Orang kata, dari mata turun ke hati…kata-kata yang cukup bermakna.^^ Mungkin saja ia sama seperti "Tak kenal maka tak cinta?" erMm..agakla~~~
Rasanya pantun ni memang agak femes jugak la kan… macam selalu dgr dekat radio, huhu…LAYAN!
Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati..
* translation:
From where glides the swallow,
From the field to the paddy,
From where comes the love,
From the eye down to the hearty…
Hihihi,, sebenarnya saya nak huraikan tentang tajuk entry seperti di atas….saja nak buat ayat berbunga-bungaan dulu, jadi tak la sahabat semua terkejut sangat!
”Dari mata seorang wanita " hEe…agak malu nak masukkan nama sendiri dalam tajuk entry..
“Dari mata seorang wanita.. bernama Norasyikin Ferhana Ibrahim”
so...memang sah2 la xde kaitan kepada sesapa pun..yang masih bernyawa mahupun yang sudah ke rahmatullah….
"Apa la agaknya erk?"
Hua hua hua…malu lagik! Time2 macam nie tetiba pula nak kongsikan sesuatu kepada tetamu teratak Bicara Sepi...
Pandangan saya pada kaum Adam..hihi..... senang cerita, kiranya Lelaki Idaman la gitue...
"ntah apa ntah...memang tak la!"
Saya berasa agak risau sedikit nak kuarkan entry yang berbaur "ntah apa ntah" nie... bukan apa, takut negara Malaysia yang aman damai ni dipenuhi muntah hijau! kih kih kih...just jOke!
kat sini saya senaraikan 10 ciri-ciri Idaman Lelaki Malaya pilihan saya... ermm..fikir orang mengandung jak yang MENGIDAM??? kui kui kui...
Kita mulakan dari kedudukan ke-10... k la..apapun layan jak ar!
10. Guitarist
ermm.. jgn tanya kenapa. Tapi hakikatnya saya sangat tertarik kepada lelaki yang pandai main gitar. Nampak cool jak... Apa lagi kalau tengok muka diorang yang saya kira tengah serabut cari notes lagu... kening berkerut-kerut dgn bibir terkumat-kamit..saya sendiri kurang pasti butir bicaranya...agak serabut sangat la tue.. kekadang ada jugak la saya intai-intai, jeling-jeling sikit kat diorang ni...hihi
&...part yang penting lagik, style diorang pegang gitar tue... uish! susah nak crita..tapi lebih kurang macam ni la..
9. Style rambut
Penilaian saya terhadap sikap seorang lelaki bermula dengan melihat rambutnya. Orang kata..rambut adalah mahkota bagi seorang wanita..hal nie menunjukkan bahawa pentingnya rambut kepada wanita. Tapi..bagi lelaki tak penting ke? erm... bagi saya, of course la penting jugak! ye tak???
ok..kembali kepada agenda asal... ehem..ehem... Kekemasan rambut adalah penting kerana ia mempamerkan personaliti seseorang. Malah, Islam menyuruh penganutnya agar membersih, menyikat dan memakai minyak rambut (gel rambut bulih jugak kot! hihi...) supaya kelihatan kemas & segak.
Terdapat satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dimana seorang pemuda ingin bertemu dgn Baginda namun pemuda berkenaan diminta mengemaskan rambutnya terlebih dahulu...
Secara peribadi, saya lebih suka lelaki berambut pendek. hihi...
Lebih kurang macam rambut Hafiz Hamidun & Shaheizy Sam ni la...
Tapi kalau rambut panjang sikit macam Akhil Hayy ni bulih tahan jugak kot! hihi...
(ada yg terasa ke? sOrie.....)
8. Meminati Sastera
Saya rasa agak susah nak cari lelaki yang meminati sastera melayu.. ehh...silap! bukan saja golongan lelaki, tapi generasi muda sekarang. hEe... Sebenarnya saya suka sikit sastera melayu nie termasuklah sajak, syair (xbrapa sangat la), pantun...novel, cerpen & kata-kata puitis. Ada jugak sahabat yang mengatakan saya nie saja jak nak cari lelaki yang minat sastera...berangan-angan nak dibuatkan kata2 puitis++romantik la 2!!!
Uih! xde la sampai mcm 2 skali kOt!!! Kononnya saya nak cari yang 'sekepala' gitue..hoho
Saya memandang bahawa sastera itu indah, lembut, malah ada aspek positif yang boleh dijadikan pengamalan. Namun, untuk memahami dan meminati sastera, seseorang itu memerlukan kekuatan jiwa dan asas jati diri teguh!
Bukankah seseorang lelaki tue nampak 'smart' kalau memenuhi ciri-ciri nie? hihi...bagi pendapat saya la tue....
Dato A. Samad Said, tokoh sasterawan negara
Allahyarham Prof. Dr Hamka, tokoh Islam..Ulama' tegas yang meminati sastera.
*saya sangat meminati novel karya beliau, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk (1939).
7. Kuku
Setuju atau tidak dengan saya? kalau saya kata tengok kuku 'berkarat' jak, rasa tak ingin nak dekat! ermm..setakat kuku hOk kecik tue pun tak dijaga, ntah part yang lain...kan..kan...
Jelas sekali dalam Islam, memotong kuku & menjaga kebersihan itu amatlah dituntut demi menjaga kesihatan... no excuses!
Hakikatnya, kuku yang panjang adalah tapak pelbagai jenis microorganisms bermaharajalela. Sebagai contoh, Shigella penyebab diarrhea (cirit birit), E. coli penyebab jangkitan pada saluran kencing, staphylococcus penyebab pimples & Haemophilus penyebab penyakit mata (pink eye).
Lelaki yang punya kuku yang pendek & bersih rasa sejuk jak mata memandang kan..? hihi...
6. Memakai spekmata
Nampak sangat saya nie terlalu subjektif..kui kui kui... Tapi, saya tak la suka sangat sebenarnya, suka tengok jak la.. Bagi saya, lelaki yang memakai spekmata ni secara otomatik menunjukkan karismanya.. ceh! agakla~ hihi... also looks cute what? ^^
Kalau ada yang perasan la, lelaki yang pakai spekmata ni..seriously! muka xseberapa nak hensem pun bulih jadi terlebih-lebih hensem..hoho...
Seperkara lagi yang buat saya SUKA TENGOK lelaki pakai spekmata sebab diorang nampak genius.. ermm...kalau time diorang ni study ke, baca buku...then betulkan kedudukan spekmata tue...lepas tu buat muka serius..kerut2 dahi... haish! susah nak explain daa.. paham2 sendiri la ya...
hensem kan? nampak berkarisma lagik! weeeee~~~
5. Meminati sukan
Hal sebegini memang standard la.. ramai golongan lelaki gila bola sepak, badminton, skuasy, sukan2 ekstreme, acara2 olahraga & etc... Kebiasaannya, mereka ni kira pakar juga la dalam bidang sukan yang digemari tue. Lelaki nampak macho bila b'sukan...xkira la apa jenis sukan pun...hihi..... betul tak?
Apa lagi kalau diorang nie pakai baju jersi..memang macho++ larh!
sesuai plak Khairul Fahmi ni ngan kaler kuning...hihi
see.... muka cool je...^^
4. Photographer
Orang kata, sekeping gambar membawa seribu erti... Bagi saya, pandangan kacamata seorang jurufoto berbeza berbanding mereka2 yang langsung xtau kesenian nie... Penelitian, penghayatan & kreativiti diorang nie dapat membuahkan hasil kerja 'kaku' yang seakan-akan bercerita dengan sendirinya.
dengan gaya bersahaja, malah pandai mengendalikan kamera mahal DSLR... uih! bulih cair dibuatnya! hihi...
Ustaz Azhar Idrus, seorang tok guru/ ulama terkenal di terengganu..juga seorang photographer.
3. Tidak banyak bercakap
Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata kosong.
"Barangsiapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah & Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya...
xperlu kata apa-apa...senyum!
2. Blogger
Blog adalah satu medium jikalau diaplikasikan untuk kebaikan..maka jadi baik la ia..malah menjadi satu wadah membangunkan jiwa yang kegersangan. Namun membawa padah jika dimanipulasikan untuk perkara yang sebaliknya...
Secara peribadi, saya tertarik kepada pem'blogger2 nie...(bukan semua la..hihi)
Penulisan, pendapat & pandangan diorang kebanyakkannya membuatkan saya banyak berfikir & merenung... Saya merasakan diorang nie menulis dengan hati berpaksikan Keilmuan yang bukan calang2 & Keimanan kepada Sang Khaliq! Bukan sekadar info & wacana sia-sia cuma....
1. Agama
"Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan & ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu & sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah Asy Syams: ayat 7-10)
Kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh & mendalam pandangan mata kasar. Antara hal-hal yang harus dilihat & dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara2 yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan & pandangan hidup!
"Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya" (surah Al Baqarah: ayat 172)
*Namun..siapalah diri ini yang mengharapkan pasangan hidup sekacak Nabi Yusof, andai diri tidak secantik Ratu Balqis...
Tidaklah mengharapkan lelaki seagung Nabi Muhammad, andai diri tidak semulia Siti Khadijah...
kemudian..saya terkenangkan janji Sang Pencipta..........
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat & lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (surah an Nur: 26)
Cukup untuk membuat saya tersenyum... Alhamdulillah! Betapa Cinta ALLAH itu Maha Luas...
:::nota jari manis:::
"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si Soleh..tetapi berusahalah menjadi yang Solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah...kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI."