-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, 19 May 2012

Kerana Saya Seorang Pendidik



Seminggu ini saya sangat dan tersangat penat tetapi emosi sedang melonjak keriangan dan kadang tersenyum sendirian. Perasaan terlalu exited sehingga perancangan yang berduyun-duyun kini tersembur, keliru mana yang perkara utama yang perlu diutamakan, akibatnya minda masih sibuk menerawang jauh walaupun mata sudah me’layu’ ke kanan.. hihihi

Baharu beberapa minggu lalu si penganggur ‘berjaya’ ini berjaya memegang taklifan sebagai seorang guru. Alhamdulillah...InsyaAllah berjaya!

Sekalian insan terdekat sangat tahu tentang diri ini yang terlalu ‘anti’ terhadap kanak kanak kecil. Malah saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi pendidik. Kenapa..kenapa.. kenapa? Kerana saya tahu siapa saya.. Namun akhirnya akur, Allah yang Menciptakan diri ini lebih tahu. Tergerak hati mahu menerima cabaran baru ini. Mak yang pada awalnya menegah, mengiyakan jua. Abah tersenyum apabila saya menyuarakan kesudian. fUhhh..! akhirnya jatuh cinta dalam sujudku...

Sebelum saya mula memikul tanggungjawab ini, mak sudah banyak kali bertanya dan betul betul  mahu memastikan saya benar benar rela. Mak risau anak mak ni ‘dera’ anak orang... hehehe.. apa salahnya, sayangkan murid tangan tangankan..ye tak..? ^^

“Cikgu Norasyikin..”
“Cikgu Norasyikin..”
“Cikgu Norasyikin..!”

Ngeh ngeh ngeh... tersengeh sendirian lagi.

“Ehem ehem..panggil saya Cikgu Eykin oke, glamer sikit bunyi tuh!”

Semua pelajar terkebil kebil.. kemudian mengangguk lelaju.


Sahabat diseberang sana telah maklum. Ucapan tahniah daripada sahabat sekalian tanpa henti membuatkan saya menggaru kepala yang tidak gatal. Mereka tak faham, mereka tidak tahu.

“Mengajar pelajar darjah berapa?”
“Ajar subjek apa?”
“Sekolah macam mana?”
"Berapa orang guru ada di situ?" 


Kelancaran jari menaip mesej menjadi kaku. Berfikir akan jawapan yang boleh buat mereka faham. Sedangkan saya sendiri sedikit mengalami ‘culture shock’. Semua yang berlaku di sini terlalu menyimpang daripada imaginasi saya. Menjalani rutin seorang guru pada minggu pertama , terasa tersangat sangat kekok.


“Pelajar yang saya ada 56orang kesemuanya. Seawal usia 5 tahun hingga 12 tahun. Mereka dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama (5-9 tahun) bermula pukul 7.30-9.30. Sesi kedua (10-12 tahun) bermula pukul 10.00-12.00. Masa yang diperuntukkan terlalu singkat, tersangat padat. Hanya saya seorang guru yang ada di situ. Yaa..saya seorang saja."


"Memandangkan hanya saya seorang yang mengawal kesemua 56orang pelajar, maka semua subjek (bahasa melayu, english, science, maths, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni) saya jugalah yang mengajar mereka. Kalau mahu saya berbicara tentang sekolah, ia biasa saja. Kemudahan sekadar cuma. Namun Alhamdulillah, walaupun serba kekurangan tapi kanak kanak di sini tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk menuntut ilmu."


Mereka tiada pakaian seragam sekolah seperti sekolah biasa. Tiada kemampuan untuk membeli pakaian sekolah dan kelengkapan yang lainnya. ala kadar.. cuma membawa sebatang pensel, seketul pemadam dan sebuah buku latihan. itu saja...


Bagi mereka...asalkan tahu membaca dan mengira, cukup memadai. Saya sedia maklum, anak anak di sini hanya mampu mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka kelak. Kanak kanak ini tercicir mendapat pelajaran yang sepatutnya menjadi hak mereka kerana kemelut kemiskinan dan..tiada kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Satu lagi masalah utama di sini, anak anak ini tidak punya surat kelahiran menyebabkan mereka tidak diterima bersekolah di sekolah kerajaan. 




"Kenapa tak datang ke sekolah kelmarin?" soal saya kepada seorang pelajar. Dia hanya diam.


"Beritahu cikgu, kenapa tak datang sekolah kelmarin?" saya sedikit meninggikan suara. Dia memandang wajah saya.


"Saya jaga adik saya di rumah" kemudian dia tunduk.


"Mak mana?" suara saya mengendur.


"Kerja. Tiada siapa jaga adik saya."


Lidah saya jadi kelu. Sedang saya memang sedia maklum keadaan penduduk di sini. Pendapatan bulanan mereka mana mungkin mampu menggaji babysitter.


"Adik umur berapa?" 


"3tahun..."


Saya terdiam lagi. Otak ligat berfikir. 


"Mana mungkin dia tidak ke sekolah hanya kerana ingin menjaga adik di rumah. Tidak mungkin aku biarkan dia tercicir daripada yang lain." monolog saya sendirian.


"Erm..kalau macam tu, bawalah adik kamu ke sini. Beritahu mak bapak nanti ya.. Jadi kita boleh belajar sama sama..kan?"  saya cuba berlembut, cuba bertoleransi. Dia kemudian tersenyum. Allah...


 Beberapa hari lalu, saya dapat kesan 3orang pelajar yang sudah seminggu dan lebih tidak datang ke sekolah. Bila ditanya kepada kawan kawannya.. saya dimaklumkan bahawa mereka sudah bekerja. Allah... saya jadi semakin pening untuk mengawal keadaan. Bagaimana kanak kanak seawal usia 10tahun itu bekerja di ladang? Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berdiam diri. Saya nekad, bila bila masa mereka datang untuk belajar..saya tidak teragak agak untuk terima mereka lagi. ^^


Kadang kadang terasa tubuh empat kerat ini terlalu kelelahan, lumpuh. huh! tak sampai sebulan lagi. Mendidik kanak kanak bukan mudah. Namun Alhamdulillah, setelah 'dibasuh' oleh abah..semangat saya menebal. Setiap pagi sebelum bertolak ke sekolah, saya berbisik kepada diri sendiri.. "Pelajar perlukan saya di sini. Lillahi ta'ala...!"


"Macam mana kakak mengajar di sekolah?" soal abah semalam.


"Okeh la.. kakak ikut saja jadual yang disediakan oleh cikgu sebelum ni.."


"Ada ajar pendidikan Islam ka?"


Kening saya berkerut.. "Takda.."


"Kakak ubah la jadual tu sikit. Masukkan sekali pendidikan Islam. Ajar sembahyang, baca jawi ka..."


Saya tersenyum..kemudian mengangguk. arghhh! terlalu banyak perkara yang saya fikirkan sehinggakan perkara penting sebegini saya langsung tidak terfikir..!


"InsyaAllah, lepas cuti semester1 ni aku akan lakukan sesuatu untuk pelajar pelajar saya..!"




Menjadi Guru bukanlah profesion utama pilihan saya. Tapi kini saya sedar, Allah sedang mendidik saya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.











Aku bukanlah seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar  tapi ku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah...
Posted by Farhana Humayrah at 6:53 pm 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kita ada KEMBAR?





Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.


Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurusapabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.



Wallahu'alam...
Posted by Farhana Humayrah at 3:43 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Di mana hilangnya MALU?






Seorang wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:


“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.


Wallahu'alam...

Posted by Farhana Humayrah at 3:09 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 13 May 2012

Mencari Konklusi


Sejak kebelakangan ini jarang untuk berlama-lamaan di hadapan lappy disebabkan ‘kesibukan’ yang agak melampau, kadang membataskan pergerakan..menyekat kelancaran otak memproses data padat, terlalu finit. Kadang terpaksa memilih jalan yang orang lain tak boleh terima, mungkin tidak sama cara berfikir.

“Jangan salahkan mereka.. mereka tidak faham, berilah mereka masa. Bukan mereka tak nak faham cuma mereka belum faham, situasi mereka berbeza...”


'Mencari konklusi’ yang telah hilang untuk menulis supaya mendakap diri kembali  yang hilang itu dapat ditemui, yang lemah itu dapat dikuatkan, yang sepi itu akan menjadi terisi, yang sengsara itu dapat menjadi bahagia..
Posted by Farhana Humayrah at 1:15 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mencari Sinar Agama ku


Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing”

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih kuatir
Diri melanggar batas menjejak zina

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah


“ Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan, sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”
Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
( Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)

“ Islam terasing di zaman permulaannya, islam kembali asing di zaman kemudiannya, beruntunglah mereka yang menjadi asing."

Posted by Farhana Humayrah at 12:30 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saat Diri Terasing


Ketika mata mulai terpejam
Justeru hati terus berbicara
Kisah tentang kesepian malam
Tentang matahari yang telah tenggelam
Kesepian adalah pengharapan kasih
Sedang ia terus tenggelam..berlalu pergi.

Saat akhir tidak bererti kebahagiaan
Perasaan perit membendung kelukaan
 Mencari mutiara hikmah Tuhan
Sujud padaMu penawar kepedihan
Sungguh, hati ini sudah kelelahan
Sebelum fajar di ufuk timur menjelang
Kupasti..tiada yang sia-sia cuma
Ini adalah penentuan
Kesembuhan parah luka semalam...

Posted by Farhana Humayrah at 12:25 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ▼  May (6)
      • Kerana Saya Seorang Pendidik
      • Kita ada KEMBAR?
      • Di mana hilangnya MALU?
      • Mencari Konklusi
      • Mencari Sinar Agama ku
      • Saat Diri Terasing
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com