Tuesday, 27 March 2012

Hidup cara NOMAD


Aku manusia terdidik sedari kecil untuk bebas membuat pilihan. Hidup yang carca marba ni pun bukan pilihan aku. Tapi ianya hasil daripada pilihan ‘dongeng’ yang aku buat lamaa duluu...gila!

Aku jugak manusia berfikiran songsang. Otak berfungsi lelaju dan memproses pantas bila fikir pasal benda sememeh. Hampas masalah diempar jadi mampat, sampai yang tinggal cuma yang rumit rumit. Idea penyelesaian terlalu finit. Tiada jalan tuntas akhirnya...

Perasaan sudah lama mati. Hanya tinggal tubuh berkarat. Tiada siapa peduli. Tiada siapa perasan. Tiada siapa nampak. Agaknya aku tidak mati keseorangan.mereka juga seperti aku. Bangkai hidup..!

Bukan dipinta jadi begini. Mereka anggap aku omong kosong cuma, merepek, berangan..tapi otak aku sudah mendidih di situ... Siapa peduli? Engkau???

Engkau bukan kemain lagi mendhiva tak tentu pasal..su’udzhon dalam hati hitammu. Mereka sinisi aku..meludah depan aku. Mungkin engkau lupa, perasaan aku mati..tapi mata aku celik. Engkau ada?

Mereka anggap aku bagai layang layang putus tali. Tiada arah tuju. Pandai pulak engkau berperibahasa kan? Ha ha ha.. ternyata kau sinisi aku lagi.. Ternyata engkau silap. Aku hidup, tidak perlukan tali yang maha berselirat dan rapuh itu untuk tunjukkan aku jalan. Aku ada ‘tali’ yang lebih baik. Aku pegang tali itu erat. Siap aku gigit dengan gigi gerham aku. Sedang aku tidak pernah rasa ter’sinisi’ dengan kebergantungan aku pada tali itu. Engkau ada???


"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".    Ali Imran, 3:103.


"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia".    Ali Imran, 3:112.



hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:
"Ia (al-Quran) ialah tali Allah yang kuat dan jalanNya yang lurus".

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".


"Dari Abi Sa'ied berkata:  Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Kitab Allah (al-Quran) ia adalah tali Allah yang mengikat (menghubung) dari langit ke bumi".


"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".


"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya.  Wahai Abdullah!   Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini.  Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran".

No comments:

Post a Comment