-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 24 June 2012

Mencari ruang semilir



Sudah lama tidak menulis.. teringin mahu menulis dan saya menulis.

Hari ini, sudah masuk hari yang ke5 lutut kaki kanan meragam. Memujuk kaki supaya tidak banyak berjalan seperti kebiasaan. Banyak duduk sambil curi curi mengurut lutut yang sakit tak tahu punca. Teguran katanyaaa…
Berjalan saja, menyeret kaki kanan. Naik tangga, menyeret kaki kiri..^^

Tika kepenatan, baharu balik dari sekolah. Allah.. Semput! Sampai ke rumah terus duduk lagi. Semalam diziarahi beberapa mesej dari seorang sahabat. Belum berbalas. Harap beliau faham…

“Jika hari ini kita kehilangan erti SABAR seorang guru dek kenakalan muridnya, jika hari ini..kita kehilangan SEMANGAT seorang guru dek kemalasan muridnya, ingatlah!  masih ada murid yang ingin berjaya. Justeru, teruskan USAHA dan IKHLASkan diri untuk memajukan anak bangsa. InsyaAllah, Allah akan berikan ganjarannya. Guru insan paling bertuah lantaran menaburkan ilmu yang bermanfaat, bakal dituai hasilnya di negeri akhirat kelak....InsyaAllah... Amin.”

Semalam, lantaran membaca mesej ini..saya berasa sebak. Kadang terlupa..Alhamdulillah ada insan yang sudi mengingatkan. Saya memandang buku buku latihan yang saya bawa pulang. Beristighfar…Saya sangat kurang sabar dan saya bukanlah baik dengan pelajar pelajar.

Allah…lemah sungguh kesabaran.

Bila orang kata jadi guru ni bukannya susah, saya hanya senyum. Tak tahu nak jawab apa. Kalau dia bukan seorang guru, saya hanya mampu tersengih kerana dia bukan selayaknya berbicara tentang perasaan seorang pendidik. Kalau dia seorang guru, saya terlopong seketika..kemudian senyum kerana dia seorang yang TABAH!!! Kerana bila jadi guru, semuanya kena OK. Bila tak OK pun kena jadi OK!



Kesabaran adalah ciri utama dalam mendidik pelajar.  Jika rasa sabar itu sudah hilang, ia akan menghilangkan ciri murabbi pada individu bergelar guru.
Sedang marah, macam macam boleh jadi. Walau air mata si kecil itu sudah mengalir pun masih tidak mampu membasahkan hati. Allah… takkan lah perasaan belas kasihan pun sudah ‘dicabut’? atau sudah terkubur dek sabar yang semakin tipis?




"Bila aku tak sound.. rotan budak budak ni, bukannya nak dengar cakap!"

Kalau cakap dengan lemah lembut dan kasih sayang.. mereka taknak dengar ka?


Sebab manusia dibaluti perasaan, maka gunakanlah perasaan dengan cara yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah...




"Cikgu minta maaf...." T_T

Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu



Posted by Farhana Humayrah at 4:55 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ▼  June (2)
      • Mencari ruang semilir
      • Hari hari adalah Hari Abah!!!
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com