-->

Sentuhan Pedusi


zwani.com myspace graphic comments
twitter backgrounds

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, 21 June 2011

:: Beritahu pada muslimah itu ::



Tanda ingatan untuk kamu dan diriku...
Beritahu pada muslimah itu..
dirinya ibarat kaca,
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai...

Beritahu pada muslimah itu..
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa...

Beritahu pada muslimah itu..
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah...

Beritahu pada muslimah itu..
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu..
simpan secebis malu,
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

ya Rabb, mudah-mudahan ada lagi muslimah
seperti, Fatimah Az-Zahra, penghulu syurga,
seperti Aisyah Humaira' ummul mukminin,
Seperti Khadijah, Masyitah, Rabiatul Ardawiyah..
muslimah kebanggaan agama..

:: nota jari ::
Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik :
Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 =10
...Jika dia kaya , tambah lagi 0 = 100
......Dan jika dia dari keluarga baik-baik , tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"..
Posted by Farhana Humayrah at 8:00 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

:: Cinta Seorang Ayah ::

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu!

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.




*Penulis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi




..::  nota untuk ayah ::..
Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka. cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita. Jangan sesekali memisahkan kasih antara anak dan ibu, nanti putus pula kasih antara anak dan ayah.
Posted by Farhana Humayrah at 5:27 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 20 June 2011

:: Tanda-tanda Kematian ::



Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya.. MATI...


Firman Allah SWT.. Bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. 
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.




          Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali          
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




::nota jari :: 

Tidak akan bergeser kaki anak adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya hingga ia ditanya tentang 5 perkara:
1. USIANYA..untuk apa ia habiskan.
2. MASA MUDANYA..untuk apa ia gunakan.
3. HARTANYA..dari mna dia dapatkan & kemana ia belanjakan.
4. ILMUNYA..apa yg ia perbuat dengannya.
5. AMALNYA...

Posted by Farhana Humayrah at 9:32 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

::: Kerana Dirimu Begitu Berharga :::

♫ .♥.•* ★¨`*•♫.•´*.¸.•´♥ ♫
"..Akalmu senipis belahan rambut.. tebalkanlah ia dgn limpahan ilmu, 
Jua hatimu bak kaca yg rapuh kuatkanlah ia dgn iman yg teguh,
Tercipta engkau dr rusuk lelaki bukan dr kaki utk dialasi, bkn dari kepala utk dijunjung.. tapi dekat di bahu utk dilindung, dkt jua di hati utk dikasihi.. 
Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok.. jika dtgnya dr kayu yg bengkok.. begitulah peribadi yg dibentuk.. 
♫ .♥.•* ★¨`*•♫.•´*.¸.•´♥ ♫


Hawa..

Jgnlah sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dgn lembut tuturmu, dgn ayu wajahmu, dgn lengguk tubuhmu..

Jgn menghentak2 kakimu utk menyatakan kehadiranmu. .

Jgn Hawa, jgn sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yg bkn suamimu, krn dikhuatiri ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..

Hawa.. 
Andai engkau belum berkahwin, jgn engkau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik..

Jgn menggadaikan maruahmu hanya semata-mata krn seorang lelaki..

Jgn memakai pakaian yg menampakkan susuk tubuhmu hanya utk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki krn kau bkn memancing hatinya tp meransang nafsunya..

Hawa..
Jgn memulakan pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrim krn dikhuatiri dari pertemuan..
Lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri..
Jgn kau tanggalkan pakaian malumu dari dirimu krn itulah benteng yg menjaga dirimu..

Hawa..
Lelaki yg baik tdk melihat paras rupa,
lelaki yg soleh tdk memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yg warak tdk menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka..

Tetapi Hawa, lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan addinnya..

Hawa..
Lelaki yg baik tdk menginginkan sebuah pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya krn dia takut memberi kesempatan pd syaitan utk menggodanya. .
Lelaki yg warak juga tdk mahu bermain cinta krn dia tahu apa matlamat dlm sebuah hubungan antara lelaki dgn wanita yakni perkahwinan. .

Hawa..
Oleh itu, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .
Keraskan suaramu, seriuskanlah perwatakanmu ketika berurusan dgn mereka..

Sekiranya ada yg ingin mendekatimu, tegaskan kpd mereka bahawa dirimu punya prinsip, kau punyai maruah utk dipertahankan…
Biarlah mereka mengatakan kau ego krn terlalu tegas menjaga prinsipmu, biarlah mereka mengatakan kau degil krn tidak mengikut kata mereka..

Hawa..
Ingatlah.. Andai dirimu dipenuhi iman, andai dirimu dihiasi taQwa..
Kelembutanmu, keayuanmu dan kepatuhanmu sedia terserlah sebagai pancaran imanmu ketika bersuami nanti..

Sembunyikan kemanisan senyumanmu, tutuplah segala kelebihan yg bisa menggoncang nafsu kaum Adam..
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dr Adam utk mu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu..

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang krn kau akan memperoleh cinta dr insan yg juga menyintai Allah..
Ingatan terakhirku, jgn sesekali tgnmu itu menggoncang keimanan kaum Adam..
Tetapi biarlah tgn yg lembut itu menggoncang dunia dlm mencapai keredhaan Ilahi..

Hawa..

Dengar dah hayatilah kata-kata ini agar dirimu menjadi Mukminah Sejati, Mujahidah Solehah dan Bidadari Syugawi/Ukhrawi. .
"..Wanita yg baik adalah yg tidak memandang lelaki dan lelaki tdk memandang kepadanya..".


:: nota jari ::

ALLAH menciptakan Wanita dgn tabiat & fitrah yg menyukai keindahan, kecantikan & perhiasan. Namun kecenderungan tersebut hendaklah disesuaikan dgn batas2 syari'at sehingga tidak menyimpang dari aturan ISLAM. Hiasilah dirimu dgn Pakaian Taqwa & balutlah diri dgn Selimut amal & jgn lupa TUTUPLAH AURATmu seperti mana yg diwajibkan...
Posted by Farhana Humayrah at 8:55 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 16 June 2011

..:: Demi Masa ::..

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah..sujud syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menikmati serta mengharungi perjalanan hidup di dunia ini semata-mata menuju akhirat....
InsyaAllah...

Minggu ni merupakan minggu bermulanya semester baru.. Alhamdulillah...dah masuk sem7. Tahniah kepada sahabat2 & juga diri saya sendiri kerana berjaya sampai ke tahap ini.!! ^^

Selama hampir 3minggu bercuti kat umah seperti puteri raja...yang kesepian! Saya rasa bersyukur kerana menghabiskan hari2 cuti yang saya kira terisi dengan perkara2 yang berfaedah....saya mengambil peluang ini dengan menziarahi keluarga (Tok Chik), memenuhi undangan walimatul urus, membaca buku ilmiah...yang sudah lama saya tidak membacanya kerana sibuk dengan pelbagai keje & final exam baru2 ni...kemas2 umah & juga bercuti bersama sahabat sahabiah...=)


DEMI MASA






Keterangannya:

Inilah yang Allah SWT tekankan dalam surah al-‘Asr yang diketengahkan khusus untuk menyedarkan umat Islam menghayati betapa pentingnya masa. Inilah antara soalan terpenting yang diberikan perhatian oleh semua masyarakat yang bertamadun di dunia, tanpa mengira bangsa dan di mana jua mereka berada. Kerana masa merupakan kehidupan, masa merupakan penentu keadaan kita di akhirat kelak. Realiti inilah yang perlu disedari oleh umat bahawa budaya memanfaatkan masa semakin jauh dari kehidupan seharian umat Islam.


RENUNG RENUNGKAN
  • Solat : 5 waktu sehari (1 waktu = 10minit) 10minit x 5waktu = 50minit
  • Tidur : Sehari 6 jam = 360minit
  • Makan : 3 kali sehari (sekali makan = 20minit) 20minit x 3 = 60minit
  • Menonton TV: sehari 3 jam + 180minit
  • Bersembang/ internet : sehari 2 jam = 120minit (minimum)
  • Bekerja : sehari 8jam = 480minit
Allah SWT mengurniakan kita 24jam (1440minit) sehari. Apakah perkara yang paling sedikit kita lakukan dalam tempoh masa tersebut? Perkara yang paling sedikit itulah yang memberi keselamatan kepada kita sehingga hari akhirat kelak... fikir-fikirkanlah......


..:: nota jari ::..

Penghayatan masa perlu kita perbaiki terutama dalam usaha untuk menegakkan ketuanan Islam. Kita bukan sekadar perlu memenuhi tuntutan masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya, bahkan perlu menghormati masa untuk dihormati! Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Posted by Farhana Humayrah at 9:44 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 13 June 2011

..:: Aduhai Wanita ::..


Alkisah.. ALLAH memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita, padahal boleh saja Allah menyatakan “KUN FAYAKUN”... "jadi, maka jadilah". Tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat dan dilakukan harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.




            Malaikat menghadap Allah dan bertanya :
“Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini?”

            Allah s.w.t menjawab :
“Apakah engkau memehatikan seluruh keistimewaan dan sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan rasa sakit, walau dia sendiri merasakan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu hanya dengan dua tangan-Nya”.

            Malaikat terkejut dan berkata :
“Hanya dengan dua tangan, dua tangan! Ini adalah hal yang mustahil”.

            Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada malaikat Allah berfirman
“Tunggulah sampai esok, aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari siang dan malam.”

            Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah :
“Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!”.

            Allah s.w.t menjawab :
“Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak akan mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”

            Malaikat bertanya :
“Apakah dia mampu berfikir?”

            Allah menjawab :
“Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga boleh berdebat.”

            Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :
‘Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau’

            Allah menjawab :
‘Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat.”

            Malaikat bertanya :
“Mengapa ia mengalirkan air mata?”

            Allah menjawab :
“Air mata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengunggkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.”




Subhanallah! Wanita adalah Mahakarya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya Besar Allah yang sangat indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia, lebih ajaib daripada keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajaiban yang menyertainya. Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita. 


© Wanita adalah sebaik-baik keindahan dunia. Tidak ada lebih berharga di dunia ini selain seorang wanita.
© Air mata wanita lebih dahsyat daripada undang2. Titah Raja sekalipun dapat dibatalkan oleh air mata wanita.
© Bidadari syurga kalah cantik dengan wanita dunia. Wanita solehah di dunia lebih mulia dari bidadari syurga.
© Kecerdasan wanita lebih hebat dari lelaki. Wanita dapat berfikir bermacam-macam dalam satu waktu, sementara lelaki tidak dapat.
© Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua mengerti wanita.
© Wanita dicipta oleh Allah dengan fizikal yang lemah gemalai, tetapi kekuatan lelaki dapat dihancurkan berkeping-keping olehnya.
© Wanita dicipta dari tulang rusuk. Wanita pertama adalah Hawa. Dia dicipta tidak sama seperti Adam.
© Tangisan adalah senjata wanita. Air mata adalah kekuatan wanita sekaligus kelemahannya. Bila wanita sudah mengalirkan air mata, maka kekuatan lelaki akan hancur. Bila seorang ibu sudah menitiskan air mata untuk anaknya, maka singgahsana Tuhan tergoncang.




Wanita dicipta Allah tidak sekali jadi. Ada proses disana......


Bulatan yang ada dalam fizikalnya diambil dari rembulan.. 
Pancaran sinarnya diambil dari matahari.. 
Kilaunya diambil dari bintang-bintang di angkasa.. 
Air matanya diambil dari awan.. 
Semerbak wanginya diambil dari bunga-bunga.. 
Warna kulitnya diambil dari mawar.. 
Kelembutannya diambil dari desiran angin sepoi-sepoi.. 
Keceriaannya diambil dari tumbuh-tumbuhan segar.. 
Getarannya diambil dari pepohonan..
Keluasannya diambil dari samudera..
Kehangatannya diambil dari api.. 
Dinginnya diambil dari salju..
Kelazatannya diambil dari madu.. 
Sengatannya diambil dari kalajengking..
Cerewetnya diambil dari burung..
Kelembapannya diambil dari embun pagi..
senyumannya diambil dari musim bunga..
sentuhan tangannya diambil dari zakharif (intan permata).


sumber : 7 keajaiban wanita, oleh Ummu Aulia.




...:: nota jari ::...
Duhai Wanita Solehah...
Dengan kecantikanmu..engkau lebih elok daripada Matahari,
Dengan akhlakmu..engkau lebih wangi daripada Haruman,
Dengan rendah hatimu..engkau lebih tinggi daripada Rembulan,
Dengan kelembutanmu..engkau lebih halus daripada rintik hujan...



Posted by Farhana Humayrah at 10:14 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ahlan wa Sahlan


Kata-kata Cinta terucap Indah...

"...apabila emosi mengunci hati..
maka lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku dalam merentasi perjalanan menuju Rabbi..."

Kenali Si Pedusi

My photo
Farhana Humayrah
Lahad datu, Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Memang tak ada pedusi seperti haku tapi yang lebih BAIK banyak!
View my complete profile

Nama si blogger

FARHANA HUMAYRAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
HHarum
AAlim
NNaif
AAbadi
HHarum
UUntung
MMesra
AAsli
YYakin
RRealistik
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Bicara Sang Pedusi

  • ►  2013 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2012 (47)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (2)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (53)
    • ►  December (8)
    • ►  November (14)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ▼  June (6)
      • :: Beritahu pada muslimah itu ::
      • :: Cinta Seorang Ayah ::
      • :: Tanda-tanda Kematian ::
      • ::: Kerana Dirimu Begitu Berharga :::
      • ..:: Demi Masa ::..
      • ..:: Aduhai Wanita ::..
    • ►  May (1)

Tetamu Teratak



Free Calendar

Laman Muka Buku

Farhana Ibrahim

Create Your Badge

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan animasi di Sini

Ulat Buku

  • PTS
  • Telaga Biru
  • Ramlee Awang Murshid
  • Ana Muslim
  • Galeri Ilmu
  • Thinking of Book

Sumber Ilmu

  • Halaqah
  • IKIM
  • Discover the Beauty of Islam

Bukan Sekadar Manis Di Bibir

Ku menghimpun Kekuatan..
Ku memohon Ketabahan..
Meredah gelombang hidup
dan dugaan mencabar..
Ku anggap Kegagalan
bukan suatu Kekalahan..
tapi suatu Kejayaan
yang masih terpendam..
Ku minta diberikan
sejenak kesempatan,
untuk ku ulangi kembali
langkah pertama..
keperitan yang kurasa
mengajar erti kesabaran..
Menyedarkanku..
Insan memerlukan-Mu...
Ya Allah..!

Nyanyi Sunyi


Opick - Rapuh


zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org
Pink Bobblehead Bunny

click to create your glitter text
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved feyrhanarchygurl.blogspot.com