Wajib taat pada perintahNya.... Itulah pengabdian jiwa dalam setiap nafas yang dihela...
Menulis sambil mendengar lagu Tanpamu-Sabhi Saddi & Helena..sayu, sedih, pilu, menangis, hingus meleleh..namun dibiar saja. T_T. Apabila sudah lama tidak menangis,cubalah tanya pada hati sudah berapa lama merasakan tidak perlukan Tuhan. Apabila sudah lama xmenangis, cubalah risik kpd jiwa sudah berapa lama tinggalkan ‘rasa’ ber Tuhan. Apabla sudah lama berhenti menangis, cubalah belajar dgn b'pura-pura menangis.
Terlupa utk memberitahu kpd yg tidak tahu. Tidak mahu mengingatkan kpd yg terlupa. Cubalah merisik kpd hati sejauh mana rasa cinta kpd kaum hawa yg rasionalnya 1 & emosinya 9 dibandingkan dgn kaum adam yg punya 9rasional & 1emosi. Andai cintamu hanya pada nafsu, cubalah bertanya kpd hati sudah berapa lama xmenangis?
Disaat diri perlukan kekuatan..sokongan..dengan kaki masih bertatih longlai menuju satu matlamat pengabdian, terasa ada ombak deras menolak kuat kudrat yang masih lemah itu... Sedangkan..si lemah itu tahu, ombak itu tidak jahat. Jangan takut dilambung ombak...Ombak itu mungkin membersihkan semua sisa-sisa kotor... Bernafaslah selagi tidak kelemasan...Jangan terus membiarkan ombak menghanyutkan jasad...Kerana ombak mengikut hembusan angin yang lalu..tapi manusia mengikut akal waras yang satu...
Ombak tak jahat. Kerana ombak hari itu saya mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga diri ini tahu setiap muslim itu perlu berkongsi rasa. Kerana ombak saya tahu Allah mnyayangi diri ini. Dan kerana ombak saya belajar menjadi manusia yang memanfaatkn pinjaman Allah ini...
"Walaupun kamu rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi akak tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap diri kamu. Semuanya ada hikmah yang sangat indah, adikku. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat!"
Tiada satu pun kata-kata sahabat satu ini hanyut begitu saja... Dikala jiwa membara ini semakin marak, lafaz itu jua yang mendinginkan..mendamaikan.
***
**
*
Cara saya dipandang sesuatu yang asing.
Memakai 'handsock' katanya mahu persis Avril Lavigne.
Pakai tudung labuh katanya tidak bergaya, tidak 'berbling2'..kolot!
Setiap hari pakai baju kurung katanya, "Kau tiada baju lain ka?"
Pakai baju saiz XL katanya " Xlawa..menggelebeh je...!"
Keluar rumah pakai stokin katanya "Kau tak rimas ka?"
"Islam itu datangnya dalam keadaan asing.. kembalinya juga dalam keadaan asing.. Beruntunglah jika kamu terasa terasing!"
Mereka kata "Kau fikir kau pakai tudung macam tu semua orang percaya kat kau?"
Mereka kata "Kau sembahyang tak tinggal fikir kau tu cukup baik ka?"
Saya tak sanggup menulis semua kata-kata yang dihamburkan itu..yang ini sudah cukup membuatkan saya termenung berlama-lamaan...Menilai diri kembali, bermuhasabah!
Mereka sibuk berkata itu dan ini... Menilai & berkata-kata mengikut gerak akal mereka.. kata & berkata-kata, tapi bila Allah yang kata barulah kita xterkata!
Kadang mula berang, bermonolog dalam hati "Aku TIDAK redha dengan apa yang kamu katakan. Kamu tak tahu apa yang ada dalam hati aku!"
Astaghfirullah... terlalu mengikut perasaan..melompat-lompat gembira syaitan..!
Sungguh! saya menangis...tak tahu kenapa hati ini terlalu sensitif. Sedangkan sebelum ini belum teruji. Menambahkan parah, bila orang terdekat jua yang berkata itu.
Sungguh! saya menangis...tak tahu kenapa hati ini terlalu sensitif. Sedangkan sebelum ini belum teruji. Menambahkan parah, bila orang terdekat jua yang berkata itu.
Apa salah saya?
Apa yang saya buat?
Kenapa kamu berkata itu?
Kadang kala terbit jua air mata hiba dgn apa yang berlaku..hati makin hiba mengenagkan hati yg xredha dgn perancangan Allah, masakan mengaku menjadi hamba Allah dalam masa yg sama xredha (hiba, sedih, berduka, b’muram durja) dgn apa yg Allah aturkan dlm kehidupan.
Dikala itu mahu saja saya luahkan segalanya...Mencari sumber untuk 'mencas' semula bateri yang semakin lemah. Mahu beritahu kepada si dia rasa yang menjerut ini..
"Saya sakit! Semenjak dua menjak ni saya selalu sakit...bla..bla..bla....."
"Saya tahu awak kuat.."
".........................."
^___^ Terima kasih ehh! heh... (malas nak dengar orang membebel la tuh!)
Tidak semua manusia mengerti segala perasaan yang ada di hati kita. Tidak pula dapat selalu memahami gejolak jiwa yang ada di dalam diri...Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaanmu.. Walaupun ia adalah sahabat karibmu sendiri. Kerana perasaan adalah bahasa hati yang dapat berubah di setiap waktu. Hari ini ia adalah 'orang' yang sangat mengerti akan perasaan hatimu. Mungkin esok ia adalah 'orang' yang langsung tidak memahamimu. Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati... dan menumpahkan segala perasaan yang ada di jiwa.
...Kerana Tidak Semua Manusia Mengerti Segala Perasaan Yang Ada Di Hati Kita...
Allah xakan membiarkn hambaNya terdampar sendirian. Meski hati kadang menangis sedu, Dia tahu bagaimana utk menghiburkn dgn cara & kehendakNya…^^
:::nota jari kecik:::
.. dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, husnu dzon lah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita...
No comments:
Post a Comment