Sunday, 24 June 2012

Mencari ruang semilir



Sudah lama tidak menulis.. teringin mahu menulis dan saya menulis.

Hari ini, sudah masuk hari yang ke5 lutut kaki kanan meragam. Memujuk kaki supaya tidak banyak berjalan seperti kebiasaan. Banyak duduk sambil curi curi mengurut lutut yang sakit tak tahu punca. Teguran katanyaaa…
Berjalan saja, menyeret kaki kanan. Naik tangga, menyeret kaki kiri..^^

Tika kepenatan, baharu balik dari sekolah. Allah.. Semput! Sampai ke rumah terus duduk lagi. Semalam diziarahi beberapa mesej dari seorang sahabat. Belum berbalas. Harap beliau faham…

Jika hari ini kita kehilangan erti SABAR seorang guru dek kenakalan muridnya, jika hari ini..kita kehilangan SEMANGAT seorang guru dek kemalasan muridnya, ingatlah!  masih ada murid yang ingin berjaya. Justeru, teruskan USAHA dan IKHLASkan diri untuk memajukan anak bangsa. InsyaAllah, Allah akan berikan ganjarannya. Guru insan paling bertuah lantaran menaburkan ilmu yang bermanfaat, bakal dituai hasilnya di negeri akhirat kelak....InsyaAllah... Amin.

Semalam, lantaran membaca mesej ini..saya berasa sebak. Kadang terlupa..Alhamdulillah ada insan yang sudi mengingatkan. Saya memandang buku buku latihan yang saya bawa pulang. Beristighfar…Saya sangat kurang sabar dan saya bukanlah baik dengan pelajar pelajar.

Allah…lemah sungguh kesabaran.

Bila orang kata jadi guru ni bukannya susah, saya hanya senyum. Tak tahu nak jawab apa. Kalau dia bukan seorang guru, saya hanya mampu tersengih kerana dia bukan selayaknya berbicara tentang perasaan seorang pendidik. Kalau dia seorang guru, saya terlopong seketika..kemudian senyum kerana dia seorang yang TABAH!!! Kerana bila jadi guru, semuanya kena OK. Bila tak OK pun kena jadi OK!



Kesabaran adalah ciri utama dalam mendidik pelajar.  Jika rasa sabar itu sudah hilang, ia akan menghilangkan ciri murabbi pada individu bergelar guru.
Sedang marah, macam macam boleh jadi. Walau air mata si kecil itu sudah mengalir pun masih tidak mampu membasahkan hati. Allah… takkan lah perasaan belas kasihan pun sudah ‘dicabut’? atau sudah terkubur dek sabar yang semakin tipis?




"Bila aku tak sound.. rotan budak budak ni, bukannya nak dengar cakap!"

Kalau cakap dengan lemah lembut dan kasih sayang.. mereka taknak dengar ka?


Sebab manusia dibaluti perasaan, maka gunakanlah perasaan dengan cara yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah...




"Cikgu minta maaf...." T_T

Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu



No comments:

Post a Comment