesej ayat-ayat tazkirah, kata-kata hikmah, bergayut di telefon dan pelbagai lagi tindakan yang bisa disimpulkan dalam maksud BERHUBUNGAN.


 Saya terkesan dengan salah satu status facebook seorang Syabab musafir kasih yang berbunyi:

Aku:"Rugilah ko tak approach dia. Awek cuns solehah tu kot. Dia pun dah bagi respon baik tu. Lampu hijau terang tang tang dah utk ko. Apesal ko tak manfaatkan peluang baik camni? Jgn tunggu lama-lama nanti dikebas orang."

Member:"Allah..Aku pun mmg ada niat nak nikahi dia. Tapi dengan keadaan aku yg tak ada apa-apa skrg, tak mampu nak bagi nafkah kat dia, aku serahkan bulat-bulat pada Allah utk Dia jaga sepenuhnya diri dan hati dia. Jika dia mmg Allah takdirkan untuk aku, cepat atau lambat dia tetap akan jadi milik aku. Jika aku terima dia skrg, atau mulakan hubungan dengan keadaan aku tak dapat jamin aku boleh nikahi dia dengan cepat, aku rasa aku dah khianati Dia dan dia. Malah, aku mungkin akan cemarkan perjalanan suci hidupnya. Maksud aku, dia mungkin sebenarnya hak orang lain yg Allah dah takdirkan lebih baik utk dia. Aku tak tahu dengan tepat siapa jodoh aku. Kau pun tak tahu. Sikit pun tak.

Biarlah dikebas orang, mungkin orang tu mmg untuk dia pun. Jika dah serah bulat-bulat padu percaya pada Allah, tenang sahajalah. Kenapa nak rasa rugi? Kenapa nak terburu-buru?"


Hendak jatuh hati, siapa boleh sekat? Hendak terasa rindu, siapa boleh halang? Tetapi berhubung, kita boleh ikhtiar untuk sekat, boleh usaha untuk halang. Biarkan status kekal sebagai ada hubungan, tetapi tidak berhubung!



 Perkahwinan dalam tempoh belajar
 
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika melangsungkan perkahwinan di usia lebih muda (umur diantara 20-24 tahun).

Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda:  
“Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Rasulullah SAW juga bersabda,  
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita dan wanita itu sendiri, janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar. 

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya."
(H.R. Tirmidzi)


Perkahwinan dalam tempoh belajar kini sepertinya sudah menjadi satu 'trend'. Bila sebut saja pasal nak kahwin muda, kaitkan dengan tuntutan agama..
"Kahwin itu ibadah..sunnah Rasulullah."
"Dalam Islam xde istilah couple k!"
"Kahwin lambat, dosa bertambah lak...susah la nak jaga hati ni"
TAPI hakikatnya hubungan kepada Pemberi rasa Cinta tidak pula dijaga. Solat ikut mood, kalau tidak ditegur @ bukan dalam bulan Ramadhan..jangan harap nak sentuh Al-Quran! Sebut pasal nikah laju saja mengutarakan hujah2 'ilmiah'nya... Sahabat-sahabat..jagalah hubungan kita dengan Maha Pencipta..!
Matlamat ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri lagi dengan Allah SWT.

Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetengah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin awal (masih dalam tempoh belajar), tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Tetapi bila tengok banyak pasangan yang berpeleseran disana-sini tak pula dikatanya gatal! Dipandang enteng saja...
Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.


Persoalan besar sebelum perkahwinan

Saya ingin bercerita tentang seorang sahabat saya baharu ini meluahkan hasratnya ingin berkahwin dalam tahun ni (2012). Beberapa hari lalu, beliau meluahkan resahnya kepada saya...

 "Syikin..rasa xsedap hati la plak"
"Apsal? Sebenarnya kau xnak kahwin ke?
"Ish! xla..aku happy sangat bila dia kata dah beritahu famili dia & nak hantar rombongan meminang.. Bleh nampak la yang dia betul-betul serius!"
"Dah tu? sebab korang sama-sama masih belajar?"
"Erm,,rasanya itu pun xde masalah. Walaupun aku tak usulkan lagi hal ni kepada mak & ayah aku.. Aku yakin mak ayah aku terima..."
" hEh! Serabut lak aku ngan masalah kau ni.. jadi apa masalah kau sebenarnya?"
"Aku takut abang-abang aku, makcik pakcik aku xsetuju aku nak kahwin...& lagi satu, aku takut plak mak ayah aku letak duit hantaran yang terlalu tinggi sebab kau pun tau kan..aku ni anak bongsu..tunggal perempuan dalam famili..."

 Saya terdiam seketika..memikirkan jawapan terbaik untuk beliau..

"Macam ni la...apapun aku nak tanya. Apa perkara asas dalam rukun nikah? Pengantin lelaki..pengantin perempuan, akad, wali..ayah ko ada bleh jadi wali kan? and the last one..2orang saksi. So, 'pangkat' wali tuh blum jatuh kepada abang ko kan..mak ayah ko setuju, kira on la tu.. bukannya aku nak suh ko tolak tepi restu abang2 & makcik pakcik ko..tapi mereka kena faham la.. Ko yang akan hidup ngan pengantin lelaki, bukannya keluarga ko..ye tak? Lagi satu..pasal hantaran, ko kena ambil peranan plak kat situ. Cuba bincang bebaik..InsyaAllah! I'm sure ur parents can be tolerate..." (bajet speaking english,.)
 fullstop!


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda seperti saya yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa!

Firman Allah: 
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(An-Nur:32)

Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, kita perlu tahu...Apa perkara asas dalam perkahwinan? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun..kan..kan? Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluhan ribu pun.
 
Bercerita mengenai perkahwinan zaman sekarang, ramai lelaki mengeluh dah berpeluh apabila memikirkan mahar dan hantaran kepada pengantin perempuan. Suasana di Malaysia, mahar ditetapkan oleh pejabat agama (setiap negeri dengan kadar berbeza) adalah nilai yang mampu dibayar kebanyakan pemuda. Namun dalam islam tidak salah sekiranya pengantin perempuan menetapkan kadar mahar mengikut kemahuan dirinya. Kebanyakan pengantin di Malaysia ditetapkan mas kahwin dengan kadar yang rendah tetapi wang hantaran yang tinggi!
Ramai menafsirkan hadis Rasulullah mengenai mahar kahwin dengan ucapan...

“sebaik-baik mahar adalah mahar yang rendah”

Sebaliknya yang dimaksudkan adalah...

“mahar yang mudah”

Tidak kiralah berapa nilai mahar yang ditetapkan oleh pengantin perempuan, itu haknya. Ingat! pengantin perempuan berkuasa VITO meletakkan seberapa banyak mahar yang dimahukannnya. (hehehe..tersenyum lebar sampai ke telinga) Jadi, keluarga hanyalah menjadi pencadang kepada kadar mas kahwin bukannya menetapkan kadar mas kahwin. Wallahu'alam...
Sabda Rasulullah s.a.w: 
"Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya."
 (H.R. Thabrani)


Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: 
"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." 
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapannya, sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, berdoa lah semoga Allah percepatkan bertemu jodoh & permudahkan kahwin awal . Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah!

Wallahu'alam...


:::nota jari berinai:::
Sungguh Allah begitu mengasihi makhluknya, lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya, dengan sabar dan keyakinan kepada-Nya, sedetik doa pun pasti tidak disiakanNya....
Posted by Farhana Humayrah at 5:06 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 16 December 2011

DIET YANG SIHAT BERDASARKAN JENIS DARAH- DR. PETER J.D 'ADAMO


Selalu diet tidak berjaya? Tahu tak kita boleh mengamalkan diet mengikut kumpulan darah? Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D ‘Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Dr. Peter D’Adamo melalui bukunya yang berjudul ‘ Eat Right For Your Type ‘ (1996) menyatakan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah, tidak akan memudaratkan tubuh, sebaliknya ia mampu mencegah penyakit ringan sehinggalah kepada kanser.





DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’ 

Sesuai mengambil makanan berasaskan bijirin & juga kekacang. Namun adalah lebih baik, memakan produk daripada daging.
Disarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Turut disarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus mengurangkan pemakanan semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Juga perlu menghindari sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Jeruk juga harus dihindari kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Menu Diet yang Dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

 
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH "A"  

Sesuai jika anda memilih untuk menjadi ‘vegetarian’.
Disarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Individu darah jenis ini juga perlu mengambil buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Juga disarankan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung, lemak, kekacang dan bijirin serta susu kacang soya. Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Menu Diet yang Dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat.
Snek: Jus anggur / kopi.
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba.
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau.
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’ 

Sesuai mengambil pelbagai pilihan / bervariasi makanan termasuk daging & produk tenusu.
Individu darah jenis B lebih fleksibel berbanding golongan darah A. Disarankan makan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi dan hindari makanan beku atau makanan dalam tin. Lebih elok makan sayuran hijau yang kaya dengan magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali "blue chesse" dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu Diet yang Dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH "AB" 

Digalakkan mengambil banyak daging lembu, namun pastikan bukannya dipanggang atau dibakar.
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi, minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Menu Diet yang Dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju.
Snek : Yogurt.
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba.
Makan Malam: Omelat dan salad buah serta kopi.
Snek: Kek keju dan teh herba.


Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Posted by Farhana Humayrah at 7:06 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

10 JARUM SYAITAN & 10 PENAWAR


1- Tamak, rakus dan buruk sangka.
✓ Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.

2- Panjang angan-angan.
✓ Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.

3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat.
✓ Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan Allah SWT amatlah berat.

4- Ujub dan bangga diri.
✓ Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi.

5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka.
✓ Penawarnya adalah kita wajib menghormati mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun.

6- Hasad dengki.
✓ Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi keperluan rezeki maka kita boleh berdengki dengan harta yang Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.

7- Riya’ dan pujian seseorang.
✓ Penawarnya adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana Allah SWT berfirman 
“Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun “.

8- Sifat Kikir atau Bakhil.
✓ Penawarnya adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua ditangan kita akan binasa dan akan hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT yang tidak akan binasa denga harapan harta atau pahala kita akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman 
"Apa yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal”.

9- Sifat Sombong.
✓ Penawarnya adalah sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka kenapa kita berbangga dihadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa Allah SWT jadikan. Allah SWT telah berfirman 
"Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali. bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa".

10- Sifat Tamak.
✓ Penawarnya adalah kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman 
"Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka".



Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 967 & 968
Posted by Farhana Humayrah at 6:29 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

CINTA SAIDINA ALI & SAIDATINA FATIMAH


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan di hati. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
"Allah mengujiku rupanya", begitu batin ’Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih berkemampuan membahagiakan Fatimah. ’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta", gumam ’Ali.
"Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, "Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar". Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan Nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a, Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a 
"Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?"

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: "Anda datang membawa berita apa?"  

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: 
"Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Ku harap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu."

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a,
berlinangan air mata  Saidina Ali r.a. . Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: 
"Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah ku lupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa."

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a. ,Abu Bakar r.a. berkata: 
"Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!"

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: 
"Siapakah yang mengetuk pintu?" Rasul Allah s.a.w. menjawab: "Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!"

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: 
"Ya tetapi siapakah dia itu?"
"Dia saudaraku orang kesayanganku!" jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: 
"Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya."

Rasul Allah mendahului berkata: 
"Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!"

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: 
"Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?"

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: 
"Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: "Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?"
"Demi Allah," jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang "Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta."
"Tentang pedangmu itu," kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib "Engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!" Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: 
"Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu."
"Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik," jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:
 
"Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda."
‘Ali terkejut dan berkata, "Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu?"
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu.”



Subhanallah. Lihatlah betapa agungnya CINTA Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Cinta yang dipendam dan dirahsiakan didalam hati masing-masing akhirnya menyatukan mereka berdua dalam sebuah ikatan yang suci. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui.
Posted by Farhana Humayrah at 5:12 am 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ▼  December (8)
      • Membina Mahligai_ Melangitkan Empayar Insan!
      • DIET YANG SIHAT BERDASARKAN JENIS DARAH- DR. PETER...
      • 10 JARUM SYAITAN & 10 PENAWAR
      • CINTA SAIDINA ALI & SAIDATINA FATIMAH
      • TABARRUJ DOSA BERHIAS
      • JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP KAUM WANITA
      • KEMBARA SUFI DI BUMI TUHAN II
      • HUJAN MISTERI ITU...ada!
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com