-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, 19 July 2011

•♥• Earn High Reward with the Ramadhan •♥•


بسم الله الرحمن الرحيم




  1. Pray all your 5 daily Solah on time
  2. Study & learn Islamic knowledge 
  3. Recite & learn the Holy Qur’an 
  4. Do lots of Dzikir
  5.  Make lots of Doa
  6. Give in charity & help the poor 
•♥• Ahlan wa sahlan ya Ramadhan •♥•
 
Posted by Farhana Humayrah at 4:12 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 17 July 2011

•♥• BANGUN CINTA.. BUKAN JATUH CINTA •♥•


Assalamualaikum wbt...
Let's raise our hands & greeting...
Alhamdulillah..^^

Dikala tiupan bayu malam memasuki celah2 jendela, saya masih tegar menghadap PINKY.. rasa tidak mengantuk lagi..mungkin disebabkan saya tidur sedikit lewat selepas waktu zohor petang td.. Time2 macam ni jugak la idea datang mencurah-curah..Alhamdulillah...
Disaat ini jugalah saya bermonolog sendirian..bermuhasabah diri...
"Apakah khabar c IMAN?"
"Bagaimana kualiti ibadah mu hari ini? Bertambah baik @ sebaliknya?"
Perlahan-lahan saya memejam mata..mengenang sesuatu sebenarnya..hihi….

Terbayang senyuman mak, abah…kemudian silih berganti terpampang wajah Abg Gee, Kak Lin, Abg Naz, Ewan, Ayien, Akhmal… & … Ikhwan! Macam slide show daa..kui kui kui.. Rindu serindu-rindunya… 
"Love Uols!!!"
 
“Kata-kata Cinta terucap indah..mengalir berzikir di kidung doaku...”


“Butir-butir Cinta air mataku..teringat semua yang Kau beri untukku… Ampuni khilaf & salah selama ini ya Illahi…"


Muhasabah Cintaku…

*****



Bagi diri ini, kata cinta ternyata mengalami dualisme bergantung kepada nuansa hati ketika kata cinta itu terucap. 
Beberapa kalimah yang berkaitan dengan kata cinta...

"Ruang lingkup bahasa cintanya dibatasi antara manusia -sepasang kekasih- bukan bahasa cinta yang hakiki pada Sang Khaliq!!!"...Astaghfirullahalazim...
Ketika orang sedang jatuh cinta, maka kalimah yang diungkapkan biasanya
seperti ini,,,
“Cinta itu sejuta rasanya”
 “Cinta membuat hidup ini lebih bermakna”
“Cintalah yang membuatku tetap bertahan”
“Ketika cinta sudah melekat, gula tebu rasa coklat!” hihi...yeke???
...dan sejuta kata lainnya yang tegar dirangkai dan diucapkan berkaitan dengan indahnya cinta. Ketika orang sengsara karana cinta maka mungkin saja diucapkannya seperti ini,,, 
“Cinta itu telah membunuhku”
 “Cinta itu ternyata menyakitkan”
 “Cinta itu merudumkan semangat hidupku”


Tanpa bermaksud mendefinisikan erti cinta, (coz saya bukan doktor pakar cinta..kui kui kui...)mungkin kerana kata-kata 'agung' “Aku Jatuh Cinta Padamu” itu sebenarnya mempunyai banyak makna... maka orang mengalami dua rasa.
Yang pertama, keJATUHan CINTA yang mewujudkan rasa berbunga-bunga di hati seolah-olah dunia milik berdua... aiseh! tetiba jadi jiwang..hoho
Yang kedua, orang yang jatuh kerana cinta dan membuat hidupnya menjadi sengsara, kecewa, berduka...katanya atas nama cinta!
Seharusnya lebih baik jika diciptakan idea baru untuk mengimbangi kata “Jatuh Cinta” kepada “Bangun Cinta”!
Macam mna? Ok tak? Pelik je bunyinya kan...hihi


Perkataan "Bangun Cinta" diharapkan para 'sang pencinta' merasakan kebahagiaan(kebangkitan) ketika merasakan cinta dan tidak pernah patah hati (terjatuh) ketika cinta harus di akhiri.
Bangunlah cinta dengan landasan ikhlas..redha..sabar & bersyukur!
Seiring dengan rasa ihsan..zuhud..mahabbah..qanaah..... because the sake of ALLAH...
bukan hanya sering menuntut!
Cinta tak bermakna memiliki..kembali kepada PEMILIK CINTA & RASA CINTA
... ya Rabbi!!!




..::: nota jejari manis :::..
"...ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu Allah, mereka mencintainya (memuja & mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih Cinta (taat) kepada Allah..."
Al-baqarah (165)
Posted by Farhana Humayrah at 11:59 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 15 July 2011

...:: Khususan Hatiku ::...



بسم الله الرحمن الرحيم


((¯`♥´¯))✿ •°*”˜˜”*°•. ƸӜƷ✿ •°*”˜˜”*°•. ƸӜƷ✿ •°*”˜˜”*°•. ƸӜƷ
. `*.¸.*´ 
"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran.
Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."

*¨*•.¸¸
❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸​¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤

Kalau kita SAYANGkan Allah,
Banyakkan berzikir.
Kalau kita SAYANGkan Rasulullah,
Banyakkan selawat.
Kalau kita SAYANGkan diri,
Banyakkan istighfar.
Kalau kita SAYANGkan sahabat,
Banyakkan nasihat.

Bila ku didatangi malam, gelora perasaan mencengkam jiwa.. 
Masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan?
Diterjah berbagai persoalan. Dihujani air mata penyesalan..
Bisakah terhapus semua..segala dosa noda yg bertahkta?

Terangi jalan hidupku..Dengan cahaya kasih Mu...
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu..

Tuhanku..
Di malam syahdu ku merayu..
Ampunilah segala dosaku yg lalu.
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu..
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu.

Tuhanku..
Usah Kau biarkan diriku sendirian..
Jangan Kau biarkan diriku hanyut terleka..
Di jiwa dunia membelenggu...
dan...
Sesungguhnya aku pasrah pada Mu..
hidup matiku hanyalah untuk mu...

Ya Allah..
Tunjukkan jalan kebenaran..
Suburkan jiwa ku dengan keimanan...
Hanya pada Mu oh Tuhan! ku sandarkan harapan.....










...::nota jari kelingking ::... 
 "...jika Allah cepat makbulkan doamu,
Dia menyayangimu...
Jika Allah lambat makbulkan doamu,
Dia sedang mengujimu...
tetapi..
jika Allah tidak makbulkan doamu,
Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..."


..:: nota jari kaki ::..
kesilapan itu mengajar diri kerdil ini utk redha, sabar & bersyukur.
menulis entry baru time2 'jiwa kacau' ni rasa besh pulak! kui kui kui...
Posted by Farhana Humayrah at 9:18 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 9 July 2011

"Sebagai manusia..aku sayang padamu"

*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ¨`*•ℒℴνℯ.•¨`*
░P░e░s░a░n░a░n░░b░u░a░t░░H░A░T░I░
*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨¨`*•.ℒℴνℯ¨`*•ℒℴνℯ.¨`*


Wanita solehah sebenarnya dibaluti dengan sifat malu kerana malu itu perisai orang beriman..
Benarlah kata pujangga……….

“Nafsu mengukur wanita cantik atas dasar rupanya..
Akal menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya..
Dan hati menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya…”

Apa gunanya hanya cantik luarannya sahaja??
Bagaimana pula dengan iman dan hati??
Kecantikan wanita tidak akan bererti tanpa akhlak dan perilaku yang mulia..
Lantas dengan cara apa dapat kita menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati..
Untuk menjadi bidadari dunia sahaja sudah jauh ketinggalan, lalu apakah harapan yang tinggal untuk bergelar bidadari Syurga???
Saya sebenarnya turut menasihati diri sendiri yang kadang-kadang juga alpa dan leka tanpa disedari...

Sahabat yang bergelar wanita,
juga mewarisi kecantikan dan kelembutan Hawa..
Jadilah seperti mawar..
Bukannya mawar biasa tetapi mawar yang berduri..
Yang tinggalnya di taman larangan..
Sukar untuk dipetik oleh tangan-tangan yang ganas..
Mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan..
Menyinarkan Nur keimanan..
Subhanallah...

Sahabat, begitu juga wanita..
Wanita yang elok menutup aurat dan menjaga akhlaknya akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan punya level yang tinggi juga di sisi ALLAH..
Hanya muslimah yang bertuah sahaja dapat menjadi wanita solehah dan hanya mukmin yang baik akhlaknya dapat memiliki mawar berduri ini..



Benarlah janji ALLAH...

“Lelaki yang baik dijadikan untuk wanita yang baik, wanita yang baik dijadikan untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya…”






Wallahualam…




              ...:: nota jejari bidadari ^^::...

  ╗ ♥ஜ♥(¯`•.¸ღCINTA ALLAH ღ¸.•´¯)♥ஜ♥
║║♫═╦╦╦╔╗
♫╚╣║║║║╔╣“Jika kau berikan HATIMU ataupun CINTAMU pada manusia...
╚═╩═╩♫╩═╝ dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang PECAH itu

diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkanNya. Kerana, cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintaiNya menderita di akhirat..SubhanAllah.”
Posted by Farhana Humayrah at 9:44 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 8 July 2011

Sepasang baju kurung untuk mama...

❤...8 JULAI...❤

Termenung jauh... 
huh! sya terkenangkan c dia lagi.. eya! sememangnya sya xpernah lupa akan dirinya...sungguh!!! rasa teramat rindu..rindu serindu-rindunya...... 

***** 

Menyelak sehelai demi sehelai helaian "miss memories"...tertumpu pada TARIKH KERAMAT itu...8julai... sya tersenyum lebar..agak2 sehingga menampakkan gigi gerham yg baru setahun jagung..^___^..

"Nak call dia malam ni...huhuhu!"

*****

Selesai memasak untuk dinner, 1 mesej terpampang kat screen "princess sony"... memang dah agak daa..!

"Weh! dah lupa ke hari ni hari apa??? Lupa ar 2..." mesej ringkas dhantar c Montel...
"Eya bha..ingat2! malam ni...malam ni.......lepas isya' =)"....

hihihi...nampaknya sya la yg last ni..sehingga c Montel sibuk m'ingatkan.. c Montel yg sangat peka!

*****


BAIT2 KATA DALAM SURAT CINTA UNTUK C DIA...

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupanKasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu...

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•
::: (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
*: (=' :') :::::::: KHARIAH BINTI ALAN :::::::::::
•.. (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸
 


*** X berapa mahir untuk bermadah puitis.. just copy & paste lagu sayu Aeman_Buatmu IBU... untuk c dia yg kurindu selalu..... 

Like mother..like daughter! hihi...

..::: nota IBU jari :::..
Selamat hari lahir mak.. semoga bahagia dunia akhirat dan dirahmati Allah selalu. Thanks for being the best mom I ever known! Tunggu kepulangan kakak.. sepasang BAJU KURUNG BUATMU...MAMA........❤
Posted by Farhana Humayrah at 8:57 am 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 7 July 2011

Seketika...tanya sama Hati

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•


Bilamana MENTARI yang diharapkan, namun sebaliknya hujan yang bercucuran, JANGAN KECEWA. 

Bilamana BULAN yang didambakan, namun hanya kelip-kelip menerangi malam, JANGAN BERDUKA. 

Kerana MENTARI tak selamanya bersembunyi, BULAN juga tak selamanya menghindari. 

BAHAGIA yang diidamkan pasti dimiliki, andai hati mu terlebih dahulu diserahkan kepada Pemilik bahagia yang Hakiki.

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•




Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah...







 ..:: nota jejari runcing ::..

tanya sama iman apa sebab goyah
nanti jawab iman tanyalah hati..
tanya sama hati apa sebab rapuh
nanti jawab hati tanyalah akal..
tanya sama akal apa sebab sempit
nanti jawab akal aku malas berfikir..

dengan akal,
kita berbeza dengan makhlukNya yang lain
dengan akal juga,
kita mendapat tempat istimewa disisi Allah.

dengan akal,
kita akan berjalan ke arah kebaikan
dengan akal juga,
kita boleh tersesat dalam kejahatan..

Posted by Farhana Humayrah at 3:19 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 6 July 2011

..:: 11 Jenis ManusiaYang Didoakan Malaikat ::..

بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI MAHA PENYAYANG..


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."




3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
 
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’” 


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” 



♡nota ibu jari ♡
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah
hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan
perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah
mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang
mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang -
orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena
takut kepada-Nya" –QS Al Anbiyaa' 26-28
Posted by Farhana Humayrah at 8:01 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ▼  July (7)
      • •♥• Earn High Reward with the Ramadhan •♥•
      • •♥• BANGUN CINTA.. BUKAN JATUH CINTA •♥•
      • ...:: Khususan Hatiku ::...
      • "Sebagai manusia..aku sayang padamu"
      • Sepasang baju kurung untuk mama...
      • Seketika...tanya sama Hati
      • ..:: 11 Jenis ManusiaYang Didoakan Malaikat ::..
    • ►  June (6)
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com