Sunday, 18 November 2012

Selamat Tinggal..!


Assalamualaikum…


Menanti di Barzakh [Far East]

Ku merintih..aku menangis 
Ku meratap aku mengharap 
Ku meminta dihidupkan semula 
Agar dapat kembali ke dunia nyata...
Perjalanan ruhku 
Melengkapi sebuah kembara 
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia..

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar 
Diperhitung amalan 
Penentu syurga atau sebaliknya..

Tanah yang basah berwarna merah 
Semerah mawar dan juga rindu 
7 langkah pun baru berlalu 
Seusai talqin bernada syahdu..

Tenang dan damai di pusaraku 
Nisan batu menjadi tugu 
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku 

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan 
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan 
Tetapi ia sebenar kejadian..

Kembali Ruh kembali 
Kembalilah ke dalam diri 
Sendirian sendiri 
Sendiri bertemankan sepi..

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku 
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu...

Ajal yang datang di muka pintu 
Tiada siapa yang memberi tahu 
Tiada siapapun dapat hindari 
Tiada siapapun yang terkecuali..

Lemah jemari nafas terhenti 
Tidak tergambar sakitnya mati 
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang 
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan 
Selama ini diceritakan kini aku merasakan 
Di alam barzakh jasad dikebumikan...

Ku merintih.. aku menangis 
Ku meratap, aku mengharap 
Ku meminta dihidupkan semula 
Agar dapat kembali ke dunia nyata




Sedang kalut di dapur menolong mak & makcik yang sedang memasak, nenek keluar dari bilik seusai solat maghrib.

“Ada orang meninggal…”
Cepat cepat saya berpaling kearah nenek.
"Inna liLLAHi wainnailaihirajiun."
“Siapa?” mak bertanya..
“Ibu kawan Ain yang koma tu…”


Saya hanya diam. Saya ingat ingat kembali, baharu beberapa minggu lalu saya menziarahi Ibu si Nurul Ain. Ibu yang koma sejak 9bulan lalu. Terbayang pula wajah tenang Nurul Ain yang  setia menemani  ibu kaku itu… Allah, seperti baru semalam saya bertemu mereka.

Ibu Nurul Ain koma sepanjang tempoh kehamilannya. 2bulan lalu, ibu itu telah selamat ‘melahirkan’ seorang bayi lelaki yang sihat melalui pembedahan Caesarean.


“kesian..arwah tidak sempat tengok muka anak kecilnya.”
“Allah…”




“Ustaz R meninggal dunia…”


“Sakit apa?”


“Ntah..tidak pula bertanya…”


Inna liLLAHi wainnailaihirajiun..”


Beberapa hari lalu, juga menerima khabar berita seseorang yang baru saya kenali telah pulang ke ‘sana’. Kebetulan, perkenalan saya dengan beliau semasa Aidiladha lalu… Berborak panjang tika saya sedang menemankan adik di hospital.





Terfikirkan bagaimana mahu menterjemahkan perasaan dan memujuk emosi apabila seseorang yang kita sayang, Allah bagi pinjam sekejap sahaja. Belum puas kita nak memberi khidmat, Allah ambil semula.


Allah bagi pinjam, tak tahu macam mana 'corak' ujian yang Allah bagi. Semoga Allah menguatkan iman kita semua menghadapi segala bentuk dan corak ujian dari-Nya. ameen…



Ya Allah,
Janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak sanggup kami pikul.

Ya Allah,
Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang telah Engkau berikan kepada umat terdahulu dari kami.


…jemari pedusi…



No comments:

Post a Comment