Assalamualaikum…
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi
diberikan nyawa, masih disambung lagi kehidupan dan diberikan pelbagai peluang
untuk menjadi hamba Allah yang terus menerus menagih redhaNya..InsyaAllah.
Sudah terlalu lama saya menyepi daripada mencoret dalam
ruangan teratak Sentuhan Pedusi. Ohhh! Rindu bebenar mahu meroyan macam dulu
dulu…hehee. Agaknya sudah beberapa bulan si pedusi bermuram durjana. Lama juga
saya berfikir, “apa nak tulis? Apaaa nakkk tuliss?” ditambah lagi bila dan
bagaimana mahu bermula semula. Sekurang kurangnya,
walau masih belum mampu membina janakuasa perkembangan sistem saraf otak
sepenuhnya, harus dapat melepaskan segala penat lelah, segala masalah,
menyahkan segala debu-debu jalanan hulu berlumpur. Fuhh!
Ruang masa saya terlalu terhad. Cuti hujung minggu dimanfaatkan
sepenuhnya untuk bersama keluarga. *Acecehh!
Berkenan la bakal mak mertua baca ayat saya yang satu ni..hak hak hak… Kata orang,
sentiasalah beringat waktu sempit supaya menghargai waktu lapang. Jadual harian
yang sedia termaktub menyesakkan pergerakan saya ditambah pula koordianat yang
menjauhkan. Pening..faham faham sendiri je la…
Memikul tanggungjawab sebagai pendidik menjadikan saya
manusia yang selalu berhibernasi. Melalui hari hari yang sama saban waktu. Saya
pandang student, student pandang saya..saya pandang balik, mereka tak kuasa nak
pandang saya daa..heheee… dah pula, berlari lintang pukang daripada bertembung
dengan manusia yang ‘memandang jelik’ kepada saya. Saya perlu bernafas..mohon
oksigen berkualiti..huh huhh!
Pejam celik, sudah setahun lebih rupanya saya mendakap
gelaran guru. Rasa seperti baru saja semalam saya terkial kial di hadapan
pelajar..hahaaa
Sudah, cukup cukup sudah…cukup sampai di sini saja
hibernasi panjang itu. Seriyes! Beruang kutub pun tidak la berhibernasi se-lama
ini. InsyaAllah, bermula 1syaaban ini,
saya bangkit mengorak langkah lagak askar melayu .. aiseh! Melebih plak ayat ni…
...nota kertas rojak...
Apa yang ditulis biar beerti..
No comments:
Post a Comment