Sunday, 9 June 2013

Hibernasi Berakhir


Assalamualaikum…

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberikan nyawa, masih disambung lagi kehidupan dan diberikan pelbagai peluang untuk menjadi hamba Allah yang terus menerus menagih redhaNya..InsyaAllah.

Sudah terlalu lama saya menyepi daripada mencoret dalam ruangan teratak Sentuhan Pedusi. Ohhh! Rindu bebenar mahu meroyan macam dulu dulu…hehee. Agaknya sudah beberapa bulan si pedusi bermuram durjana. Lama juga saya berfikir, “apa nak tulis? Apaaa nakkk tuliss?” ditambah lagi bila dan bagaimana mahu bermula semula.  Sekurang kurangnya, walau masih belum mampu membina janakuasa perkembangan sistem saraf otak sepenuhnya, harus dapat melepaskan segala penat lelah, segala masalah, menyahkan segala debu-debu jalanan hulu berlumpur. Fuhh!

Ruang masa saya terlalu terhad. Cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga.  *Acecehh! Berkenan la bakal mak mertua baca ayat saya yang satu ni..hak hak hak… Kata orang, sentiasalah beringat waktu sempit supaya menghargai waktu lapang. Jadual harian yang sedia termaktub menyesakkan pergerakan saya ditambah pula koordianat yang menjauhkan. Pening..faham faham sendiri je la…

Memikul tanggungjawab sebagai pendidik menjadikan saya manusia yang selalu berhibernasi. Melalui hari hari yang sama saban waktu. Saya pandang student, student pandang saya..saya pandang balik, mereka tak kuasa nak pandang saya daa..heheee… dah pula, berlari lintang pukang daripada bertembung dengan manusia yang ‘memandang jelik’ kepada saya. Saya perlu bernafas..mohon oksigen berkualiti..huh huhh!

Pejam celik, sudah setahun lebih rupanya saya mendakap gelaran guru. Rasa seperti baru saja semalam saya terkial kial di hadapan pelajar..hahaaa

Sudah, cukup cukup sudah…cukup sampai di sini saja hibernasi panjang itu. Seriyes! Beruang kutub pun tidak la berhibernasi se-lama ini. InsyaAllah, bermula  1syaaban ini, saya bangkit mengorak langkah lagak askar melayu .. aiseh! Melebih plak ayat ni… 



...nota kertas rojak...


Apa yang ditulis biar beerti..

No comments:

Post a Comment