-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 8 January 2012

KEKASIH awal dan akhir


Kali ni saya ingin kongsikan tentang KEKASIH hati & pengarang jantung saya..( siap saya taip capital letter tu sebab tersangatlah sayang kat DIA!) 
Penyayang sifatNya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa diri ini dalam kesusahan, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila saya susah hati, boleh terus mengadu kat DIA ~direct! Pergghh !! 

Yang bestnya tu, bila saya dah mengadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH macam ni... tak pernah nak sakitkan hati saya. Bila-bila masa aje saya boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. Tapi rugilah.. Sebab, kalau saya ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang saya dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang KEKASIH SEJATIlah tu! Bila saya rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh saya faham.

Sebelum ni, saya pernah jugak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH saya yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita  frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma saya je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, saya pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih 
what you give, you get back
So, kalau saya usaha lebih sikit, saya dapat lebih la, kan? KEKASIH saya ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang time tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau saya terjaga..sure akan contact DIA. Rindu arr! Sebenarnya, KEKASIH saya ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup saya, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi saya kekadang tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat saya sanggup berkorban apa sahaja untuk DIA... cheewah!

DIA suruh saya belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH saya ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang dibuat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat saya kalau rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...
Emm... saya sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la...rasa tak layak pun ada... tapi KEKASIH saya ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la.. Tapi kecut perut gak, takuut! Mesti prepare awal-awal..

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, saya tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah saya nak buat apa yang DIA suka, jadi... DIA tambah-tambah sayang la kat saya, kan? Takpe la, berkorban sekarang.. sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang saya tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIH.. Dhaku berjanji akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..!
Walaupun tak pernah berjumpa, saya tetap bahagia..
Itulah KEKASIHku.. ALLAH SWT.. CINTA TERAGUNGku!

 credit photo Sunbae
Posted by Farhana Humayrah at 6:51 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ▼  January (10)
      • 10 PERKARA YAHUDI LAKNATULLAH CUBA SEMBUNYIKAN
      • BUDAK HINGUSAN BARU MENGENAL DUNIA
      • DIA INGIN KITA LEBIH CANTIK
      • SITI IMPIAN
      • ALLAH S.W.T MENOLAK 1DOA DARI 3DOA RASULULLAH S.A.W
      • UJIAN ADALAH TARBIYYAH ALLAH
      • 9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
      • KEKASIH awal dan akhir
      • BELAJAR MENERIMA SINDIRAN
      • RASA INI MENGACAU JIWA DHAKU
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com