-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 5 August 2012

Meh la duduk rapat dengan saya..!


Dengan nama Allah saya mula menarikan jari.. moga tarian kali ini tidak terbawa-bawa dengan emosi. Moga idea tercurah dari hati yang tenang, hati yang menyerahkan segala urusan kepada Allah samaada baik atau buruk kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Saya berlindung daripada syaitan yang direjam..Saya berlindung daripada ungkapan yang bukan diniatkan kerana Allah..


“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna…”

Dalam hati berbisik, syukur Alhamdulillah.. ramadhan tahun ini ‘aktiviti’ tidak terlalu padat. Bila mana tahun lalu, sibuk dengan kuliah tambah-tambah pula exam. Ramadhan tahun ni sedikit lapang, bulih goyang2 kaki, berjam-jam guling2 atas karpet pakistan mak. hihihi
Super duper best.. lepas sahur, plan tido agak2 dah nak berbuka pukul 6.20 baru bgun. syOk giler!!!

Apa kes beb?

hUishhh..! khayalan semata.


Azam Ramadhan kali ni telah dirangka sejak syaaban lalu, siap tulih kat dalam diari. Agaknya sudah sedikit ‘matang’ kerana pengalaman masa muda muda dulu… berkobar2 dalam dada nak habiskan 30juzuk dalam bulan ni. Walhal, hari ni dah masuk 16ramadhan, setelah ditambah tolak darab dan bahagi..saya agak ketinggalan. Mungkin kerana kali ini 'tersedar diri' untuk lebih bersungguh sungguh baca al Quran. Buka semula kitab tajwid dan terjemahan al-Quran yang saya kira sudah berkurun lamanya tidak 'dijengah' menyebabkan saya 'tertinggal'. huhu

Bila dah tua, baru beringat...Astaghfirullah...

Beberapa hari sebelum ramadhan menjengah, saya telah punn menyusun suai jadual pembelajaran pelajar saya untuk diselitkan sedikit waktu untuk perkongsian dengan mereka tentang ibadah puasa. Agak sedikit semput jugak bila nak ajar pelajar baca dengan betul dan hafal niat puasa. Permulaan yang sedikit, tidak mahu dipaksakan mereka dengan ibadah yang berat-berat, kelak merasa jemu. Biarlah berpada pada dengan yang mudah dan sedikit, agar yang sedikit itu lama lama akan jadi bukit..gunung! InsyaAllah...

Alhamdulillah..bersolat tarawikh di tempat baru, suasana baru..bersama sama orang-orang 'baru' punn.. Masjid yang sederhana besar. Ruang besar di hadapan untuk jemaah lelaki manakala ruang belakang untuk jemaah wanita. agak besar dan selesa jugak pada hemat saya.

Bacaan imam pula merdu, jelas dan terang.Lantang dibantu sistem pembesar suara. Memang sedap mendengarnya. Suaranya lunak-lunak merdu-lemak sahaja, seperti orang mengantuk yang mendodoi para jemaah supaya tenang hati dan jiwa. Jemaah dimasjid ini tidak ramai, agaknya limaploh lebih kurang sahaja begitu. Tetapi riuh rendah anak-anak kechil diselangi bunyi letupan mercun. Seronok sahaja masing-masing bersukan acara kejar-kejar dibahagian luar masjid. Kadangkala acara sukan itu dibawa pula ke dalam ruang solat.heheh...


Bacaan imam pun pendek sahaja. Rakaat pertama dari Juz 'Amma, dan rakaat kedua tiga kali surah Al-Ikhlas. 8rakaat tarawikh + 3rakaat witir. Memang mesra penduduk veteren dan anak muda yang mudah goyah lututnya. Macam saya. heheheheh...




Seperkara yang sering berlaku ketika terawikh adalah saf tidak dirapatkan dan tidak diluruskan. Ini sering kali berlaku dalam kalangan jemaah wanita. Jemaah wanita sangat rajin bawa sejadah yang cantik-cantik dari rumah dan seorang satu bawa sejadah. Bawa sejadah tidak menjadi kesalahan tetapi tidak merapatkan saf itu menjadi kesalahan.

Selepas iqamat, imam akan cakap "Rapatkan saf, luruskan saf" tetapi bagi jemaah wanita, rapatkan saf sama dengan rapatkan sejadah dan bangun serta berdiri dalam kawasan sejadah sendiri. Luruskan saf sama dengan betulkan badan sama ada sudah berdiri tegak.  Ambil kedudukan selesa untuk duduk tahiyat akhir dan rasa panas kalau rapat-rapat, nanti tidak selesa. . Ya, itu yang berlaku.

Kebiasaan berlaku, jemaah yang datang awal 'berebut-rebut' memenuhi saf yang paling belakanggg... Saya terfikir, kenapa mereka tidak berebut untuk duduk di saf hadapan malah datang dan duduk di saf belakang? Mungkin tidak larat untuk bangun dan duduk ataupun memberi ruang kepada orang muda macam saya untuk berada di saf hadapan.Itu tidak menjadi masalah tetapi apabila ingin memulakan solat, mereka tidak merapatkan saf. Saya cuba merapatkan saf dan secara spontannya orang disebelah bergerak sedikit untuk adakan ruang antara kami. Nak cakap orang sebelah adalah kanak-kanak,bukan kerana mereka lagi berusia dari saya. Berfikir panjang pula macam mana cara hemat untuk menegur.. aduhai Ekin..! Apa nak dibuat? Masing-masing sayangkan sejadah sendiri dari kesempurnaan dalam solat.


Saf kena rapat-rapat, biar erat-erat. Ikatan seorang muslim dengan muslim yang lain apabila ’terikat’ rapat-rapat, erat erat, susah musuh nak mengganggu gugat. Malangnya saf solat pun sangat sukar untuk dirapatkan dan dieratkan apatah lagi ‘saf’ di luar solat. Rapuh!


Rasa sedikit terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang terkejar kejar mahu balik ke rumah secepatnya setelah selesai solat tarawikh di masjid. Sampaikan langsung ‘tidak sempat’ bersalaman dengan jemaah. Saya kira, masjid adalah satu tempat yang baik untuk saya mula bersilaturrahim dengan masyarakat yang memandang saya pelik dan agak ‘anti sosial’. Dan selalunya, saya terpinga pinga sendirian bila baharu selesai mengaminkan doa dan melipat sejadah..kemudian berpaling ke belakang….. semua lesap!!! Allah…

Mungkin saya sudah 'ditarbiyah' sedari semasa di asrama SMKA dulu... TEGURAN..teguran dan teguran setiap kali kelas fardhu 'Ain tentang saf solat serta bersalaman, peluk-peluk ^__^(bersilaturahmi) lepas solat jemaah sudah sebati dalam diri. Dulu nak tegur member sebelah senang saja, cuit je sikit..mudah saja faham. Tapi kini, perlu  bergaul mesra berkasih sayang dengan golongan yang lebih tua, agak terasa kekok untuk menegur.. 

"Bukan mengada ngada mahu dipuji..tapi seringkali teruji. Jadi kena paham paham sendiri".

Saya bukan lah ustazah..jauh sekali nak labelkan diri solehah.  Namun saya ada ‘class’ tersendiri meskipun saya bukanlah watak muslimah sejati yang begitu syadid dengan tuntutan agama.



Wallahu'alam...

Ciiigu Ekin, sila perbetulkan diri ya..!  =)



 
Posted by Farhana Humayrah at 7:06 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 3 August 2012

Mendekatku semakin jauh


Dengan lafaz Bismillah saya mulakan bicara untuk sekian kalinya..

Alhamdulillah, moga saya dan juga sahabat tidak lupa untuk bersyukur dan terus bersyukur.. tiada asbab atau halangan kenapa kita perlu berhenti memanjatkan syukur atau merasa sombong untuk melafazkan dan menunjukkan rasa syukur pada Allah Yang Maha Pemurah.

Jari meronta-ronta mahu menaip..tapi pena sudah lama lumpuh. Sesekali memaksa akal menerawang jauh bagi memenuhi kehendak si jejari runcing (konon). Alhamdulillah, akhirnya semua dihimpun di sini..dirojakkan. digaul gaul macam gado gado. Sedap jugak buat juadah buka puasa..hihi

Saya berjalan jalan meneroka alam. Saya pusing pusing, menjelajah sekeliling.

Entri ini sudah lama berada di dalam ‘draft’, cuma baru berkesempatan untuk menyambung celoteh. Dalam menghadapi kerenah orang sekitar, pelbagai ragam dan pelbagai reaksi yang saya temui. Alhamdulillah, setelah lebih kurang 3bulan melalui jalan hidup baru ni, saya terasa lebih ‘kuat’ untuk menghadapi pandangan masyarakat tentang ‘kepelikan’ pada diri saya. (semacam pelik jugak ayat ni..paham paham sendiri saja la..)

Menetap di tempat baru, berjumpa kembali dengan kenalan lama tapi macam baru kenal. Duduk dalam kalangan masyarakat yang sangat terang bersuluh.. terlalu lalu mementingkan perbezaan taraf pangkat dan darjat. Saya menetap di kawasan perumahan golongan atasan yang mana ia agak sedikit menjauh dari kawasan perumahan pekerja biasa, sedikit sebanyak membina jurang kemesraan. Tambahan pula, saya punya sifat kaku+kekok dengan tempat baru, terasa sukar untuk memecahkan tembok yang menjadi penghalang.




Saya berusia 21 tahun, biasa dengan suasana ‘jalan lurus’, bergaul dengan sahabat sahabat sebaya. Kini baharu belajar mengenal dunia pekerjaan, berhadapan dengan pelbagai  kerenah jiwa kacau manusia realitinya dan bila mana mahu mendekati  terutamanya golongan ibu, kakak memerlukan dos kasih sayang yang lebih, sedikit sebanyak ketandusan idea untuk betah duduk bersama mereka.

Sudah beberapa kali abah berpesan pada saya untuk menjadi lebih mesra dan bersosial dengan kaum ‘senior’. Tapi, saya ada sedikit masalah… Saya dilabel anti sosial oleh masyarakat di sini lantaran saya tidak meluangkan waktu bergaul bersama mereka. Setulusnya..! saya sudah cuba tetapi rasa kurang keserasian..memang takblehh! Apabila duduk sekali sekala bersama mereka, perbualan mereka menjurus kepada hal  hal yang tidak menarik minat saya. Maka, saya hanya menjadi pendengar yang setia.

Saya berkira kira sendiri.. Wanita, cerita tersurat tersirat hal rumahtangga dan gosip meletop kebabOom memang susah nak dipisahkan. Duduk dengan kaum ibu dan kakak yang sangat suka berceloteh membuatkan saya terdiam. Bukan kerana kebingungan, tetapi tidak mahu mencelah di mana saya menganggap mereka tidak sekepala dengan saya.

“si fulan binti si fulan cakap macam begini dengan aku bla..bla..bla…”
“Semalam aku kena masak nasi awal sebab laki aku nak berbuka terus makan nasi.. kuih muih bla..bla..bla..”
“Anak aku tak sabar sabar nak pakai telekung baru.. nak tunjuk telekung baru dia bla..bla..bla..”
Saya tersengih saja.. nak cerita pasal laki, laki xde.. nak kisahkan pasal anak? Lagilah mengarut! Tapi kalau saya meraban pasal pelajar pelajar saya, ada yang nak dengar ke??? 


…dan bila kesudahannya terasa terlalu boring membosankan, saya mencelah..

“Minta maaf makcik, akak.. saya nak minta diri dulu. Ada lagi buku buku pelajar yang saya belum semak...”

Siap buat muka semanis termampu..teruss beredar. Huh!

Hahaha… suungguh tak bleh blahhhh!


Mohon mahapkan lah saya wahai makcik, kakak..saya tak reti nak borak pasal mereka, itu dan ini. Saya juga rasa tak layak dan xde penggalaman nak story semua tuuu… Saya blurr sangat dah ni…


*balik ke rumah, sambung semak buku pelajar yang tertangguh then zZzzzzz


Tolong kejutkan bila dah nak masuk waktu asar yaaa..^__^
Posted by Farhana Humayrah at 5:56 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ▼  August (2)
      • Meh la duduk rapat dengan saya..!
      • Mendekatku semakin jauh
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com