-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sunday, 18 November 2012

Selamat Tinggal..!


Assalamualaikum…


Menanti di Barzakh [Far East]

Ku merintih..aku menangis 
Ku meratap aku mengharap 
Ku meminta dihidupkan semula 
Agar dapat kembali ke dunia nyata...
Perjalanan ruhku 
Melengkapi sebuah kembara 
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia..

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar 
Diperhitung amalan 
Penentu syurga atau sebaliknya..

Tanah yang basah berwarna merah 
Semerah mawar dan juga rindu 
7 langkah pun baru berlalu 
Seusai talqin bernada syahdu..

Tenang dan damai di pusaraku 
Nisan batu menjadi tugu 
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku 

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan 
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan 
Tetapi ia sebenar kejadian..

Kembali Ruh kembali 
Kembalilah ke dalam diri 
Sendirian sendiri 
Sendiri bertemankan sepi..

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku 
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu...

Ajal yang datang di muka pintu 
Tiada siapa yang memberi tahu 
Tiada siapapun dapat hindari 
Tiada siapapun yang terkecuali..

Lemah jemari nafas terhenti 
Tidak tergambar sakitnya mati 
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang 
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan 
Selama ini diceritakan kini aku merasakan 
Di alam barzakh jasad dikebumikan...

Ku merintih.. aku menangis 
Ku meratap, aku mengharap 
Ku meminta dihidupkan semula 
Agar dapat kembali ke dunia nyata…




Sedang kalut di dapur menolong mak & makcik yang sedang memasak, nenek keluar dari bilik seusai solat maghrib.

“Ada orang meninggal…”
Cepat cepat saya berpaling kearah nenek.
"Inna liLLAHi wainnailaihirajiun."
“Siapa?” mak bertanya..
“Ibu kawan Ain yang koma tu…”


Saya hanya diam. Saya ingat ingat kembali, baharu beberapa minggu lalu saya menziarahi Ibu si Nurul Ain. Ibu yang koma sejak 9bulan lalu. Terbayang pula wajah tenang Nurul Ain yang  setia menemani  ibu kaku itu… Allah, seperti baru semalam saya bertemu mereka.

Ibu Nurul Ain koma sepanjang tempoh kehamilannya. 2bulan lalu, ibu itu telah selamat ‘melahirkan’ seorang bayi lelaki yang sihat melalui pembedahan Caesarean.


“kesian..arwah tidak sempat tengok muka anak kecilnya.”
“Allah…”


…



“Ustaz R meninggal dunia…”


“Sakit apa?”


“Ntah..tidak pula bertanya…”


“Inna liLLAHi wainnailaihirajiun..”


Beberapa hari lalu, juga menerima khabar berita seseorang yang baru saya kenali telah pulang ke ‘sana’. Kebetulan, perkenalan saya dengan beliau semasa Aidiladha lalu… Berborak panjang tika saya sedang menemankan adik di hospital.





Terfikirkan bagaimana mahu menterjemahkan perasaan dan memujuk emosi apabila seseorang yang kita sayang, Allah bagi pinjam sekejap sahaja. Belum puas kita nak memberi khidmat, Allah ambil semula.


Allah bagi pinjam, tak tahu macam mana 'corak' ujian yang Allah bagi. Semoga Allah menguatkan iman kita semua menghadapi segala bentuk dan corak ujian dari-Nya. ameen…



Ya Allah,
Janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak sanggup kami pikul.

Ya Allah,
Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang telah Engkau berikan kepada umat terdahulu dari kami.


…jemari pedusi…



Posted by Farhana Humayrah at 7:04 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 17 November 2012

Ini HIJRAH ku...



"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)


Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah.. ^^
Moga Hijrah kita seterusnya dalam kehidupan akan memberi lebih pengertian dan lebih bermakna. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengampunkan segala dosa kita semua agar tahun yang baru ini lebih baik berbanding tahun yang sebelumnya, InsyaAllah...ameen ya Rabb.

Renunglah kata-kata Imam Hassan Al-Banna ; "Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan. Kita akan memerangi manusia dengan senjata KASIH SAYANG."

Membelek semula rekod pencapaian tahun lalu..rata-ratanya cukup tidak memuaskan. Buat yang terakhir kalinya, sepuas-puasnya merenung kembali detik yang sudah berlalu itu...menilai mana kejernihan yang boleh dicedok, mana keruh yang ingin dibuang jauh jauh. kenang apa yang perlu, lupakan perkara yang lalu...

Usah jemu meminta dengan Allah
Usah jemu bercerita dengan Allah

Salam sayang saya sulamkan indah buat kakak juga sahabat yang sedayanya mendorong makhluk kecil ini... MasyaAllah, bahagia sungguh dengan nikmat yang Allah pinjamkan ini. sahabat yang sering tidak lupa menitipkan ayat ayat cinta 'uhibbuki fillah abadan abada' di akhir setiap kalamnya. 

Saya tersenyum sebab dia ingatkan dalam usaha berhijrah menjadi manusia yang lebih baik, kena hijrahkan juga konsep berdoa kepada Allah. Kebergantungan kepada Allah melebihi manusia. Meyakini Allah memegang hati-hati manusia. HablumminALLAH, jaga hubungan dengan Allah. Hablumminannas, jaga hubungan sesama manusia.

Bila kita buat sesuatu, tanpa sandaran... Angin dan ombak ujian yang datang akan buat kita terpelanting.T_T

Tidak mustahil kita akan down dan terus rasa "Allah, aku nak dekat dengan Engkau kenapa Engkau bagi orang-orang yang tak nak aku dekat dengan Engkau." lama-lama kita rasa bila kita dekat dengan Allah, asyik banyak masalah dan ujian hatta kita fed-up untuk berubah. 

Bila ilmu dah ada, perubahan demi perubahan diri kita adalah bersandarkan ILMU bukan ikut-ikutan atau hanya pada "rasa". 

Kalau kita hijrah hanya untuk manusia, berhenti dan fikir dahulu. Kita tak selamanya mempunyai seseorang untuk berada di sisi kita untuk kuatkan semangat bila kita rebah, tak selamanya kita ada sahabat-sahabat untuk memberikan bahu apabila kita menangis. Tetapi, kita selamanya ada Allah. Berhijrahlah untuk redha Allah, insyaAllah manusia disekeliling akan meredhai penghijrahan kita.



Di dataran ini kita bertemu
Mencari erti penghidupan abadi
Memburu kasih Cinta Hakiki
Kita adalah pengembara
Yang sering mencari arah
Daripada perjalanan ini
Kerana sudah sekian lama kita berulit mimpi ngeri...

Lorong demi lorang kita lewati
Bersama keangkuhan yang merantai kaki
Dan bicara Tuhan
Bukan lagi puisi pada sebuah Hati
Gerakan langkah yang sumbang
Dan tapak-tapak hitam di pantai adalah jejak sebuah perjalanan yang suram
Kerana kelmarin tidak pernah
Menjanjikan apa-apa
Meski sebuah mimpi indah berdansa di dunia sementara
Tak terfikir sebuah kematian
Menunggu di balik tabir waktu...

Ku tersentak seketika mata ku terbeliak
Nafas ku berlari ibarat kuda yang liar
Hati ku berfikir rupanya
keberangkatan ini sebenarnya
persis daun-daun yang luruh
yang tidak mempunya musim
gugurnya tanpa disedari
kita akan terus mengembara
dan berhijrah
ke daerah perhitungan yang hakiki...

maka,
bicaralah bersama iman
bukalah mata gerakkan langkah
kerana perjalanan kita masih jauh
tanyalah kepada hati siapa sebenarnya kita
di sisi-Nya...



...jemari pedusi...




Posted by Farhana Humayrah at 5:36 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 3 November 2012

Menguntum senyum di wajah sayu



Assalamualaikum...


Apa sahaja yang terbentang di depan mata, di dalam kehidupan adalah satu ujian. Ujian kepahitan, kita senang nak kenal pasti kerana memang yang pahit itu selalu menjadi kesusahan buat kita untuk mendepaninya tetapi ujian kesenangan, susah nak sedar bahasa kesenangan adalah ujian. Dalam kita tak sedar sebenarnya kita teruji, tetapi kita ambil sikap sambil lewa sahaja.

Aidiladha lalu,  orang lain sibuk  “Balik ke kampung”, ada pula orang sibuk “Balik ke hospital”…rasa tersangatlah tidak syokk bila cuti raya diperabiskan untuk berada di rumah orang sakit, bukan sebagai pesakit..tapi peneman kepada si pesakit..huhuuu

Saya akui, saya mempunyai semangat yang lemah..yaa,,lemah semangat! ‘tak tahan’ tengok orang sakit, saya akan cepat2 mengalihkan pandangan pabila melihat ada orang yg b’kejar menolak katil beroda @ kerusi beroda.. kerana inilah, saya tidak suka ke hospital..huhu

Teringat peristiwa ‘manis’ semasa praktikal di HTJS duluu.. makmal berdekatan dengan jabatan forensik..boleh dikatakan setiap hari ada jenazah yang dibawa ke jabatan itu..kadang kala jadi tidak senang duduk bila ada mayat yang disorong melewati depan duduk yang saya selalu singgahi untuk berehat. Allah..dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

Allah Maha Tahu, sejak awal lagi, Allah dah ‘letakkan’ saya bekerja di dalam makmal bersama2 pelbagai spesies sample dengan berbagai alatan serta mesin. Tidak perlu jumpa orang sakit! hehe...

Agak puas hati berkeras tidak mahu mnemankan adik yg perlu menjalani pembedahan kecil.. memerlukan untuk saya ‘menginap’ di hospital selama 2hari dihari raya..! Si adik pula sudah bertahan selama 3hari..hee

Akhirnya akur, turut kehendak mak abah..ini tanggungjawab kann..^___^


SERONOK BERGANDA

Saya mula menemankan adik beberapa jam sebelum pembedahannya..si adik sudah betah sehari sebelum di situ.. proses pembedahan yang agak mngambil masa yang panjang, duduk berseorangan di suatu sudut..kemudian datang beberapa orang yang berpangkat pakcik, makcik..baharu terasa ada seronoknya berborak dengan golongan orang lama.. tiada borak kosong, isi merapu.. mencelikkan mata dan meluaskan skop akal tentang sesuatu. berkenalan dan agak rancak berborak, tidak sedar masa berlalu…

Selesai pembedahan, saya tidak lepas mata melihaat muka sayu si adik.. nurse senyum2 saja melihat saya galak berborak dengan si adik yang masih mamai..mungkin sebab kesan bius yang belum hilang..hihi

Tidak tahan duduk terperap di dalam ward, saya ambil kesempatan menyelinap keluar sewaktu adik sedang tidur.. berjumpa dengan seseorang yang sudi melawat dan menemankan..^^ 
seronok sangat bila beliau sudi melaungkan takbir raya di sisi katil pembaringan si adik..seriyes! perasaan kali ni lain macam..hidung berair daa time tuu…hooho

Memamg betul la apa yang orang cakap, ‘seronok betul’ bila berpeluang menginap di hospital. Hakikatnya, sepanjang malam sya tidak dapat tidur lena. … sekali2, nurse datang berikan beberapa biji ubat. Kenal sangat dengan si adik yang agak liat makan ubat, macam kakaknya..saya cukup memahami. Siap pesan dengan si adik sembunyikan ubat2 tu di bawah bantal..hahaha

Seorang nenek cina mengerang kesakitan sepanjang malam membuatkan saya tidak sedap hati, ditambah pula memaksa meluruskan badan untuk tidur duduk di kerusi empuk..^^ agaknya disebabkan itu, menambahkan lagi darjah kebengkokan tulang belakang saya dan punca maigrain menjengah dalam waktu yang sama..huhu … 
Kerana tidak tertahan menahan denyut kepala, kemudian mengambil keputusan menelan beberapa biji ubat ‘pain killer’  yang adik sembunyikan tadi..hehe… Alhamduillah..‘kebah’ untuk beberapa  jam..dah tu tidak dapat tidur, berjaga sambil tangan tidak lepas meggenggam hp dan tasbih sehingga dinihari..huhu

Pagi raya, orang lain terhidu wangian semerbak rendang, ketupat, buras..saya pula menghidu bauan ubat! Bila matahari naik je, perut pun berkeroncong..pepagi lagi saya sibuk cari air panas untuk rendamkan maggi kari setelah melihat menu sarapan tidak mengena dengan citarasa..hehe

Selesai bersarapan maggi kari 'spesel', termenung seketika di jendela. Memerhati setiap inci bangunan putih yang gah berdiri itu semakin usang warnanya... sayup2 kedengaran takbir raya, mungkin dari masjid  kampung berdekatan.. Tetiba terdetik hati mahu keluar dari perut bangunan besar itu menuju ke hujung pagar belakang hospital..duduk seketika di situ. ohh..sayuunya...Tuhan saja yang tahu.





HIKMAH BERGANDA - Ketabahan Nurul Ain

Setiap manusia yang keluar dari rahim ibunya sudah disediakan sebuah kembara perjalanan sebuah kehidupan untuknya. Setiap manusia itu diwarnai dengan pelbagai corak perjalanan, dan tidak ada yang terkecuali dari kepingan-kepingan ujian. Samada besar mahupun kecil. Terpulang bagaimana manusia itu memandang ke arah ujian, sebagaimana dia memandang kehidupan begitulah dia memandang 'corak ujian'.

Sepanjang 2hari 1malam di berada di hospital, saya berpeluang berkenalan dengan seorang adik yang turut sama menjadi peneman kepada ibunya yang koma..sudah cukup lama. saya sempat berziarah melihat keadaan si ibu yang terbaring kaku sejak 9bulan lalu..Allah! sayu rasanya melihat batang tubuh yang menjadi kekuatan anak2 pastinya kini tidak berdaya walau menggerakkan jemari..

Hakikatnya, pertama kali berjumpa insan tabah itu..Nurul Ain, anak sulung daripada 5adik beradik... beliau ramah bertegur sapa dengan saya terlebih dahulu. MasyaAllah..wajahnya tenang, dan..kelihatan matang sehinggakan saya memanggilnya kakak ..! sedangkan gadis itu baharu usia 13tahun??? saya tergelak..^^

Sering kali saya mencuri jenguk si Nurul Ain... sekali jenguk, saya melihat beliau mengurut kaki kurus si ibu.. sekali jenguk lagi, beliau pamkan susu untuk santapan ibu kaku itu.. Terfikir seketika, meletakkan saya di tempatnya...Ya Allah...saya sendiri tidak pasti jika saya mampu jadi setabah itu!

Saya beraya sehari di hospital, tapi Nurul Ain..menghabiskan sepanjang masa cuti sekolahnya berada di hospital... Beliau balik ke rumah di tengahari, kembali ke hospital semula lewat petangnya... sekali terserempak Nurul Ain di depan pintu lif seusai solat isya', beliau tersenyum melihat saya..

"Beraya di hospital la nampaknya kita kan kak..." Nurul Ain beramah...

Saya hanya tersenyum..mengangguk. 


"Nurul Ain, kamu memang gadis superb!"



...jemari pedusi...

Posted by Farhana Humayrah at 6:59 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 7 October 2012

Melakar warna pelangi


Assalamualaikum...

Entry ini sudah lama berada di dalam ‘draft’, baru berkesempatan untuk menyambung tarian pena. Dalam menghadapi kerenah orang sekitar, pelbagai ragam dan pelbagai reaksi yang pernah ditemui. Alhamdulillah, setelah 5bulan melalui semua warna-warni rona keletah pelajar dan ibubapa pelajar juga..  terasa lebih ‘kuat’ untuk berjalan lagak pendidik berwibawa…cewahhh!

Kadang hati sedikit teruji, makan dalam! Ia tentang sesuatu.. Bila Allah mahu menegur seseorang hamba, DIA punya pelbagai cara untuk mengusik jiwa si pedusi yang sudah lama ‘berkerak’…T_T  Namun terpulang kepada ‘kebijaksanaan’ dan ‘kepekaan’ nalurinya untuk menilai teguran dari Allah sama ada untuk memperbaiki diri atau menyalahi takdir ketentuan Illahi. Hakikatnya, parameter yang mengukur bukan hanya pada kelancaran akal memproses data tetapi dengan hati yang disaluri nur iman..InsyaAllah…


Ayam oh ayam!

Setelah 5bulan.. ya, 5bulan… bukan satu tempoh yang panjang namun saya merasakan ia sudah cukup lamaaa berlalu. Subhanallah..setelah 5bulan sya mengajar mereka, nampaknya baharu ada perubahan positif ke atas anak anak ini..Namun pelajar saya bersilih ganti saban bulan. Ohh..saya merindukan mereka sangat2! ^^

Beberapa hari lalu, saya mengajar subjek sains kepada pelajar. Tentang rantaian percambahan kacang hijau dan tumbesaran AYAM! Saya sengaja menguji mereka..

“Apa permulaan antara ayam dan telur?” cikgu tersengih…hehe
Tercengang!
“Telur!”
“Ayam..!”
“Telur..telurrr!”
Saya tersenyum..
“Kalau telur dahulu, bukankah telur tu datangnya dari seekor ayam? Kalau bermula dari seekor ayam, bukankah ayam itu menetas dari sebiji telur?” tergelak lagi.
 "Telur la cikgu..sebab kan kita mula dari kecil hingga besar. jadi...begitulah.." seorang pelajar cuba menjawab.
"Betul tu. tapi...agaknya, Allah ciptakan ayam bermula dari telur atau ayam?" saya menduga lagi.

Diam.Wajah bertukar kebuntuan. Tertawa dalam hati melihat mereka.

"Mahu tau tak?"
"Mahu...!!!"

senyap seketika...

"Ingat lagi tak tentang kisah Nabi Adam a.s?" saya menutur mukaddimah. sengaja cuba mengaitkan tentang kisah Khalifah pertama ciptaan Allah di muka bumi ini yang saya ceritakan tidak lama duluuu..hoh!
"Ingat cikgu!"
"Nabi Adam a.s ada ibu ayah tak?"
"Tiada tiada...! Allah yang ciptakan Nabi Adam daripada tanah liat" jawab pelajar saya bersemangat.
"Nabi Adam manusia pertama yang tinggal di bumi..kan cikgu?"
" Ya..betul tuh! Alhamdulillah, kamu masih ingat lagi... Jadi...rasanya Allah ciptakan ayam dulu atau telur?"
"Ayammm... cikgu???"

Saya tersenyum kelat saja... Allah! baru tersedar..saya sendiri sedang mencipta kecelaruan tahap add maths..hehehe




Mencari konklusi

Persoalan yang sekian lama tak terjawab. Apa keluar dulu AYAM atau TELUR? Saya terbaca sebuah artikel mengenai persoalan ini dan yang menariknya jawapan telah ditemui untuk persoalan ini. Dari dulu hingga sekarang rasa-rasanya ramai orang mengatakan telur dulu yang wujud.



Namun sangkaan orang ramai adalah salah. Menurut seorang penyelidik British iaitu Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffield yang mendapat kerjasama dari Universiti Warwick dalam kajian yang telah dibuat ,beliau berpendapat AYAM sepatutnya wujud dulu berbanding dengan TELUR dan ini telah dibuktikan melalui kajian Sains.



Antara hujah yang saya sendiri sukar memahaminya.Kenapa dikatakan AYAM keluar dulu? Formasi untuk membentuk TELUR hanya akan terjadi sekiranya PROTEIN diperolehi dan itu hanya terdapat pada Ovari AYAM. Disini secara tak langsung bermakna AYAM dulu wujud.



PROTEIN ini digelar OVOCLEDIDIN-17 (OC-17) yang bertindak untuk mempercepatkan ketumbesaran TELUR.Menurut Saintis mereka telah mengguna sebuah Super Komputer yang diberi nama HECTOR yang terletak di EDINBURGH untuk mengkaji formasi secara mendalam mengenai TELUR.


OC-17 ini merupakan elemen yang penting dalam pembentukan kulit TELUR. Fungsi PROTEIN yang terdapat pada Ovari AYAM pula akan menukarkan "Calcium Carbonate" kepada "Calcite Crystals" dalam pembentukan kulit TELUR dan dalam 24 jam 6 gram kulit TELUR terbentuk.


Macam mana? Menarik bukan. Setiap kejadian perlu dingatkan bahawa tiada yang mustahil kalau dikehendaki olehNYA. Kita sebagai manusia diberi akal dan fikiran untuk memikirkan secara waras bahawa setiap kejadian pasti ada jawapannya. 


Waalahu'alam..maaf jika ada kesilapan.



Laskar pelangi


Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan ke dalam sanubari generasi baru sedari kecil lagi. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan bulat bulat kepada si ibubapa. Masyarakat serta guru khasnya turut menjadi penyumbang terbesar membentuk peribadi anak anak.


Pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup.

Sabda Rasulullah saw 
“Ajarilah anak-anakmu adab…….” 
Saban hari saya sentiasa mengingatkan pada pelajar tentang adab-adab dalam kehidupan seharian, contohnya tatatertib ketika makan sebermula membasuh tangan, membaca doa makan dan  ‘refresh’ tentang cara makan sunnah Baginda Rasulullah. Namun, ajaran itu hanya menjadi input yang hanya disimpan dalam memori discnya tanpa adanya output. Alhamdulillah, doa dan harapan saya untuk melihat output yang diproses oleh anak anak  ini terhasil jua walaupun agak lambat. 

Sedari pelajar selalu disogok dengan cerita dongeng ‘kura-kura dan arnab’, ‘kisah pak pandir’, ataupun si jelita ‘cindarella’ dan ‘snow white’, membuatkan saya berfikir untuk merubah kebiasaan guru guru tadika. InsyaAllah, riwayat hidup para Nabi Allah menjadi pilihan saya untuk dikongsikan bersama pelajar. Ibrah dari kisah ini yang menjadi starting point untuk saya menggiatkan lagi usaha-usaha untuk mendidik. ^^

‘Jangan mudah berputus asa’. Itulah hakikat dalam mendidik jiwa anak anak ini menuju syurga. Untuk menulis dan menuturnya mungkin agak senang,tetapi, untuk merealisasinya dan mendarah daging dalam kehidupan kita amatlah sukar dan perlukan usaha berganda ganda. =)

Sudah menjadi lumrah, si kecil ini bagaikan kain putih yang suci lagi murni untuk dicorakkan sama ada untuk menghasilkan corak yang cantik, berwarna warni dan indah dipandang orang ataupun corak yang hitam legam, statik dan dicemuh masyarakat. 
Seperti mana hadis Rasulullah saw,
” Anak itu ibarat seperti kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi”.

InsyaAllah, cikgu masih belajar lengkapkan diri dengan akhlak yang murni agar pelajar pelajar cikgu menjadi seperti Muhammad Al-Fateh dan juga Solahuddin Al-Ayubi di era 2020! jangan asyik hidangkan anak anak dengan animasi 'upin & ipin' atau 'boboiboy' saja, sebaliknya dedahkan pada si kecil ini nasyid Alif Ba Ta yang pasti akan mencuit dan menghiburkan jiwa anak-anak di samping pendedahan awal kepada Kalamullah.


Kita bukanlah yang memulakan Da’wah dan Tarbiyyah ini, dan bukan kita pengakhirnya...tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan ini...



Takbir!!!
Posted by Farhana Humayrah at 1:21 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2012 (47)
    • ▼  November (3)
      • Selamat Tinggal..!
      • Ini HIJRAH ku...
      • Menguntum senyum di wajah sayu
    • ►  October (1)
      • Melakar warna pelangi
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com