-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, 28 January 2012

10 PERKARA YAHUDI LAKNATULLAH CUBA SEMBUNYIKAN




Semoga Bermanfaat..

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
Ayuh saudara seagamaku...rapatkan saf, betulkan jemaah. Ketepikan seketika politik negara. Fokuskan pada pembangunan ummah. Yang mana baik kita sama-sama sokong, yang mana buruk terlebih dahulu kita tegur secara berhikmah sebelum menentang. Tegurlah saudara kita dengan teguran kasih sayang. Moga Islam kembali gemilang....Allahuakbar!!!!
Posted by Farhana Humayrah at 7:41 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BUDAK HINGUSAN BARU MENGENAL DUNIA




Alhamdulillah..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Allah masih mengizinkan diri hamba yang kerdil ini terus bernyawa di bumiNya...

Hari demi hari berlalu, masa terus berjalan & perjalanan kehidupan terus bergerak ke hadapan. Ada ketika naik, dan pasti ada turunnya. Ada waktu terhibur dengan nikmat kehidupan dalam pelbagai bentuk ‘rasa’, dan ada pula waktu menjeruk hati dengan segala apa yang terpaksa ditelan. Begitulah rencah kehidupan!

Sudah agak lama rasanya tidak melakar coretan lembayung hati dalam teratak Sentuhan Pedusi. Hanya sekali sekala menjenguk & memandang tetapi tidak nampak! Kosong! Baharu saya sedar, bahawa saya sebenarnya menghidap satu sindrom..

“melihat tetapi tidak nampak”
 *normal

Setiap kali otak ligat berputar, namun pena yang sudah lapuk ini sudah berkarat. Tidak lagi selancar dulu.. seringkali hasrat terhenti dipertengahan jalan. Dan akhirnya..KAKU! Sedangkan saya sangat2 merindui untuk menulis sesuatu yang dasarnya dari hati dan bayunya dari ‘langit’, namun ianya perlu diketepikan buat sementara waktu apabila melihat ada yang jauh lebih utama yang perlu DIUTAMAKAN.

Biarlah arus perjalanan kehidupan ini umpama air yang mengalir di sungai yang jernih, dingin dan mendamaikan. Airnya terus terusan mengalir melalui liku2. Dalam pelbagai bentuk celahan batu sekalipun, ia bergerak & mengalir mengikut ‘rentak dan alunan melodi’.

Kini, apa sahaja yang terbentang di depan mata, di dalam kehidupan adalah satu ujian. Ujian kepahitan, kita senang nak kenal kerana pasti yang pahit itu selalu menjadi kesusahan & kadangkala menjadi parut yang terus terkesan, terpahat di jiwa. Namun untuk mendepani ujian kesenangan, agak sukar nak sedar bahasa kesenanggan adalah ujian  juga sebenarnya. Dalam kita tidak sedar sebenarnya kita sentiasa teruji, tetapi kita TIDAK NAMPAK!

Semoga diri kita..diri yang kerdil ini & insan yang membaca saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain.


Jika seseorang bergerak dengan penuh percaya diri, mengarah sesuai dengan mimpinya dan berusaha untuk menghidupi hidupnya dengan sesuatu yang dia bayangkan, dia akan menemui kejayaan yang tidak disangka dalam waktu yang tidak lama. Dia akan berjaya dari halangan yang tak terlihat. Aturan yang baru, universal dan bebas akan menetap di sekeliling dan di dalam dirinya..dan dia akan hidup dengan tingkatan yang lebih tinggi dari lainnya.



 Lumrah Alam
Moga hari ini bawa cemerlang, ceria & cahaya iman. Allah Maha Adil. Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA. Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA. Org pandai TAHU, yg bijak AMALKAN. Yg pandai SIMPAN yg bijak SAMPAIKAN. Yg pandai MUDAH MELENTING, yg bijak RESPON DGN HIKMAH. Yg pandai belajar drp silap SENDIRI yg bijak belajar drp silap ORG LAIN. Yg pandai pentingkan diri, yg bijak pentingkan org lain. Yg pandai hebat d dunia, yg bijak hebat dunia & akhirat. Org bijak tahu: dgn bantu org utk berjaya, kita juga akan berjaya. Bantuan Allah dtg kpd org yg bantu org lain dgn ikhlas. Mari sama2 kita jadi org yg BIJAKSANA.


Telah masuk seminggu saya & sahabat2 meninggalkan bumi adat minangkabau..terasa seperti baru semalam kami together gather jalan2 seround negeri sembilan. Masih terbayang di ruangan mata..wajah comel sahabat2 yang pastinya tidak jemu dipandang selama lebih kurang 4bulan ni..muka2 itu jak la yang ditatap setiap hari...walau dimanapun kalian berada.. InsyaAllah,, nama2 kalian lah yang dititipkan dalam setiap doa.. *kusyuk mendoakan..^^
Setelah itu, semua kembali ke induk semula..masing-masing dengan hala tuju & perancangan tersendiri. Lumrah alam...
hEh! Cerita pasal mereka ni buat hati rawan plak...Erm,, beginilah manusia..dikata RINDU, xmahu mengaku..peih!
memory @ muzium negeri-N9 [TORTURA]
Saya pula..kala ini menghitung detik2 akhir berada di tanah semenanjung ni..mahunya balik ke bumi di bawah bayu jugak! Namun tanggungjawab yang terpikul di pundak ini semakin hari membuat saya resah..assignment, SOP & the most important.....final exam menghantui hari2 mendatang..
Ayat pilihan minggu ini..orang lain tak seberapa nak kesah,, tapi saya kesah..! Sebuah ungkapan dari seorang pengarang terkenal bernama Deepak Chopra, iaitu
"Kelmarin adalah sejarah, besok adalah misteri, hari ini adalah suatu hadiah, itulah mengapa di sebut sekarang"

Perancangan Masa Depan
Saya sendiri agak sukar untuk menjawab persoalan ini, sebab semestinya saya tidak merancang untuk gagal, tetapi mungkin juga dalam tidak sedar saya merancang untuk gagal. Segalanya mungkin apabila kurang jelas dengan apa yang ingin dilakukan dan kadangkala kegagalan untuk merancang sesuatu adalah amat besar kerugiannya, kerana segalanya telah dilaburkan (jika ianya berkaitan dengan pengurusan kewangan) dan lain-lain lagi. Justeru itu apa yang perlu saya lakukan? Apakah..? apakah???
Perlu terus menimba ilmu.. terus belajar dan belajar tanpa rasa jemu. Bila sebut pasal belajar, adakah bermakna saya perlu sambung belajar, sentiasa berada di dalam dewan kuliah atau perpustakaan untuk mendengar kuliah atau menelaah buku pelajaran? Semestinya tidak kan... dikala ini mula faham tentang satu realiistik dunia..saya perlu buang fahaman sebegitu, kerana proses pembelajaran ini lebih luas skopnya daripada itu. Dalam masa sedang berjalan-jalan, berbual dengan sahabat, menonton televisyen, membaca surat khabar, melihat keindahan alam, memerhati gelagat manusia, dan pelbagai lagi yang dilakukan dalam kehidupan seharian  merupakan satu tindak tanduk yang tanpa disedari.. Saya sebenarnya SEDANG BELAJAR!
Sedar atau tidak, terlalu banyak yang boleh dipelajari dari apa yang dilakukan setiap hari, pokok pangkalnya adakah kita ingin mempelajarinya? Ramai yang terlalu malas untuk menganalisa apa yang berlaku di sekeliling mereka. Lebih suka disuap, di hidangkan ilmu-ilmu tersebut untuk terima. Terlalu lama dimanjakan dengan suapan2 ini, sejak dari bangku sekolah lagi, dan terlalu ego untuk mengubah diri sendiri kerana memikirkan diri sendiri sudah hebat di dalam apa jua bidang yang diceburi.
Saya sendiri dalam proses pembelajaran, terlalu banyak yang masih perlu dipelajari untuk memajukan diri sendiri, dan salah satu daripada perkara yang saya perlu pelajari dengan lebih mendalam, adalah proses merancang dan membuat perancangan. Di saat ini juga di dalam kepala ini ligat memikirkan rancangan mengenai perkara yang perlu saya lakukan selepas ini..terlalu banyak perlu dilakukan.. terlalu..terlalu.. tetapi terlalu sedikit juga peluang yang ada. Disebabkan itu, perancangan yang teliti akan membolehkan semua perkara ini dapat diselesaikan dalam jangka masa yang ada ini.
hUh! Menulis tentang perancangan masa depan ni terasa semakin tua pula....lebih tepat terasa diri menjadi lebih matang! Ececeyh!!!

 Masa  Depan itu Misteri



:::nota jejari runcing:::

Apabila sedang berusaha melangkah ke hadapan, kdgkala kita harus memandang semula ke belakang,barulah kita tahu erti kesyurukan ,barulah kita tahu dimana kita berada sekarng n barulah kita tahu belajar dari kesilapan lampau..:-)

Posted by Farhana Humayrah at 6:24 am 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 23 January 2012

DIA INGIN KITA LEBIH CANTIK


❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•



Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian, mata mereka tertuju kepada sebuah cangkir yang cantik.

“Lihat cangkir itu,” kata si nenek kepada suaminya.
“Hmm, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” balas si datuk.

Ketika mereka mendekati cangkir itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan itu berkata. 

"Terima kasih untuk perhatian kalian. Perlu diketahui bahawa aku dahulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun satu hari, ada seseorang dengan tangan yang kotor melempar aku ke dalam roda berputar. Kemudian, dia mulai memutar-mutar hingga aku berasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, belum! Lalu dia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang kali. Berhenti! Berhenti! Teriakku lagi. Tapi orang itu terus saja menumbukku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi, dia memasukkan aku ke dalam ketuhar. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat."


"Berhenti! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, belum! Akhirnya, dia mengeluarkan aku dari ketuhar itu dan membiarkan sehingga aku sejuk. Aku berfikir telah selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk, aku diserahkan kepada seorang wanita muda dan dia mulai mewarnai aku. Bau warna yang digunakannya begitu memualkan. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak."


"Wanita itu berkata, belum! Lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku ke dalam ketuhar yang lebih panas dari sebelumnya! Tolong! Hentikan penyeksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tetapi lelaki itu tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. Setelah puas ‘menyeksaku’, aku dibiarkan sejuk."


"Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku di dalam sebuah almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya kerana di dalam cermin di hadapanku adalah sebuah cangkir yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaan yang aku lalui sirna tatkala aku melihat diriku.”





PENGAJARAN: Begitulah Allah membentuk kita. Pada saat Allah SWT membentuk kita, tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, itulah satu-satunya cara bagiNya untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaanNya.

Anggaplah sebagai satu kebahagiaan apabila kita jatuh ke dalam pelbagai dugaan, kerana kita tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan ketekunan. Dan biarkanlah ketekunan itu menghasilkan buah yang matang supaya kita menjadi lebih baik dan utuh.

Apabila sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati kerana Dia sedang membentuk kita. Pembentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita.

Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji dalam kalan-Nya, 

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
 Pada siapa lagi harus diletakkan sepenuh kepercayaan jika bukan pada Pencipta kita Yang Maha Agung.

Wallahu a’lam..
Posted by Farhana Humayrah at 5:12 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 12 January 2012

SITI IMPIAN

9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?
Posted by Farhana Humayrah at 2:02 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 11 January 2012

ALLAH S.W.T MENOLAK 1DOA DARI 3DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : 
"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak".

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

 Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?


Posted by Farhana Humayrah at 1:50 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 10 January 2012

UJIAN ADALAH TARBIYYAH ALLAH


"...semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepada-Nya. Namun, dirawat-Nya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan yang hakiki di hati…”

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw.. 
”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”
Jawab baginda, 
“Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya".

“Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah… ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.



Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’,  
“Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”
Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
 
PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangi kita…

“Adakalanya DIA memberi tanpa sempat kita menadah…
kerana DIA mengerti keperluan hamba-NYA…
Kadangkala pula DIA mengambil sebelum sempat kita bersedia…
kerana DIA ingin menguji setiap hamba-NYA….”

::nota jari::
Subhanallah….semoga ALLAH Ta’ala mengurniakan kita kekuatan dlm menghadapi segala bentuk ujian dari-Nya…& paling penting ditetapkan iman di dada…amiinn…


Posted by Farhana Humayrah at 1:16 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 8 January 2012

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai sebab kenapa hati tidak bahagia. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar & segala-galanya yang besar belaka..
Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Posted by Farhana Humayrah at 7:51 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ▼  January (10)
      • 10 PERKARA YAHUDI LAKNATULLAH CUBA SEMBUNYIKAN
      • BUDAK HINGUSAN BARU MENGENAL DUNIA
      • DIA INGIN KITA LEBIH CANTIK
      • SITI IMPIAN
      • ALLAH S.W.T MENOLAK 1DOA DARI 3DOA RASULULLAH S.A.W
      • UJIAN ADALAH TARBIYYAH ALLAH
      • 9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
      • KEKASIH awal dan akhir
      • BELAJAR MENERIMA SINDIRAN
      • RASA INI MENGACAU JIWA DHAKU
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com