Saturday, 22 October 2011

Transformasi


بسم الله الرحمن الرحيم


Tadaa!!!
Sekali lagi belog nie berubah wajah...& menukar NAMA timangan jugak! hEe... Transformasi "Little Muslimah >>transform>> Sentuhan Pedusi". Seperti biasa.. ia merajuk, kemudian merubah wajah bertujuan menunjukkan protes dengan harapan segunung impian perubahan ini membuatkan Cik muda empunya belog tidak mengenalinya lagi...

hEhee,,,nampak sangat nipunya!!!

But,, seriously.... Setelah sebulan saya tidak m'update belog, saya dah lupa password...& yang paling dahsyat, saya lupa username belog ini! warghhhh!!! Memang tragis!
Syukur Alhamdulillah...dengan kesungguhan tanpa mengenal erti putus asa.. sahabat2 membantu & menyokong penuh..ceh! >>>Akhirnya saya berjaya mencari jejak belog nie...

"ADAKAH SAYA NiE SANG PELUPA TEGAR??? ATAUPUN MENGHIDAP AMNESIA DISOSIATIF PRA MATANG?"


Okeh..fullstop!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


SWEET! hEe.. >>sweet ke???<<
Itu yang saya mahukan dalam penampilan belog nie. Saya cuba mencetuskan biah yang menyenangkan. Bukanlah perubahan yang drastik sangat, disebabkan perancangan yang agak lebih tersusun sebelum transformasi dilakukan... Hal ini tidaklah terlalu memberi kejutan pada saya. Rasa sedikt bosan dengan design & warna yang ada pada teratak ini satu ketika dahulu memberi ilham secara tak langsung untuk saya lakukan sedikit perubahan. Masa yang diambil tidaklah terlalu  lama, bukan sebulan, dua, tiga, mahupun empat bulan untuk dilakukan. Beberapa hari dah cukup untuk masa diluangkan bersama .

Warna tema bertukar, kuning cair + kelabu. Perubahan warna terang kepada warna yang lebih lembut & sedikit malap bagi menonjolkan sedikit kematangan.. "Sentuhan Pedusi" nama tersirat yang saya tempek pada blog nie. "Pedusi" bermaksud "wanita" ...Sentuhan wanita??? yeah! it's me...^^

Nak kata teratak islami, diari, ataupun cinta tidaklah sesuai sangat. Intipatinya saya gaulkan sebagai ramuan untuk mengisi kekosongan dan merempuh tembok yang sekian lama menjadi penghalang akal.

Berat badan c Sentuhan Pedusi pun dah sedikit dikurangkan, nak dapatkan tarikan dan 'up' charming kenalah pandai berdiet. Jangan hanya nak sumbat benda tak berkhasiat dalam perut, sampai semua orang tinggalkan.  Akhirnya, hidup keseorangan tanpa teman. Pertapaan & kesepian saya selama ini bertujuan untuk  muhasabah diri.. hal ini mewujudkan kesedaran untuk menempuh mehnah dunia dengan lebih matang & hidup bersyariat! Perubahan itu penting, kalau nak berjaya kenalah berhijrah...

nota jari manis
Sesungguhnya,, mehnah ini membuahkan muhasabah besar kepada saya iaitu...Penghijrahan. 


No comments:

Post a Comment