Tuesday, 21 June 2011

:: Beritahu pada muslimah itu ::



Tanda ingatan untuk kamu dan diriku...
Beritahu pada muslimah itu..
dirinya ibarat kaca,
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai...

Beritahu pada muslimah itu..
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa...

Beritahu pada muslimah itu..
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah...

Beritahu pada muslimah itu..
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu..
simpan secebis malu,
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

ya Rabb, mudah-mudahan ada lagi muslimah
seperti, Fatimah Az-Zahra, penghulu syurga,
seperti Aisyah Humaira' ummul mukminin,
Seperti Khadijah, Masyitah, Rabiatul Ardawiyah..
muslimah kebanggaan agama..

:: nota jari ::
Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik :
Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 =10
...Jika dia kaya , tambah lagi 0 = 100
......Dan jika dia dari keluarga baik-baik , tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"..

No comments:

Post a Comment